Bab 13

5.4K 181 0
                                    

-Aashraf Pov-

Aku menjalani hari-hariku di sekolah seperti biasa. Sejak kejadian haritu, Zach langsung tidak mengganggu aku lagi. Selalunya dia akan datang ke kelas aku dan cari aku, tapi sekarang dah tak ada.

Sejak kejadian itu juga, aku jarang nampak Zach kat sekolah. Atau mungkin aku je kott yang tak perasan kehadiran dia dekat sekolah tu? Ahh lantaklah.

Tapi rasa macam lain macam pulak. Biasanya aku datang sekolah dengan perasaan yang berdebar-debar. Tapi sekarang perasaan itu dah tak ada. 2-3 hari ni pun serius aku cakap Zach langsung tak ganggu aku.

Asal Aashraf? Kau rindu dia ke?

Eh mana ada!

Kalau rindu cakap jelah

Tak ada kuasa nak rindu dia nya..

Wait! Yang aku ni asal cakap seorang diri ni? Arghh!! Gila betul lah kau ni Aashraf!

Aku menjatuhkan kepalaku pada meja kelasku. Aku melihat disisi kananku Amber sedang menulis sesuatu dibuku sekolahnya. Atau lebih tepat meniru kerja Math dekat buku aku sementara cikgu Math tak sampai lagi. Dia ni..

Tiba-tiba Handphoneku bergetar dalam poket seluar menandakan ada notification masuk. Aku keluarkan iphone 7ku dan melihat ada seseorang DM aku di Instagram. Aku menekan perkataan accept untuk lihat dm dari orang tersebut.

Galxradityx
Hi Aashraf. Nanti rehat jumpa kat bilik muzik ya. Ok bye.

Aku rasa pelik. Siapa dm aku ni? Dan Siapa pulak empunya nama Ig ni? Aku menekan profile picture Ig orang tersebut untuk melihat siapakah gerangan manusia yang dm aku. Dahlah nak jumpa kat bilik muzik pulak tu.

Aku lihat followersnya. Hmm boleh tahan famous jugak. 25k bhaii. Eh aku baru sedar yang dia ni ada follow aku.

Aku lihat satu persatu gambar yang di post oleh pemilik nama ig tersebut. Sepertinya aku pernah lihat muka lelaki ni. Jap! Ni bukan lelaki yang tolak aku sampai terjatuh hari tu ke? Waktu meleraikan pergaduhan antara aku dan Zach? Eh dia ni kan gang Zach. Oh tidak! Jangan cakap Zach dah kembali nak balas dendam!

Aku tidak membalas dm tersebut. Aku meletakkan handphoneku di atas meja lalu memandang Amber yang berada disebelahku.

"Amber kau kena tolong aku!!" aku menggongcangkan lengan budak tomboy disebelahku dengan kuat sampaikan dia berdecit tanda tidak suka diperlakukan sebegitu. Yelah sebab aku ganggu dia nak siapkan kerja Math.

"Amenda kau? Aku tengah sibuk ni" Amber masih fokus dengan kerjanya. Haihh dia ni.. Apa lah dia buat kat rumah sampaikan kerja sekolah tak siap. Ok think positive Aashraf, mungkin dia tak suka Math so dia malas nak buat.

"Nanti waktu rehat teman aku pergi bilik muzik"

"Kenapa?"

"Tengok ni" aku menunjukkan dm dari member Zach itu kepada Amber.

"Wowowo.. Brother Galang dm kau.. Boleh-boleh.." aku tersenyum lalu memeluk budak tomboy yang berada disebelahku ini. Untung ada dia. Kurang sikit rasa takut aku nak berhadapan dengan Zach nanti. Itupun kalau Zach tu ada lah.

"Woii jangan lah peluk-peluk aku.. Nanti orang fikir kita ni gay pulak. Aku bukan macam kau, kunyit." Amber meleraikan pelukan aku pada tubuhnya. Tak guna betul dikatanya aku kunyit. Apa? ingat aku belalang kunyit? Ambik balik buku Math aku tu nanti baru tau. (P/s: padahal Aashraf tak tau pun maksud perkataan 'kunyit' itu)

Wait! Dia kata nanti orang fikir yang kitaorang ni gay kalau berpelukan? Dia perempuan kan..

"Kepala kau.. Cakap nanti orang fikir yang kita ni gay konon. Tak sedar agaknya kat dada dia tu ada dua gunung yang keci.. Adududuhhh.." aku meringis kesakitan kerana dicubit oleh Amber. Ya Allah! Sakit wehh! Menyesal aku sakat dia guna perkataan gunung tu. Dahlah cubit dekat peha.. Balik ni mesti merah-merah peha aku.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang