Bab 56

5.6K 145 66
                                    

So guys harini Author hanya mampu buat satu bab je. I hope you guys enjoy it👌pic diatas adalah Daniaelle. k bye👋

-Aashraf Pov-

Aku terjaga dari tidurku disaat merasakan sinaran cahaya matahari menembusi seluruh ruang dalam bilik ini. Aku cuba menghalang mataku daripada terus terkena dengan sinaran tersebut menggunakan kedua belah tanganku namun, niatku terbatal disaat aku merasakan tanganku seperti diikat disuatu tempat.

Aku pandang kedua belah tanganku.

Eh apa semua ni!!

ke..kenapa kedua belah tangan aku kena gari dikepala Katil? Aku pandang selimut yang membaluti separuh tubuhku. Eh sejak bila pula aku tak pakai baju ni? Ya Allah apa semua ni?

Aku cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku pada diri aku malam tadi. Semasa aku basuh muka didalam tandas rumah aku untuk tidak menampakkan aku menangis, mulut aku tiba-tiba ditakup oleh seseorang dari arah belakang menggunakan sehelai kain.. aku tak tau apa yang aku rasa time tu tapi aku memang tak sedarkan diri. Bila bangun-bangun je aku telah berada disebuah bilik kosong yang tiada apa-apa disekelilingnya.

Tapi, sekarang macam mana aku boleh ada kat sebuah bilik yang err.. cantik dan kemas ni? siapa yang bawak aku kesini? mana pakaian aku? kenapa aku tak berbaju ni? kenapa tangan aku digari? Aku cuba memaksa otakku untuk mengingat kembali bagaimana aku boleh ada disini.

"DANIAELLE PLEASE JANGAN BUNUH ZACH!! KAU BUNUH LAH AKU TAPI JANGAN BUNUH DIA!! TOLONGLAH!! AKU MERAYU!! JANGAN APA-APA KAN DIA!!" Kataku sambil menangis dihadapan Daniaelle seraya merayu kepada lelaki itu untuk tidak memperapa-apakan Zach.

"Apa you cakap ni sayang? you gila ke I nak bunuh you?? I akan bunuh orang yang ganggu kerja aku untuk mendapatkan kau!! kau faham tak!!?? KAU TU HANYA MILIK AKU JE!!" kata Daniaelle sambil tarik rambut aku. Sakit. Aku cuba menahan air mataku daripada terus keluar. Perasaan takut pula semakin kuat menyelubungi diriku.

"Da..Daniaelle lepaskan.. jangan tarik rambut I macam tu.. sa..sakit.." kataku yang merayu kepadanya. Aku cuba nak alihkan tangan Daniaelle dari rambutku tapi kedua belah tanganku diikat di belakang.

"tau pulak sakit.. habis perasaan sakit 'aku mencintai kau' yang aku tanggung selama ni ada kau peduli?? tak ada kan!! so now tak nak banyak cakap.. aku akan rampas balik apa yang Zach rampas daripada aku" Kata Daniaelle kemudian mendekatkan wajahnya padaku dan terus mencium pipiku. Aku cuba mengelak dengan ciumannya itu kerana tidak tahan dengan bau darah yang masih melekat pada wajahnya. Namun Daniaelle masih tetap berdegil untuk melanjutkan kegiatannya.

"Main dengan kau kat sini tak puas.. jom aku bawa kau kat tempat yang special" Daniaelle terus menyuruh anak buahnya angkat aku untuk dibawa kesuatu tempat. Pada ketika itu memang aku cuba sedaya upaya menghindarkan diriku daripada disentuh oleh manusia-manusia durjana tersebut namun, aku tiba-tiba tidak sedarkan diri disaat salah seorang daripada mereka menekup sekali lagi mulutku dengan kain yang terdapat cecair pada kain tersebut.

Mungkin beginilah caranya bagaimana aku boleh berada ditempat ini. Aku memerhati semula tubuhku yang tidak mengenakan apa-apa kain disebalik selimut yang menutupi separuh tubuhku. Jap! Apa yang Daniaelle dah buat pada aku malam tadi? Adakah dia..? Ya Allah!! Tak mungkin!

Ketika aku cuba melepaskan tanganku daripada digari di kepala katil, tiba-tiba pintu bilik yang aku duduki sekarang ini terbuka. Maka terserlah lah wajah Daniaelle bersama senyumannya yang sukar aku tafsirkan.

"hai sayang dah bangun?" soalnya sambil menuju kearah katil ini.

"Da..Daniaelle I kat mana ni?" soalku dengan rasa yang takut. Pertanyaan itu tadi langsung aku tidak endahkan.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang