1 ; Wedding Day

356 30 4
                                    

01
Wedding day

Seorang wanita berpakaian gaun putih bersih, bahagian bawahnya pula kembang dengan hiasan manik-manik kecil sedang berdiri di luar pintu masuk gereja. Belakang kepalanya diletakkan veil. Tangan wanita itu menggenggam erat sejambak bunga dengan perasaan yang gelisah. 

Saat pintu tersebut dibuka, lengan lelaki pertengahan usia; Park Haewon iaitu bapanya dipegang erat. Perlahan-lahan mereka berjalan masuk di tengah gereja sambil dipandang seluruh tetamu di kiri dan kanan.

Lelaki tinggi berpakaian kemas yang sedang menunggunya itu ditatap lama. Lelaki itulah bakal suaminya nanti. Lengan wanita itu kini berpaut pada lelaki itu. Mereka berdua bersama-sama berdiri di hadapan paderi.

Semasa paderi sedang membacakan ikrar, wanita itu susah menutup matanya. Berkahwin dengn lelaki di sebelahnya itu ialah bukan kehendaknya. Dan juga mungkin perkara terakhir yang akan dilakukannya.

Sebenarnya, lelaki itu adalah manusia yang paling dibencinya sejak berada di sekolah menengah dahulu. Banyak perkara pahit berlaku setiap kali lelaki itu ternampaknya. Malah hampir setiap hari.

Serta perkara yang paling memalukan yang pernah berlaku ialah semasa hari graduasi. Wanita itu berjalan saat namanya dipanggil. Tanpa disedar, ada satu kaki terkeluar dari tepi dan tidak semena-mena dia terjatuh. Wajahnya tersembam ke lantai lalu hidungnya berdarah.

Waktu itu, satu dewan itu penuh dengan gelak tawa pelajar. Kejadian itu memang tidak pernah dilupakan sampai bila-bila.

"Cik Park–" panggilan paderi menyedarkan wanita itu dari mengelamun. "Ye?" soalnya kembali. Lelaki di sebelah mengeluh perlahan. Wanita itu memandangnya tajam.

"Adakah kamu, Park Yoona, akan menerima Kim Mingyu sebagai suami?" soal si paderi sekali lagi.

Yoona menggenggam bunga yang dipegangnya. 'Boleh tak aku kata tak nak?' rintih hati Yoona. Tetapi ianya tidak dapat diungkap dengan mulutnya sendiri. "Ye, saya terima." balasnya selepas mengambil beberapa ketika.

"Kini, saya isytiharkan kamu berdua sebagai suami isteri. Awak boleh cium pengantin perempuan." senyum paderi pada si pengantin lelaki. Mingyu berdiri menghadap isterinya. Yoona juga pusing menghadapnya.

"Awak jangan malukan saya, Mingyu." tegas Yoona dengan nada sangat perlahan. Hanya lelaki itu sahaja boleh dengar. Mingyu tersenyum senget. "Awak sekarang isteri saya."

Yoona memejamkan matanya saat suaminya mendekatkan wajahnya. Tetamu bertepuk tangan apabila Mingyu mencium dahi isterinya itu. Wanita itu membuka matanya selepas Mingyu menjarakkan bibirnya.

'Nasib baik dia tak cium bibir aku!!' lega Yoona dan mengeluh perlahan.

💑

"Yoona–!!" dua orang wanita berpakaian dress putih dan berambut panjang teruja melihat rakan baiknya sebaik sahaja terjumpa di dalam dewan hotel. Yoona mendepakan tangannya dan memeluk mereka berdua sekali.

Mereka bertiga menjerit keriangan. Sesetengah tetamu di dewan tersebut pelik memerhatikan mereka. Pelukan erat mereka pun terlerai. "Tahniah, babe–!!" wanita yang berambut blonde itu menjerit kecil dengan terujanya.

"Akhirnya–" rakannya seorang lagi menepuk bahu Yoona. "–kau kahwin juga dengan Encik Slenderman tu." tawanya dengan rakan seorang lagi.

Yoona mencekak pinggang. "Korang ingat aku nak kahwin dengan dia?" balasnya jelek. Matanya dijelingkan.

"Orang kata–" wanita berambut blonde itu menghabiskan sisa tawanya. "–kalau dah jodoh tak ke mana."

Bibir Yoona muncung ke depan. Menyampah sungguh dengan rakannya itu. "Untuk tidak merosakkan mood bahagia kau hari ni–" wanita berambut hitam pekat menghulurkan sebuah beg kertas yang bertutup pada si pengantin perempuan. "–kitorang ada hadiah special untuk kau." senyum wanita itu lebar.

Yoona mengambil hadiah tersebut. "Memandangkan kau dah kahwin, kitorang sepakat nak bagi ni." tambah wanita satu lagi. Yoona tersenyum suka. "Apa benda ni?" soalnya ingin tahu.

Mereka berdua menahan Yoona dari membuka beg kertas itu. "Jangan buka sekarang. Malam nanti kau tengok." geleng mereka.

"O–kay" pelik Yoona.

Kemudian mata Yoona tertancap pada suaminya serta ibu bapanya di pintu dewan. Mereka sedang bersalaman dengan tetamu yang baru datang. Tidak enak pula dia tiada di situ. Yoona menepuk bahu rakannya. "Korang makan dulu. Aku pergi sana."

Mereka berdua angguk faham. Yoona menapak ke sana dengan gaun labuhnya. Tidak mahu berada di sebelah lelaki tinggi itu, Yoona berdiri jarak sedikit dari suaminya.

Kemudian, terasa seseorang berdiri betul-betul sebelahnya. Tidak perlu lihat, dia sudah tahu gerangan tersebut. Malah bau wangian itu sudah dapat dicamnya. Wangian itu  sering dihidunya dahulu kerana lelaki itu selalu mengganggunya.

Mingyu mengambil kesempatan dan memeluk pinggang isterinya. Yoona menjeling pada tangan lelaki itu lalu beralih pada wajah suaminya. "Jangan nak gatal sangat." jelingnya sambil menolak tangan Mingyu dari pinggangnya.

Selamba lelaki itu tergelak kecil. Selalu sahaja wajah marah itu ditatapnya semasa bersekolah dahulu. Entah kenapa dia suka sangat apabila wanita itu marah. "Janganlah jual mahal sangat–" dia menyeringai gatal sambil mencuit pucuk hidung isterinya.

Yoona mendengus geram. "Lelaki gatal–" tajam matanya menjeling lelaki itu dan langkahnya dituju ke arah ibu bapanya di sebelah sana. Mingyu tersenyum suka.

To Be Continued

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now