40 ; Weekend

116 19 1
                                    

40
Weekend


Yoona meronda-ronda di kelas bawahannya yang sedang menjawab peperiksaan bulanan itu. Untuk memastikan tiada pelajar yang berbual atau berkomunikasi semasa waktu peperiksaan dijalankan.

Minggu itu juga, dia pulang seperti biasa kerana minggu itu minggu peperiksaan. Dia mahu memberikan Minjung masa untuk mengulangkaji.

Selepas beberapa minit meronda, dia duduk di meja guru di hadapan sekali.

Drrt drrt drrt

Telefon bimbitnya yang berada di atas meja itu bergetar. "Omma-" panggilan dari ibunya itu dijawab.

"Helo-" sapanya dahulu. "Uri ddal-lama tak dengar khabar. Langsung tak telefon omma ye-"

Yoona tersengih malu. "Maaf sangat omma-orang sibuk dengan kerja. Balik pun malam. Terlupa pulak nak telefon." balasnya dengan lembut. Takut wanita itu terkecil hati.

"Sekurang-kurangnya telefonlah sebulan sekali ke-ini nak tunggu omma telefon ye kamu."

"Maaf sangat sangat omma-nanti orang akan telefon selalu." nada Yoona yakin.

"Baguslah-"

"Omma sihat? Appa pun?" soal Yoona. "Ye-sihat sejahtera."

Tersenyum lega guru muda itu. "Kamu dengan gyu sihat? Macam mana dengan rumah baru? Selesa?" soal si ibu pula. Sejujurnya kali terakhir mereka berhubung ketika Yoona dan Mingyu pindah masuk rumah.

"Kami sihat je. Rumah pun okay. Selesa duduk."

"Dah tu-bila nak bagi kami cucu. Teringin omma nak pegang baby."

Yoona mengetap bibirnya rapat. Pucuk hidungnya yang tidak gatal digaru perlahan. "Ah-"

"Sekurang-kurangnya bagilah satu cucu untuk omma sebelum omma tak ada nanti-" sayu suara Puan Park berkata.

"Apa omma cakap ni-janganlah cakap macam tu. Orang sayang omma lah." dada Yoona terasa sebak mendengar balasan ibu kesayangannya.

"Mana tahu-omma dah tua, Yoona."

"Apa omma ni–tak naklah bagi cucu dekat omma." protes wanita muda itu.

"Okaylah–minta maaf ye, sayang." Puan Park tertawa kecil di hujung ayatnya.

"Bila kamu cuti, sayang? Omma rindu nak jumpa kamu ni. Haritu kamu dah pergi rumah Puan Kim. Bila nak datang sini?" kedengaran suara Puan Park cemburu.

"Mama cerita ye–" sengih Yoona malu.

"Ye–kamu berdua datanglah sini pulak."

Sebelah tangan Yoona menopang pada bawah dagu. "Cuti panjang lama lagi, omma."

"Kamu datang hujung minggu pun tak apa–asalkan dapat jumpa." pujuk Puan Park lagi.

Wanita itu berfikir sebentar. "Kena tanya gyu dulu lah, omma. Dia yang susah nak cuti–"

"Hm–yelah." Puan Park memahami kerja menantunya itu. Hanya cuti hari Ahad sahaja.

"Nanti Yoona pujuk dia–"

"Ye–tapi jangan tak datang. Datang sehari pun omma tak kisah."

"Baik, omma–" terangguk-angguk kepala Yoona. Jam di tangannya dikerling sebentar. "Yoona memang nak borak panjang lagi–tapi sekarang pelajar tengah periksa lah omma. Ni pun tengah dalam kelas."

"Ouh ye ke–tak apalah."

"Nanti orang telefon lagi. Anyeong, omma–saranghae."

"Nado–"

Telefon itu dimasukkan ke dalam beg tangan selepas menamatkan panggilan itu.

Guru muda itu bangkit dari tempatnya. "Semua–anda ada 30 minit lagi masa menjawab."

💑

Sebiji mug berisi mocha panas diletakkan di sebelah Yoona yang sedang sibuk menanda kertas ujian di meja.

Mingyu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Isterinya pula bersila di bawah. "Kerja melukis awak tu dah siap ke?" soal Yoona sambil menoleh ke belakang melihat suaminya.

"Dah–minggu depan projek baru pula." balas lelaki itu malas. Keluhannya panjang.

"Ouh–itu yang pergi singapura tu?" soalan Yoona hanya dibalas dengan anggukan Mingyu.

Yoona bangkit dan duduk sebelah suaminya. Kerja menandanya dibiar seketika. "Alahai–bila awak nak cuti ni?"

"Kenapa?" soal Mingyu sambil tangannya menukar siaran televisyen.

"Saya nak balik rumah omma–"

"Mula minggu depan, saya sibuk sebab projek baru tu." Mingyu menatap isterinya sebentar.

"Lah ye ke–" berat Yoona mengeluh. "Tapi lepas habis projek ni, bos saya bagi rehat sebulan."

Wajah wanita itu ceria semula. "Bila habisnya–?"

"Agaknya dalam 3 bulan–inipun sebab klien tu nak bina kafe je. Kalau bangunan besar, mahu setahun–" tergeleng kepala Mingyu dengan tempoh binaan itu.

Terlopong mulut Yoona mendengarnya. "3 bulan–?"

"Ye lah–"

"Ala lamanya–bila nak balik sana? Saya pun cuti panjang bulan depan." memuncung bibir Yoona.

"Tengoklah nanti–"

"Susah lah kerja arkitek ni–tak ada cuti langsung." masam wajah Yoona sambil memeluk tubuhnya.

Mingyu memeluk bahu isterinya. "Kalau kita balik hujung minggu–?" pujuknya.

"Minggu ni–?" sebelah kening Yoona terangkat. "Hujung minggu ni saya nak pergi Singapura. Minggu depan lah–"

Yoona mengeluarkan jari kelingkingnya. "Janji–?"

Mingyu tertawa kecil sambil membalasnya. "Janji–"

Baru wanita itu tersenyum. Lega hati Mingyu melihat isterinya tersenyum sebegitu.

"Kan comel senyum macam ni–" pipi wanita itu dicubit perlahan. "Saya tahulah saya comel–" dengan bangga Yoona menjawab.

"Perasan–" cubitannya dikuatkan. Terjerit Yoona kerana kesakitan. "Tadi kata saya comel–"

"Comel sangat macam sotong–"

"Yaah–" tangan suaminya itu ditarik. "Sotong katik–" usik Mingyu lagi.

"Awak rakun gila–" pipi lelaki itu cuba dicubitnya. Mingyu memalingkan wajahnya. Tangan Yoona digenggam.

"Awak dah cubit saya–tak adil." dengus wanita itu perlahan. Tangan isterinya ditarik dan Yoona tertarik padanya.

Bibirnya dicium sekali. Wanita itu terkaku. Wajahnya statik di hadapan wajah suaminya. Melihat lelaki itu tersenyum, terasa pipinya memanas.

Mingyu terus tertawa besar melihat wajah isterinya yang memerah itu. "Baru sebiji macam sotong–"

"Yaah–"


♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now