31
GaySesudu penuh spageti disuapkan ke dalam mulut. Yoona mengunyahnya perlahan-lahan. Mingyu yang bersandar di sebelahnya menggeleng melihat isterinya itu.
"Makanlah sekali–" peha suaminya itu ditepuk. "Kan saya cakap–tengok awak makan je pun dah kenyang." Mingyu tersenyum manis.
"Eii–" jelek Yoona mendengarnya. Mingyu berdehem perlahan dan bangkit dari tempatnya. "Saya pergi ambil air–tengok awak makan gelojoh betul. Tak pasal-pasal tercekik." lantas Mingyu segera mengambilnya.
Yoona mendengus perlahan sambil menghentak kakinya geram.
Dua cawan air sirap diambil di hujung meja hidangan itu. Selepas minuman itu penuh, Mingyu menapak ke tempatnya semula.
"Nah–" dua-dua cawan itu diletakkan di atas meja. Yoona tersenyum lebar. "Gomawo–"
Baru sahaja Mingyu hendak duduk, bahunya disentuh dari belakang. "Bro–"
Yoona turut tertoleh. Mingyu tertawa lalu memeluk sekejap rakan baiknya itu. Mata bundar Yoona meneliti wajah lelaki kurus itu.
"Kau dah jumpa hyung–?" soal Mingyu. "Dah. Baru tadi–"
"Ni isteri aku–Yoona." perkenalkan Mingyu pada wonwoo. Wanita itu sekadar tersenyum manis. "Anyeonghaseyo–" sapa wonwoo ramah.
"Ini lah Jeon Wonwoo– kawan saya." giliran Wonwoo diperkenalkan Mingyu. Yoona mengangguk faham. "Ouh–"
"Eh–duduklah." pelawa Mingyu pada tempat kosong berhadapannya di meja kayu itu.
Tanpa membalas apa-apa, lelaki kurus itu mengambil tempat berhadap dengan Yoona. Mereka tersenyum serentak apabila mata mereka saling bertemu.
'Ouh inilah wonu–kawan gay dia tu.' monolog dalaman hati Yoona.
Seorang wanita menuju ke arah mereka dengan sepinggan makanan apabila Wonwoo mengangkat tangannya dan melambai ke situ.
Wanita itu duduk di sebelahnya. "Hai Mingyu, Yoona." senyumnya pada mereka.
"Hai–" balas Yoona dengan senyuman kekoknya. 'Siapa pulak ni?' soalnya di dalam hati.
"Ni isteri wonu–hyera." kata Mingyu padanya. Hyera mengangguk mengiyakan.
"Isteri–?" wanita itu seperti terkejut tapi sememangnya dia terkejut. 'Si gay ni dah kahwin–!!!?'
Mereka bertiga sedikit pelik dengar reaksi yang ditunjukkan Yoona. Dia terus tersengih malu apabila dipandang sebegitu. "Maaf–"
"Noona–hyung cakap noona mengandung. Betul ke?" soal Mingyu pada isteri Wonwoo.
Hyera tertawa kecil lalu mengangguk. "Nae–"
Lagi terbeliak mata Yoona. Tidak disangka yang gay itu sudah mengandungkan isterinya.
"Jinjja–!!?"
Sekali lagi mereka terdiam dengan reaksi Yoona. Segera wanita itu tersengih sambil menggeleng. "T-tahniah." ucapnya lalu tertawa.
Bunyi ketukan mikrofon membuatkan semua orang di situ berkalih. Seungcheol sedang berdiri di tengah bersama mikrofon itu.
Sambil itu, Yoona sudah mengeluh lega.
"Baiklah–sekarang mari kita mulakan upacara memotong kek!!"
Kanak-kanak di situ bersorak riang. "Yeay–"
💑
Sambil menyuapkan sesudu kek ke dalam mulut, Yoona memerhatikan suaminya bersama rakan baiknya itu yang berada di sisi kolam. Wanita itu masih duduk di tempatnya tadi. Seorang.
"Mesra semacam tapi masing-masing dah kahwin. Dia mesti kahwin paksa jugak. Dan diorang masih berhubungan sampai sekarang." duga Yoona dan masih berfikir.
"Tapi kalau dia gay–takkanlah isteri dia hamil." hujung sudu tadi kekal di bibir Yoona.
"Eh–" dia menggeleng perlahan. "–tapi kalau gay pun, mestilah ada nafsu dekat perempuan juga." kini wanita itu mengangguk.
"Tapi Gyu tak macam marah pun bila isteri wonwoo hamil. Dia suka je. Takkanlah tak sedih." bibir bawahnya digigit.
"Misteri–"
💑
Sisi wajah Mingyu yang sedang memandu dipandang Yoona sejak tadi. Jari-jemarinya bermain sesama sendiri.
"Saya tahu saya kacak–janganlah pandang lama-lama macam tu." suara Mingyu tanpa memandangnya.
Wajahnya berubah jelek. "Jangan perasan lah–" geleng Yoona menyampah.
"Ouh–jadi awak saja lah nak tatap muka suami awak ni lama-lama." senyum Mingyu dan menoleh ke sebelah sekejap.
Yoona memutarkan bola matanya. "Saya cuma nak tanya–"
"Saya bukan kaunter pertanyaan–" geleng lelaki tinggi itu lalu tertawa apabila pehanya ditepuk kuat Yoona. Senang hati apabila dapat mengusik wanita itu.
Mingyu menghabiskan sisa tawanya. "Tanya lah cepat–"
"Wonu yang dekat majlis tadi ke orang yang awak selalu mesej malam-malam?" sengaja Yoona ingin kepastian. Perlahan suaminya mengangguk.
"Ye–lelaki kan. Bukannya saya ada perempuan lain."
Yoona tersenyum senget dan ajukan jarinya pada Mingyu. Tubuhnya dihadapkan ke sebelah. "Ouh jadi awak sukakan lelaki?"
"Apa awak merepek ni–!!?" seperti hendak terkeluar biji mata Mingyu.
"Cuba awak berterus terang je–awak sebenarnya gay kan?" soalan melulu Yoona lagi mengejutkannya. Kereta tersebut terus terhenti di tepi jalan.
Dahi Yoona terhantuk ke depan apabila Mingyu menekan brek secara tiba-tiba. "Sakitlah–" dahinya itu diusap.
Lelaki tinggi itu membuka tali pinggang keledarnya. "Awak demam ye? Selalu cakap benda pelik-pelik." soal Mingyu. Wajahnya sungguh bingung ketika itu.
"Betullah saya cakap. Haritu saya nak cium awak, awak tak nak. Maksudnya awak gay lah kan–?"
Mingyu mengangkat kedua-dua keningnya. "Bila saya nak cium awak, awak elak–lepastu haritu saya terjawab panggilan dia dan dengar dia panggil 'sayang'. Awak pun selalu juga mesej dia setiap malam." tambah Yoona lagi.
"Lagipun awak tak pernah sentuh saya–mesti awak tak suka perempuan."
Mingyu mengetap bibirnya. "Awak nak saya sentuh awak–?" soalannya membatukan Yoona.
Dia terdiam. Dirinya terasa terperangkap dengan soalan itu. "Dekat sini pun saya boleh buat–" Mingyu mendekatkan tubuhnya.
Yoona menutup dadanya. Kepalanya dipalingkan. "Tak–saya tak nak." laju wanita itu menggeleng.
Bibirnya diketap apabila pipi kirinya dikucup. Matanya dipejam rapat. Tubuhnya kian menggigil. Pucuk hidung Mingyu bergerak di sisi lehernya.
Kemudian deruan nafas suaminya dapat didengarinya tepat di telinganya. "Kalau awak cakap lagi benda merepek tu–tak ada hari esok untuk awak." bisik Mingyu dingin.
Tubuh Yoona kekal membatu sebegitu walaupun Mingyu sudah duduk di tempatnya semula.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15