Gambar atas adalah Daniaelle.. Jangan salah faham lagi😊 btw kening dia memang cantik kan?😍 Memang patutlah Aashraf gelar dia 'si kening cantik'😂
-Daniaelle Pov-
"Walid betul-betul kecewa dengan sikap adik! Perangai adik betul-betul dah berubah!" marah Walid padaku. Ye! Walid marah padaku hanya kerana aku bersikap kurang sopan pada saudara-maraku di kampung semalam.
"Apa yang berubahnya? Daniaelle cuma mempertahankan diri Daniaelle!! itupun salah ke?" kataku seraya memberontak. Memang patutlah aku memberontak! Apahal mereka nak cakap bukan-bukan tentang aku pasal kematian orang tua hampeh tu? babi tak guna betul!
"Tapi Walid tak pernah ajar anak-anak walid jadi kurang ajar pada orang!!" kata Walidku lagi. Kini aku lihat dia mulai mengepal kedua belah tangannya. Mungkin cuba menahan sabar daripada angkat tangan kepadaku. Fikir aku kesah?
Memang sejak dari petang tadi setelah kami pulang dari kampung lahanat tu dan berehat seketika dirumah persinggahan keluargaku di Kota Bharu ni , Walid memang macam tak puas hati dengan aku. Dan sekarang ni, pada waktu malam sebelum kami nak berangkat pergi ke Sultan Ismail Petra Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur, Walid tiba-tiba melepaskan kemarahan yang dipendamnya selama ini di kampung terhadap aku secara membabi buta. Tak ke anjing namanya tu! Dia tiba-tiba naik angin pun hanya disebabkan aku lambat bangun daripada tertidur tadi. Daripada membebel terus marah-marah sampai tahap begini. Siap ungkit lagi segala yang dipendamnya di kampung tentang aku. Sial!
"habis mereka kurang ajar dengan aku boleh pulak!!" kataku yang masih berkeras mempertahankan diriku. Aku tak kesah kalau Walid nak angkat tangan padaku. Aku tetap akan mempertahankan diri aku walaupun terpaksa menjadi anak yang derhaka.
"Sudah lah tu korang berdua ni!! perkara yang sudah tu biar kan jelah berlalu!" kata Umi seraya menenangkan keadaan aku dan Walid.
"Anak kamu yang seorang ni kurang ajar sangat, Alya. Abang dah tak tahu nak cakap apa lagi dah! Nak pukul tapi dah besar. Nak kasi pengajaran tapi tak mau makan di ajar! apa nak jadi abang pun tak tahu lahh!" luah kekesalan Walid pada Umiku. Abang dan Kakakku hanya diam melihat aku bertengkar dengan Walid kami. Tapi jangan ingat diam-diam mereka, mereka tak akan lakukan sesuatu. Tengoklah nanti kalau keadaan ni bertambah teruk. Pasti salah seorang akan bertindak. Nak-nak si abang aku.
"Adik sudah lah tu! mengalah lah dengan Walid. Dia ni ayah kamu! Hormat lah dia! kalau tak ada walid ni takkan hidup kamu kat dunia ni!" kata umiku pula.
"Aku lebih rela pilih tidak dilahirkan didunia ini daripada lahir dalam keluarga macam korang!!"
"Astaghfirullah mengucap Daniaelle!!" Aku hanya tersengih mendengar umiku berkata begitu. mengucap? please aku dah lupa cara nak mengucap macam mana.
"Kau tak payah ajar aku lah.. Aku cakap benda yang betul. Aku menyesal lahir dalam keluarga yang alim macam ni!!"
"NUFFAIL DANIAELLE!!" jerkah Walid padaku mebuatkan yang lain berasa terkejut. Tetapi tidak bagi aku. Aku langsung tidak rasa terkejut. Bahkan tidak takut sekalipun dengan jerkahan tersebut.
"KALI NI KAMU BETUL-BETUL MELAMPAU!! PERANGAI KAMU NI DAH TAK SERUPA PERANGAI MANUSIA!! WALID TAK TAHU MACAM MANA NAK UBATI PERANGAI KAMU NI LAGI. HANYA DENGAN CARA INI SAJA WALID YAKIN SIKAP KAMU AKAN BERUBAH!!" aku hanya tersengih mendengar ayat terakhir walid itu. benda kejadah apa lah yang dia plan ni.
"benda kejadah apa yang kau tengah plan ni? yakin sangat ke dengan cara kau tu sikap aku boleh berubah? Ini diri aku lah. jangan nak berlagak bagus!" kataku seraya memperlekehkan kata-kata Walidku tadi.
"Sungguh angkuh kata-kata kamu itu Danaielle, Seolah-olah seperti orang yang sudah tiada pegangan agama dalam hidupnya. Ingat Daniaelle! Allah mampu membolakkan balikkan hati hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja yang Dia mahu." Kata Umi dalam nada kecewa. Ye! Umi aku kecewa dengan sikap aku tapi, aku langsung tak kesah.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...