Bab 17

5.1K 177 0
                                    

"Kau sure ke ni Man?"

"Kau tanya soalan apa ni bodoh? Kalau aku tak sure tak adanya kita ada kat sini"

Alan dan Haiman sedang menanti seseorang di dalam kereta mereka. Mereka lihat semua pelajar Maxwell telah keluar dari perkarangan sekolah tersebut kerana waktu persekolahan telah pun tamat.

"Kau tak takut Daniaelle tau ke?"

"Kalau kau tak buka mulut tak adanya dia tau, bangang"

"Kau tak takut dia syak kita ke nanti?"

"Kita kan 'kawan baik' dia. Confirm dia takkan syak apa-apa. Lagipun aku memang dah lama nak rasa budak tu. Mana boleh dia sorang je yang dapat."

"Aku pun sama hahaha.. Dah lah comel pula tu.. Geram aku dibuatnya.." kata Alan dengan senyuman gatalnya.

"Tapi.. kau tak takut ke dengan apa yang Daniaelle cakap haritu? Kalau ada sesape sakitkan budak Aashraf tu, dia sanggup bunuh orang tu?" senyuman Alan tiba-tiba mati apabila dia teringat semula kata-kata Daniaelle itu.

"Relax lahh.. Tak payah takut sangat lah.. Benda ni akan jadi selamat kalau kita pandai cover depan dia. Asalkan kau dan aku tak bukak mulut, semua benda jadi mudah" kata Haiman dengan begitu yakinnya.

"Tak ada lah.. Cuma aku tak sedap hati bila dengar Daniaelle cakap pasal benda tu. Entah kenapa aku rasa dia betul-betul maksudkan dengan kata-katanya." Alan mulai ragu dengan plan yang dibuatnya dengan Haiman.

"Fikir logiklah.. Takkan dia nak bunuh orang. Takkan dia nak tempah nyawa dia ke tali gantung macam tu je, ataupun masuk sekolah Henry Gurney. He's still young kott. Paling teruk pun dia belasah orang tu sampai nyawa-nyawa ikan je. Dah lah malas nak layan kau. Nanti dah dapat kau jugak yang rasa." Haiman terus keluar dari keretanya setelah menghabiskan kata-katanya. Dia datang kearah Aashraf yang sedang berdiri seorang diri menunggu drivernya.

"Hai? Aashraf kan?" sapa Haiman yang pada ketika itu sedang berdiri disebelah lelaki manis itu.

"Ha'ah. Awak ni kawan Daniaelle kan?" soal Aashraf kepada Haiman. Dia lihat Haiman hanya mengangguk saja.

"Ingatkan dah lupa. By the way tunggu siapa?"

"Tengah tunggu Pak Samad."

"Jomlah saya tumpangkan. Lagipun Daniaelle ajak keluar lunch sama-sama dengan kitaorang. Dia sekarang ni tengah tunggu kita dekat restoran pak ciknya." kata Haiman dengan selamba badaknya menipu lelaki manis itu.

"Errmm.." Aashraf ragu-ragu sama ada mahu ikut 2 orang lelaki itu pergi ke restoran Pak cik Daniaelle ataupun tidak. Dia berasa pelik kenapa Daniaelle tidak memaklum kepadanya awal-awal. Lagipun, apa yang Aashraf tau tentang diri Daniaelle adalah lelaki itu jenis yang tidak suka bagitau sesuatu hal pada dirinya last-last minute.

"Dia tak bagitau apa-apa kat saya pun. Kejap ye saya nak call dia" Aashraf sudah mula mengeluarkan handphonenya untuk call Daniaelle.

"ermm.. Actually saya lupa nak bagitau yang Daniaelle tak bawak phonenya pergi sekolah. Tertinggal katanya"

"Pulak dahh.."

"Hahaha tu lah.. Ada-ada je Daniaelle tu. Dah lah jom. Nanti lama pulak Daniaelle tunggu kita. Dia tu bukannya suka menunggu-nunggu." Haiman mula menarik tangan Aashraf untuk masuk kedalam keretanya. Dia perlu bertindak dengan cepat. Dia tak nak kawan-kawan Aashraf nampak dia membawa lelaki manis itu lari.

Manakala ditempat Aashraf pula, dia terpaksa ikutkan juga langkah Haiman yang sedang menarik tangannya. Jauh disudut hatinya dia berasa ragu-ragu untuk ikut Haiman sebenarnya. Mengingat kembali kejadian dimana Haiman suka perhatikan tubuhnya di Tasik Titiwangsa tempoh hari, membuatkan Aashraf tidak berapa percaya dengan lelaki itu. Namun, lelaki manis itu tidak ada pilihan. Daniaelle sendiri pernah beritahu dia bahawa Haiman dan Alan itu adalah kawan baiknya. Jadi dia hanya fikir positif saja.

Cinta Matiku[Boyxboy] (Complete)✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang