-Author Pov-
satu penghuni dalam rumah Galang itu berasa aneh dengan mood Zach yang tiba-tiba naik angin itu. Apa yang orang lain buat semua tak kena dimatanya.
Kadang-kadang orang tak buat salah pun dimarahnya. Contohnya macam Aashraf tadi. Tidak semena-mena lelaki manis itu diherdik oleh Zach kerana Aashraf meletakkan kasutnya di tempat lain. Tidak cukup dengan itu, pria jangkung itu sampai-sampai menolak kasar tubuh kecil Aashraf sehingga belakang badan lelaki manis itu terkena bucu kabinet rumah Galang.
"KAU NI TAK HABIS-HABIS BUAT MASALAH JE!!" tengking Zach pada Aashraf yang pada ketika itu tengah gelabah mencari dimana kasut Zach yang disimpannya.
"MANA KASUT AKU TU!!? AKU DAH LAMBAT NAK PERGI GYM NI!"
"sabar lah." kata Aashraf merendahkan suaranya. menahan sabar juga Dia apabila melihat tingkah Zach yang tak tau menyabar itu🤦🏻♂️
"Apa bising pagi-pagi ni Zach?" Soal Galang yang pada ketika itu baru habis mandi.
"Budak bengap tu lah mana dia letak barang aku? kemas rumah tapi barang aku pun lupa letak mana." Kata Zach dengan nada dinginnya pada Galang.
"Kau ni tak baik cakap begitu. syukur kita ada dia yang selalu bersihkan rumah ni. Dulu masa dia tak ada disini rumah ni pernah bersih ke? Tak kan?" Kata Galang seraya membela Aashraf.
"Ahh diamlah kau! Dari dulu sampai sekarang nak back up dia kenapa?"
"Ya jelaslah karna dia gak salah"
"ermm.. kasut gym kau aku tak jumpa lah Zach. Kau pakai lah dulu kasut aku.. Nanti abis kelas aku cari balik" Kata Aashraf yang baru muncul di ruang tamu setelah habis mencari-cari kasut Zach dalam rumah ini.
"APA!?? KAU NI KAN.." Zach kembali meninggikan suaranya pada Aashraf dan datang kearah lelaki manis itu..
"wait.. kasut? sepatu maksudnya? jadi lu teriak-teriak seperti orang gila hanya gara-gara sepatu lu?" soal Galang kepada Zach membuatkan pria jangkung itu memberhentikan langkahnya untuk datang kearah Aashraf.
"Ha'ah!" jawab Zach singkat.
"Lu lupa apa bodoh sih? kan gua yang nyuruh lu simpan sepatu gym lu di kamar elu 3 hari yang lalu?" pertanyaan Galang itu membuatkan Zach terdiam. Dia lupa kalau Galang pernah menyuruhnya untuk simpan kasut gym-nya dalam biliknya sendiri kerana rak kasut rumah mereka sudah tidak boleh digunakan lagi dan sedang dibaiki.
Zach menjadi agak malu kerana tidak semena-mena telah memarahi Aashraf dan menolak lelaki manis itu di penjuru kabinet rumah mereka hanya disebabkan kecuaian dirinya sendiri yang pelupa.
Lelaki itu terus berjalan menuju ke biliknya dan mengambil kasutnya lalu dipakai. Setelah itu, tanpa mengucapkan sebarang kata Zach terus keluar dari rumah mereka untuk pergi ke gym bersama beberapa orang rakan universitinya yang telah tunggu didalam kereta di luar rumah.
Galang melihat wajah Aashraf yang sedih itu. Dia faham apa yang dirasakan oleh lelaki manis itu.
"ya sabar ya.. " Aashraf hanya tersenyum hambar saja pada Galang. Kemudian lelaki itu memasuki biliknya dan meninggalkan Aashraf keseorangan di ruang tamu tersebut.
Aashraf menyentuh belakangnya yang terkena bucu kabinet rumah Galang kerana ditolak oleh Zach tadi. Dia meringis kesakitan kerana berasa sakit dibahagian belakangnya. Aashraf cuba buat lagak seperti biasa. menahan kesakitan yang dirasainya. Lelaki manis itu lalu keluar dari rumah tersebut untuk pergi ke tempat pengajiannya. Amber semalam tidur dirumah kawannya kerana sibuk melakukan assigmentnya, jadi dia tidak akan pulang kerumah buat beberapa hari ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...