Bab 61

4.4K 125 56
                                    

Pada malam itu aku langsung tidak dapat melelapkan mataku. Entah kenapa mata ini seperti susah untuk terlelap. Sesampai sahaja di rumah siang tadi, ibu terus datang kearahku dan langsung memeluk tubuhku dengan begitu erat sekali. Dia menangis kerana terkejut melihat penampilan diriku yang tidak terurus dan wajahku yang penuh dengan luka-luka. Aku juga turut menangis apabila melihat ibuku menangis. Aku menangis kerana merinduinya. Aku merindui ahli keluargaku. Mereka semua datang kearahku dan memeluk aku secara serentak. Walaupun aku telah kembali ke pangkuan ahli keluargaku, namun kes aku masih lagi menjadi siasatan polis disebabkan Daniaelle berjaya menghilangkan diri. Hatiku menjadi semakin tidak tenteram. Aku masih takut jika Daniaelle tiba-tiba datang menculikku semula.

Sedang aku sibuk memikirkan tentang keberadaan Daniaelle, tiba-tiba Zach masuk kedalam bilikku. Aku hanya melihat sahaja lelaki itu sedang mengunci pintu bilikku. Siang tadi Zach ada minta izin kepada keluargaku untuk bermalam dirumah kami, jadi didebabkan rasa terhutang budi kerana lelaki itu telah menyelamatkanku, ayah pun mengizinkan dia untuk bermalam dirumah kami pada malam ini.

Zach kemudian datang kearahku dan duduk dibirai katil. Dia melemparkan senyuman termanisnya kearahku. Aku menjadi sedikit cair melihat senyumannya itu. Aku juga merindui kekasihku ini. Eh tapi, aku dengan dia kan dah putus..

"I happy sebab you dah kembali ke pangkuan family you" katanya seraya memulai perbualan antara kami berdua yang terasa agak canggung.

"terima kasih.." balasku sambil menunduk. Aku tak berani untuk memandang wajah Zach seperti kebiasaannya. Aku malu.

"Aashraf..?" panggil Zach.

"ye??" Aku memandang wajahnya apabila Zach memanggil namaku. Mata kami mulai bertemu. Entah kenapa aku terasa malu untuk memandang wajahnya dengan lebih lama. Rasanya pipiku dah jadi merah-merah sekarang ini.

"masih ada kah ruang dihatimu untuk diriku lagi?"

"maksudnya?" Aku tidak mengerti apa maksud disebalik pertanyaan Zach itu.

"Adakah you masih mencintai I? atau perasaan cinta itu telah lama lupus sehabis sahaja you mengucapkan kata putus haritu?" Aku tersentak mendengar pertanyaan Zach itu. Apa yang Zach katakan ini? Perasaan cintaku tidak pernah berubah terhadapnya inikan pula mau lupus begitu sahaja. Aku masih mencintai Zach. Tapi, bila difikirkan semula aku ni kotor. Aku sungguh kotor. Aku jijik dengan diriku. Tubuhku telah disentuh oleh Daniaelle malah lebih dari itu. Aku rasa seperti mahu menangis sahaja.

Aku menatap wajah Zach lama. Ya Tuhanku, aku sangat mencintai lelaki ini. Jangan lah kau pisahkan aku dan dia. Aku perlukan dia didalam hidupku.

"I tak pernah berhenti mencintai you, Zach. Setiap hari I selalu fikir pasal keadaan you. I kesian tengok keadaan you. Kenapa you harus tanggung semua ini padahal you tak bersalah dalam hal ini.. I rasa bersalah sangat pada you. I bukan Aashraf yang dulu lagi. I kotor.. I jijik dengan diri I.." Aku menangis dihadapan Zach. Biarlah. Aku peduli apa.

"Sayang you cakap apa ni.. you tak kotor pun.. I tak pernah jijik melihat keadaan you yang sekarang ni.."

"Tak Zach.. you tak faham.. I ni dah jadi sisa untuk you.. Daniaelle memperlakukan diri I lebih dari apa yang you sangkakan. Dia hanya meninggalkan sisanya untuk you sahaja.." Air mataku semakin deras mengalir dipelupuk mataku.

"sekarang siapa yang makan sisa siapa sekarang ni?" tanya Zach kepadaku dengan tenang. Aku tau dia berkelakuan tenang sebab tak nak bagi aku rasa serba salah, tapi aku tetap rasa serbab salah kepadanya. Aku kotor!

"Tapi zach I tetap kotor.." kataku sambil menangis teresak-esak. Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku kerana memikirkan keadaannya. Aku kesian dengan Zach. Kenapa dia perlu terima kepahitan ini? Dia berhak tinggalkan aku sekarang ni, tapi kenapa dia still berada disini dan cuba untuk menenangkanku dengan kalimat cintanya..?

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang