Bab 64

4.8K 155 74
                                    

cuma nak bagitau sesuatu.. tinggal lagi 2 chapter untuk ending cerita Cinta Matiku ini. Harap semua bersabar.. Chapter 65 & 66 akan aku update sekaligus nanti.. Ending dia ada yang dah separuh siap. ok I hope you guys enjoy this chapter..

Aashraf berlari bagaikan tidak cukup tanah mencari tempat berteduh apabila hujan renyai-renyai tadi telah bertukar menjadi hujan yang sangat lebat. Pada ketika ini seluruh tubuhnya telah menjadi basah kuyup kerana dibasahi dengan air hujan tersebut. Sesampai sahaja disebuah pohon yang agak rendang disitu, Aashraf memberhentikan lariannya dan mengambil keputusan untuk berteduh di pokok itu sahaja.

Aashraf memerhatikan keadaan disekeliling tempatnya berteduh itu. sunyi. Tidak ada satu pun kenderaan yang lalu lalang di tempat tersebut. Di dalam hati lelaki manis itu tidak henti-henti menyumpah seranah dengan sikap Amber yang suka mengenakan dirinya.

Cerita bagaimana si Aashraf ni boleh tersadai seorang diri ketika hujan lebat ini adalah, tadi ketika waktu lunch Amber mengajak lelaki manis itu untuk ikut lunch bersamanya. Pada mulanya Aashraf menolak kerana ada banyak kerja yang harus disiapkan di butiknya. Namun, setelah dipujuk rayu sehingga berlutut oleh Amber, akhirnya Aashraf terima juga perlawaan gadis tomboy itu.

Setelah habis lunch, Amber menyuruh pula lelaki manis itu untuk menemaninya berjumpa dengan wedding plannernya yang dibayar untuk menghias suasana pada hari pernikahannya dengan Zaquan nanti memandangkan lelaki itu tidak dapat ikut kerana outstation di johor sekarang ini. Jadi Aashraf terus bersetuju untuk menemani Amber berjumpa dengan wedding planner gadis tersebut. Dia juga ingin tahu sejauh mana kelancaran suasana majlis pernikahan abang dan sahabat baiknya itu berlangsung nanti.

Sesampai sahaja di tempat wedding planner Amber itu, tidak tahu bagaimana Amber dan Aashraf mulai bergaduh seperti anjing dan kucing. Yang si Amber nak buat macam ni, yang si Aashraf pula tak nak buat macam ni. Author pun pelik yang nak kahwin sekarang ni mereka berdua ke atau Amber dengan Zaquan..😂😂 maka bermula lah perang mulut antara Aashraf dan Amber di tempat wedding planner itu. yang sorang tak habis-habis nak menyakat, yang sorang tidak mahu mengalah. Sungguh memalukan jika dilihat dihadapan mata korang sendiri.

Ketika mahu pulang dari kedai wedding planner itu, tidak tahu bagaimana Aashraf telah ditinggalkan oleh Amber disitu seorang diri. Ketika dia mahu call gadis itu, Aashraf terbaca chat dari Amber dari Whatsapp yang berbunyi seperti..

'kau balik jalan kaki ehh.. aku nak berhoney moon dengan kereta baru kau muehehhehehe...'

Pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasa sakit hati dan amarah yang terbuku dalam jiwa lelaki manis itu. Dahlah ditinggalkan seorang diri dekat kedai wedding planner itu, lepastu kereta baharunya pula bertukar tangan dengan orang lain. Malang sungguh nasib lelaki manis itu. Apa yang bertambah sialnya lagi adalah Aashraf kehabisan kredit untuk call drivernya pula.

Jadi begitu lah kisahnya bagaimana lelaki manis itu boleh tersadai pada waktu hujan lebat turun ketika ini.

Aashraf memeluk tubuhnya kerana kesejukan.

"ni kalau aku sampai demam ni siap kau perempuan.." gumam lelaki itu.

Dalam pada Aashraf sedang sibuk melayan perasaan amarahnya, tiba-tiba sebuah kereta berjenama Audi R8 bewarna hitam metalik berhenti tepat-tepat dihadapannya. Aashraf berasa pelik dengan kehadiran kereta tersebut. Dia memerhati gerangan manusia yang berada didalam kereta itu namun gagal kerana kereta tersebut memakai cermin tinted.

Perlahan-lahan cermin tinted kereta Audi R8 itu diturunkan. Manakala Aashraf pula masih menanti dengan penuh kesabaran untuk melihat manusia yang berada di dalam kereta tersebut.

Setelah cermin kereta itu turun sepenuhnya, alangkah terkejutnya lelaki manis itu apabila melihat lelaki yang berada di dalam kereta Audi itu. Aashraf berdiri kaku melihat lelaki tersebut. Sementara lelaki itu pula hanya memerhatikan gelagat Aashraf yang sedang berdiri tegak bagaikan patung tidak bernyawa dibawah pohon yang rendang itu.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang