05
HabitYoona duduk di meja solek sambil menyapu krim di wajahnya. Pintu bilik air dibuka dari dalam. Mingyu yang baru keluar pelik melihat isterinya. Yoona memerhatikan suaminya dari pantulan cermin. Rambutnya masih basah dan tubuh sasanya kelihatan sangat menggoda dengan sedikit air yang mengalir dari kepalanya.
'Seksinya–boleh tergoda aku macam ni.' getus hati Yoona. Segera dia mengalihkan matanya dari terus fokus dari tubuh menggoda lelaki tinggi itu. Mingyu memakai pakaiannya dengan menggunakan pintu almari sebagai penghalang supaya isterinya tidak melihatnya.
Selesai memakai pakaian, dia menapak ke arah Yoona. "Awak pakai apa tu?" peliknya sambil mengeringkan rambut dengan tuala. "Krim malam–" balas Yoona ringkas.
"Perempuan memang macam ni eh? Pakai krim bagai." Mingyu menggantungkan tualanya pada penyangkut baju di tombol almari. Bola mata Yoona mengguling.
"Saya pakai pencuci muka je kot–" mingyu mencekak pinggangnya sambil melihat isterinya melalui cermin. "Saya ni menjaga muka–" balas Yoona.
Mingyu menggigit bibir bawahnya. Yoona menutup bekas krim itu. "Ah–bagi saya pakai sikit." pintanya lembut. "Nah–" bekas krim itu diberikan pada Mingyu.
"Awaklah pakaikan–saya tak reti."
Yoona menjelingnya dan membuka penutupnya semula. "Sini–" arahnya malas. Mingyu membongkok dan mendekatkan wajahnya. Krim malam itu disapukan pada wajahnya dengan lembut.
"Awak memang suka jeling orang eh–?" soal Mingyu. Hujung bibir Yoona menarik sinis. "Entah–" bahunya dijungkitkan. "–tapi rasanya ye." wanita ini tersenyum nipis.
"Sebab tu awak tak ada kawan–" usik Mingyu dan tertawa kecil. Yoona menjelingnya. "Tengok tu–jeling lagi." suara Mingyu tidak puas hati. "Saya ada kawan baik okay–" balas Yoona.
"Ye lah–tapi dua orang tu je."
"Asalkan diorang suka kawan dengan saya. Faham perasaan saya–"
"Memang faham sampai bagi pakaian dalam tu dekat awak–" lelaki itu tertawa lagi. Yoona berhenti menyapu krim itu. "Mana awak tau?" sebelah keningnya terangkat.
Mingyu tersengih. Yoona mengecilkan matanya. "Saya tengok sebab ada dekat atas meja–" jawab Mingyu. Yoona mencebik dan menyapu krim pada wajah suaminya. "Saya tunggu je bila awak nak pakai tu–" Mingyu menyeringai gatal.
Yoona menjelingnya lagi. "Lelaki gatal–" Mingyu ketawa suka.
Wanita itu menutup bekas krim tersebut selepas selesai. Mingyu menapak ke katil. Yoona berdiri di sisi katil. Teragak-agak dia hendak baring di situ. Mingyu menoleh ke arahnya. "Baringlah–" ajaknya.
Terpaksa dia baring juga di situ. Siling bilik ditatapnya. Buat pertama kali dia tidur di sebelah lelaki. Ianya tidak biasa. "Saya ada sesuatu nak cakap–" kata Mingyu. Yoona menatapnya. "Apa?"
"Saya nak ingatkan awak yang sebenarnya saya ni tidur ganas–" Mingyu mengetap bibirnya. "Macam–?" pelik Yoona.
"Selalunya bila saya bangun saya dah ada dekat hujung katil–" senyum Mingyu kekok. "O–kay" perlahan Yoona mengangguk.
"Kemungkinan besar awak boleh terjatuh katil" tambah si suami. Yoona tertawa kecil dan membelakangi tubuhnya dengan Mingyu. Lelaki itu juga tidur membelakanginya.
💑
Buk!!
Yoona tersedar dari tidurnya. Badannya terasa sengal-sengal. Punggungnya sakit. Perlahan-lahan wanita itu berdiri. Baru dia sedar yang dia sudah terjatuh dari katil.
Kelihatan kedudukan Mingyu sangat berbeza ketika awal-awal dia tidur. Kepala lelaki itu berada di hujung katil dan kakinya terkangkang. Mungkin itu membuatkan dirinya terjatuh.
Yoona mendengus perlahan. Kaki suaminya ditolak kasar ke tepi. Dia membaring semula di tempatnya. Terasa kaki Mingyu bergerak, wanita itu menendang kaki lelaki itu supaya jauh darinya.
"Tak guna–"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15