-Daniaelle Pov-
Aku terjaga dari tidurku dek kerana sinaran matahari yang menembusi seluruh ruang pondok usang ini. Pada masa yang sama aku merasakan ada sesuatu benda yang menjalar pada bahagian kakiku yang terdedah ini.
Aku menggosok-gosok kedua belah mataku untuk melihat benda yang menjalar pada kakiku. Disaat aku melihat benda yang berada di kakiku itu, mataku terbentang luas dek kerana berasa terkejut yang amat.
Celaka!
Ular!
Aku lihat ular tersebut sedang menjalar di kakiku. Cepat-cepat aku mengeraskan badanku bagaikan patung tidak bernyawa. Gila kau, kalau aku bergerak sikit nanti mampus aku kena patuk dengan ular tu nanti.
Aku membiarkan saja ular tersebut menjalar pada kakiku untuk melintasi jalannya. Dalam hati aku tidak lepas-lepas berdoa supaya dijauhkan malapetaka terhadap diriku.
Selang beberapa minit ular tersebut telahpun beredar dari kakiku. Tanpa berlengah lagi aku cepat-cepat bangun untuk menghindarkan diriku daripada dibelit atau dipatuk oleh ular tersebut.
Alhamdulillah Aku berjaya juga menjauhkan diriku dari ular tersebut.
Aku kembali mengatur nafasku semula. Dadaku turun naik menahan debaran yang menguasai diriku saat ini. Sungguh aku berasa sangat terkejut dengan kehadiran ular tersebut yang tiba-tiba menggunakan kakiku sebagai laluannya.
Aku melihat ular tersebut yang sedang menjalar di lantai pondok ini. Aku cuba mengamati bentuk dan warna yang terdapat pada kulit badan ular itu.
kulitnya berwarna hitam. Manakala kepalanya pula seperti boleh dikembangkan. Hmm...setahu aku ini adalah ular tedung Selar. panjangnya aku boleh anggarkan kira-kira 2.5 meter. Ular ni sangat bahaya. Setahu aku, ular tedung selar ini merupakan ular paling berbisa didunia. Diluar negara ia dikenali sebagai Cobra atau King Cobra.
Aku mengusap dadaku dan beristighfar banyak kali bagi memulihkan semangatku semula. Sejujurnya aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan aku sekiranya badanku tergerak sedikit tadi. Pasti aku dah lama mati terkena patukannya.
Aku menghembus nafas lega. Jauh disudut hatiku, aku mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk terus hidup.
Aku melihat keadaan sekeliling di pondok ini.
Hmm.. ini tempat sarang ular ke? Fuck! macam mana aku boleh tak tau!
Aku menggaru keningku yang tidak gatal. Aku baru teringat! Aku datang kesini pun waktu tengah malam yang gelap gelita, mana lah nak nampak semua tu. Alahh Bangangnya..
Kemudian mataku beralih pada ular tedung selar itu. Pada ketika ini lah aku baru perasan kalau ular tedung selar ini merenung aku sejak dari tadi. Ah sudah! dia dah perasan akan kehadiran aku disini.
Tapi, entah kenapa aku tak ada rasa nak keluar pun dari pondok ini walaupun ditenung oleh ular tedung yang berada tepat dihadapanku walaupun jarak kami boleh dikatakan agak jauh. Entah kenapa naluri aku kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang aku inginkan dari ular ini, namun aku masih tidak tahu apa yang aku inginkan darinya..
Tiba-tiba otak aku teringat akan kata-kata dari profesor di university Cambridge aku sebelum aku pulang ke Malaysia selama 2 minggu ini.
"Cobra's venom is very dangerous to all humans. But did you know that snake's venom can be made for medicine? however, the cure for king cobra is rarely found today? so why don't we produce a medicines to cure patients from getting cobra bites?"
Aku tersenyum penuh makna membalas renungan ular tedung yang berada dihadapanku ini.
now I know what I want from you, bitch!
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...