8 ; (New) Home

117 22 0
                                    

08
(New) home

Seminggu pun berlalu, mereka berdua sudah melalui banyak perkara yang manis dan pahit. Sering juga mereka bergaduh sebab perbuatan Mingyu yang sering mengusik isterinya. Tetapi begitulah perkahwinan.

Bagasi yang asalnya ada dua sudah menjadi tiga kerana banyak juga barang yang mereka beli untuk rakan dan keluarga sebagai cenderamata. Tidak lupa juga kepunyaan sendiri kerana Perancis ialah Bandar Fesyen.

Yoona berlari mendapatkan Puan Park sebaik sahaja tiba di rumah. "Omma–" pelukannya erat pada ibu yang tercinta itu. "Macam mana? Best–?" soal Puan Park. Laju Yoona mengangguk. "Seronok sangat omma–"

Sementara mereka berdua berpelukan, Mingyu membawa masuk bagasi ke dalam rumah. Bapa mertuanya yang berada di ruang tamu di salam.

"Jom kita masuk–" ajak Puan Park. Mereka dua beranak pun menuju ke ruang tamu. Yoona pun sibuk mengeluarkan hadiah untuk ibu bapanya. Mingyu yang duduk di sebelahnya hanya senyap melihat isterinya yang teruja menceritakan segala tempat yang dilawatinya.

"Memandangkan Yoona dah bagi omma dengan appa hadiah, kami pun ada hadiah untuk kamu berdua" balas Puan Park dengan senyum. "Hadiah apa?" soal Yoona teruja.

"Masa kamu dekat Paris, kami berdua dengan parents Mingyu dah belikan rumah untuk kamu berdua." sampuk Encik Park. Serentak mereka terkejut. "Nae?"

"Kamu berdua boleh tinggal di apartmen tu. Omma tau kamu perlukan privasi." tawa Puan Park.

"Omma nak Yoona tinggalkan rumah ni?" soal Yoona tidak percaya. Laju Puan Park menggeleng. "Bukan tinggalkan. Kamu berdua kan dah kahwin. Mestilah tinggal dekat rumah sendiri."

Yoona mencebik dan memeluk tubuh. "Okay–omma dengan appa dah tak sayangkan Yoona kan"

"Apa pulak–sebab kami sayanglah kami buat macam ni"

"Esok kamu berdua boleh terus pindah ke sana." tambah Encik Park.

"Appa–!!"

💑

Mingyu merebahkan badannya di atas katil selepas beberapa jam penat duduk di dalam kapal terbang. "Selesanya–" Matanya pun dipejamkan.

Yoona menapak keluar dari tandas dengan mask di wajahnya. Wanita itu baring di sebelah suaminya. "Awak rasa logik tak kita pindah ke apartmen tu?" soal Yoona pada Mingyu.

Mingyu tidak menjawab soalannya. Mungkin sudah tertidur. "Privasi apa nya–okay je lepas kahwin duduk sini." omel Yoona lagi. Mingyu memusingkan tubuhnya menghadap isterinya. Matanya masih lagi tertutup.

"Mungkin diorang nak bagi kita privasi masa atas katil–" Mingyu tersenyum suka. Yoona menatapnya jelek. "Ei–gatal" terus dia baring membelakangi Mingyu.

"Diorang dah tak sabar nak ada cucu agaknya–" Mingyu tertawa kecil. Yoona menyeringai geli.

💑

Pasangan itu masuk ke dalam rumah barunya bersama ibu bapa dan ibu bapa mertua mereka. Masing-masing ternganga melihat rumah itu. Segala perabot sudah ada di situ. Hanya perlu tinggal sahaja di situ.

Terdapat tiga buah bilik di apartmen itu. Bilik utama ialah paling luas antara tiga bilik itu. Katilnya besar dan ada kelambu di atasnya dengan sokongan empat tiang.

"Kamu susunlah baju dulu–omma nak pergi susun barang dekat dapur dengan omma Mingyu." kata Puan Park pada anak tunggalnya. Yoona mengangguk.

Dia menuju ke sebuah pintu lalu disorongnya ke tepi. Ruang itu ialah untuk pakaian. Memang besar. Mingyu membawa masuk bagasinya ke dalam bilik. Langkahnya dituju pada bilik pakaian.

"Yoona-ah–awak tolong susun baju saya. Saya ada kerja dekat depan" pinta Mingyu lalu berjalan pergi ke ruang tamu semula. Yoona tidak membalas dan menurut sahaja.

💑

Yoona dan Mingyu menghantar pemergian ibu bapa mereka di pintu rumah. "Kami pergi dulu–" senyum Puan kim pada mereka. "Selamat tinggal–" pasangan itu melambai pada ibu bapa mereka.

Apabila bayangan orang tua mereka tidak kelihatan, pintu rumah di tutup. Yoona yang berjalan melalui ruang tamu terkejut dengan gantungan potret perkahwinan mereka.

"Mingyu-ah–" panggilnya dengan mata masih tertancap pada potret itu. "Apa–?" soal Mingyu sambil menapak ke arahnya. "Siapa yang buat tu?" tunjuk Yoona.

"Appa saya minta kawan dia lukis–" balas Mingyu lalu tersenyum melihat gambarnya bersama isterinya itu. "Cantik kan–?" soal Mingyu pula. Yoona mengangguk perlahan. "Muka saya yang paling cantik dekat situ–awak macam rakun" tawanya besar dan berlalu pergi ke dapur.

"Awak tu sotong–" balas Mingyu kuat.

Mingyu mencebik. "Macam dia cantik sangat–"

Lelaki itu menatap wajahnya sendiri. "Tak adalah macam rakun–muka dia tu yang macam sotong"

"Kim Mingyu–!!" suara Yoona kuat memanggil namanya. "Apa lagi–?!!" balasnya geram. "Tolong saya sekejap"

Dengan malas lelaki tinggi itu menapak ke dapur. Kemudian dia tertawa besar melihat isterinya sedang berjengket untuk mengambil cawan di atas rak. Yoona menjelingnya tajam. "Tak perlulah nak gelak–" dengusnya geram. "–tolonglah saya"

"Sotong katik–" ejek Mingyu dengan tawanya yang tidak berhenti itu. Lengannya itu dipukul kuat Yoona. Mingyu dengan senangnya mencapai gelas dan berikan pada Yoona.

Wanita itu mengambilnya dengan kasar. "Cawan tu patutnya letak dekat bawah–" omel Yoona sambil menunggu air yang diisinya penuh dengan mesin air.

"Biar je dekat atas–suka saya tengok sotong katik tu tak sampai" usik Mingyu lagi. Yoona mengetap bibir. "Tak guna punya slenderman–" suaranya perlahan.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now