"dik..adik bangun dik.." Aku terjaga dari tidurku kerana dikejutkan oleh kakakku."hmm.." balasku sambil menggosok-gosok kedua belah mataku.
"jangan tidur time ni sebab tahlil dah nak mula.. nanti walid marah" kata kakakku. Aku hanya mengangguk saja. Kemudian aku mengambil handphoneku yang berada disisiku dan melihat jam disitu.
8:05p.m.
hmm lama juga aku tidur rupanya.. dari pukul 1 tengahari sampai pukul 8 malam.
"dah pergi mandi cepat..tahlil tu bermula lepas isyak" kata kakakku. Aku hanya mengangguk saja. nak membantah pun tak ada guna. penat aku dengan semua ni.
.
.8: 20p.m
Selesai mandi, aku mengenakan t-shirt hitam dan seluar pendek jogger armyku. korang rasa macam tak sesuai ke cara pemakaian aku time ada tahlil ni? Lol sape kesah! ada aku cakap aku nak join diorang punya kenduri tahlil? for god's sake memang tak lah! berkumpul dengan orang-orang kampung? eww mati hidup semula pun aku tak akan buat benda tu.
Aku keluar dari bilik dan mencari-cari dimanakah Walid aku berada. Aku nak minta kunci kereta kat dia. Aku nak keluar pergi mana-mana je asalkan aku tak join kenduri alah ni.
Aku lihat semua saudara mara aku dah siap pakai baju kurung dan baju melayu mereka. Yelah kenduri tu dah nak bermula. Aku lihat ada makcik-makcik kampung bersama anak dara mereka tolong juga apa yang patut disini. Hmm lantak lah. macam aku kesah. sekarang ni fokus aku hanya pada Walid! mana walid aku!
Aku mencari-cari dimanakah keberadaan walid. heishh mana pula orang tua ni. Aku menuju ke dapur untuk mencari umi pula. Nak tanya umi, Walid dekat mana sekarang sebab aku tengok tadi kereta dia ada kat perkarangan rumah ni.
Sesampai di dapur aku lihat umi bersama makcik-makcik kampung disitu sedang sibuk menyenduk lauk dalam mangkuk kaca untuk dihidangkan kepada para tetamu. Tanpa berlengah lagi aku terus datang ke arahnya.
"mi..Walid mana?" soalku pada umi menyebabkan semua mata disitu terarah kepadaku termasuk umi.
"lahh dik kenapa pakai baju macam ni?" soal umiku yang terkejut melihat cara pemakaian aku seperti mana yang aku katakan tadi diatas👆. soalanku itu tidak diendahkan olehnya. aku tanya soalan lain dia tanya soalan lain😑
"tak sekarang ni daniaelle tanya mana walid?" aku tidak menjawab pertanyaan umi.
"Walid pergi solat dekat masjid sebab nak jemput sekali orang-orang dekat masjid tu. Yang adik pakai baju macam ni dah kenapa?" aku hanya diam tidak menjawab pertanyaan umi.
"kunci kereta, walid letak mana?"
"dekat ruang tamu di tempat tv. Adik nak pergi mana?"
"nak keluar kejap"
"keluar? kan ada kenduri tahlil ni"
"bukannya lama pun..k bye" Aku terus berlalu dari dapur setelah menghabiskan kata-kataku.
Aku pergi kearah ruang tamu untuk mengambil kunci kereta Walid. Semasa aku mengambil kunci tersebut, aku perasan tetamu-tetamu disini semuanya memandang kearah aku. Aku juga ada terdengar seperti bisikan-bisikan dari mulut diorang. Aku tau apa yang mereka sedang cakapkan. Ini tak lain dan tak bukan mesti mengata pasal cara pemakaian aku yang sedikit terdedah ni. Takpun dok kata foreigner mana yang tersesat dekat sini. heh maleh aku nak ambik tau.
Aku langsung tidak memandang wajah mereka ketika mengambil kunci kereta Walid disitu. Tolong sikit ye.. dah kalau atuk aku yang spesis kampung tu pun aku tak nak memandang wajah dia apatah lagi orang-orang kampung yang ada kat sini. Peduli apa aku kalau diorang nak cakap aku sombong sekalipun..pi mampos arr..
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔
Teen FictionWarning: 🔞❗️❗️ ⚠️ || Read at your own risk! -Aashraf- Dia melipat kembali sepucuk surat pemberian daripada lelaki itu. Sejurus dengan itu air matanya mengalir dengan begitu deras buat kesekian kalinya. Hatinya benar-benar rapuh setiap kali membaca...