Bab 49

5.5K 142 23
                                    

-Zach Pov-

Setelah aku memikirkan kata-kata Sam tadi, aku mulai sedar akan sesuatu. Memang aku naik darah bila baca conversation antara Aashraf dan Daniaelle dalam handphone dia tadi. Benda ni aku dah sabar sejak dulu lagi. dah banyak kali aku delete contact Daniaelle dalam handphone Aashraf supaya dia menjauh diri dari Daniaelle tapi bagaimana diorang still lagi boleh berhubung? Sial!

Aku memaki seranah pada diri aku dengan apa yang telah terjadi. Semua benda ni berpunca dari aku. Aku yang tak pernah ceritakan perkara sebenar kepada Aashraf. Aku yang terlalu takut untuk ingat semua benda tu. Namun begitu, tak seharusnya aku marah Aashraf sampai tengking dan herdik dia seperti tadi. Aashraf tidak tahu apa-apa pasal semua benda ni. Jadi wajarlah dia mempertahankan pendapatnya untuk membela Daniaelle.

"god.. what i've done to him.. bodoh lah kau Zach!!" luah kekesalanku di dalam hati.

Aku harus pujuk Aashraf. Aku tak nak kehilangan dia. Aku tak nak dia jatuh dekat tangan Daniaelle. Dia adalah segala-galanya dalam hidup aku.

Aku terus melangkahkan kakiku menuju kearah bilik aku dan Aashraf. Sesampai di hadapan pintu, aku lihat Galang sedang memeluk Aashraf sambil tangannya mengusap-usap bahu lelaki manis itu yang sedang menangis. Sekali lagi aku memaki seranah diriku kerana telah membuat Aashraf menangis kerana sikapku.

"udah jangan menangis lagi.. Zach itu memang macam tu. dia tu baran sikit orangnyaa.." Aku mendengar suara Galang seperti sedang memujuk Aashraf.

"saya tak kesah dia baran ke tak.. tapi perlu ke tengking dan keluarkan kata-kata kesat pada saya? Walaupun ini bukan kali pertama dia tengking dan keluarkan kata-kata kesat pada saya, tapi cuba lah fikir saya siapa kepada dia? Takkan hanya disebabkan Daniaelle, dia nak mengamuk sampai macam ni sekali?" luah Aashraf. Aku lihat air matanya juga makin banyak keluar. Haihh rapuh benorr hati kesayangan aku ni.

"Iya tapi lu harus sadar.. dia mungkin cemburu liat kemesraan kalian berdua.." kata Galang seraya membalas kata-kata Aashraf tadi.

"cemburu lah sangat. Saya ni lagi lah banyak pendam perasaan cemburu pada dia bila teringat balik dia banyak 'main' dengan kawan-kawan dia dulu.."

"banyak main? maksudnya apa?" soal Galang pelik.

"alaa yang buat ehem ehem tu.. Zach kan maniac seks dulu.. macam lah saya tak tahu" kata Aashraf sambil mengoyak-ngoyak tisu yang berada ditangannya. Mungkin dia melepaskan kemarahan dia dekat tisu tu kott.. kesian tisu tu kena koyak-koyak.

Tapi, apa yang diperkatakan oleh Aashraf tadi adalah benar. Ye, memang tidak dinafikan aku seorang yang maniac seks pada ketika dahulu. Sudah banyak pelajar lelaki kat sekolah aku dahulu yang aku 'main'. Baik yang junior mahupun senior. Cuma buat masa sekarang ni aku belum pernah sumbat batang aku dekat dalam lubang Aashraf lagi.

"udah-udah..jangan dirobek-robek tisu itu terus. nanti kamar kalian jadi kotor" kata Galang seraya cuba menghentikan perlakuan Aashraf itu.

"biar..biar kotor.. biar nanti dia yang bersihkan.. dia tu bibik je kat rumah ni.. rupa pun dah macam tongkang pecah..harap tinggi je lebih. Hantu galah tak sedar diri dia tu.." Hamboi! Kutuk aku habis-habisan budak ni. Dia tak sedar ke kalau time dia marah memang nampak comel. Macam mana lah si Galang tu boleh tahan dengan Aashraf.. Mesti dalam hati dah banyak istighfar tu. Sedangkan aku, sebagai boyfriend dia pun tak kuat nak tengok, inikan Galang yang hanya dianggap sebagai 'Abang'. Nak kena Aashraf ni!

Aku terus masuk kedalam bilikku. Disitu aku lihat Galang dan Aashraf memandang kearahku. Kemudian lelaki manis itu terus baring diatas katil kami dan menyelimuti tubuhnya sambil membelakangi aku dan Galang. Manakala Galang pula aku lihat dia bangkit dari duduknya dan berjalan kearahku.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang