24 ; Ignoring (me)

114 22 0
                                    

24
Ignoring (me)

Balik sahaja ke rumah, Yoona mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Mingyu. Setiap kali melihatnya, terasa hendak tumbuk sahaja.

Pulang malam itu juga, dia terpaksa menaiki teksi. Mingyu langsung tidak mahu menelefon atau bertanya padanya. Dia juga tidak mahu kalau lelaki itu tidak mahu.

Ternampak sahaja lelaki tinggi itu di kamar, Yoona terus keluar ke ruang tamu selepas selesai mengganti pakaian yang lebih selesa.

Mingyu perasan yang isterinya tidak mahu bertemu mahupun bersuara dengannya. Terasa ketegangan di antara mereka.

Yoona memeluk erat bantal kecil di sofa tersebut. Kebosanannya dibuang dengan menonton televisyen. Tetapi semakin lama, mata wanita itu seakan hendak tertutup.

Matanya segera dibuka apabila tersedar yang dirinya sudah tertidur. Kepalanya ditoleh. Melihat pintu bilik itu sama ketika dia keluar dari bilik, tahulah yang mingyu masih di situ.

Televisyen itu ditutup. Langkahnya dihayun pergi dari situ kerana sudah mengantuk. Tidak berhenti di bilik utama, Yoona masuk ke dalam bilik sebelahnya.

Tidak mahu dia hendak tidur bersebelahan lelaki itu. Tubuhnya dihenyakkan di atas katil. Sekali tutup sahaja mata, dia sudah dibuai mimpi.

Pintu bilik itu tiba-tiba sahaja terbuka. Satu susuk tubuh tinggi menapak ke arah katil yang menempatkan Yoona.

Tubuh itu baring di sebelahnya. Mingyu mengiringkan tubuhnya menghadap wanita itu. Baru sahaja hendak menyentuh wajah mulus itu, tubuh Yoona beralih membelakangi suaminya.

Sebelah tangan Mingyu berpaut pada pinggang ramping itu. "Kalaulah awak sentiasa sakit–" cebiknya.

💑

Bunyi pancuran air dari dalam bilik air jelas kedengaran oleh lelaki tinggi yang sedang tidur nyenyak itu. Disebabkan itu tidurnya terganggu.

Ruang sebelahnya diraba. Terasa tempat itu kosong, matanya dibuka. Yoona sudah pun tiada di situ bersamanya.

Kedengaran pancuran air itu terhenti. Perlahan Mingyu mengangkat tubuhnya dan bangkit dari katil. Sambil menggaru kepalanya yang tiba-tiba sahaja gatal, lelaki tinggi itu menapak malas ke bilik sebelah.

Tuala yang disangkut di tempat penyidai, ditarik lalu ditempatkan pada bahu kirinya.

Pintu bilik air terbuka. Matanya menatap isterinya yang keluar dengan hanya berkemban sahaja. Badan wanita itu masih basah.

Tanpa disedari, matanya hanya melihat Yoona dari atas hingga bawah. Pertama kali dia melihat isterinya sebegitu. Bibirnya itu  dibasahkan.

Yoona pula memandangnya tajam. "Apa pandang-pandang?" garang wanita itu bersuara.

Mingyu yang tersedar mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Belakang lehernya diusap perlahan. "Tak ada—" gelengnya laju.

"Lelaki gatal—" omel Yoona perlahan sambil menapak ke bilik pakaian.

Mingyu menampar pipinya beberapa kali selepas pintu bilik pakaian itu tertutup. "Apa yang kau fikir ni, Mingyu–"

Telinganya terasa sudah panas dan kelihatan memerah. "Lupakannya—" sekali lagi pipinya ditampar. Langkahnya pun terus sahaja dituju ke bilik air.

💑

Suasana di dalam kereta itu hanya sepi. Yoona hanya membuang pandangannya ke luar tingkap. Untuk dijadikan cerita, pagi itu Mingyu memaksanya untuk menghantarnya ke sekolah. Kalau tidak, pipi Yoona akan diciumnya.

Baik Yoona mahupun Mingyu, masing-masing berdiam diri sahaja. Audio radio dikuatkan oleh Mingyu. Sengaja mengelakkan keadaan kekok itu.

Yoona yang tidak menyukakan keadaan bising pada waktu pagi, menurunkan nadanya. Mingyu masih menaikkannya. 

Yoona pun menampar tangannya dan menurunkan semula audio itu. Kini, berlakulah pertelingkahan di situ. Masing-masing tepuk tangan masing-masing.

Yoona mendengus geram. "Sudahlah–" wanita itu mengalah dan mengiringkan sedikit tubuhnya lalu bersilang tangan.

Mingyu tidak menguatkan audio itu semula. Dibiarkan keadaan sepi itu.

Tiba sahaja di sekolah, tali pinggang keledar ditanggalkan Yoona. Pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta.

"Ehem–balik nanti macam mana?" soal Mingyu tanpa memandangnya.

"Saya balik lambat–pukul 10. Kalau awak tak nak ambil, saya balik naik teksi." balas Yoona mendatar lalu menutup pintu kereta itu.

Belum sempat Mingyu hendak membuka mulut untuk membalas, Yoona berlalu pergi. Segera cermin tingkap tempat penumpang itu diturunknnya.

"Saya ambil awak malam ni–" kuat lelaki itu membalas.

Terdengar sayup suara suaminya, kepalanya ditoleh. "Saya ambil–" sekali lagi dia bersuara.

Yoona memutarkan bola matanya dan menyambung langkahnya.

♥ To Be Continued ♥


Hoho..since saya dlm mood yg sngt baik, double update lagi malam ni. 😘😘😘😘 muah

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now