29 ; Reconcile

112 20 6
                                    

29
Reconcile


Yoona berdiri di luar sebuah bengkel dengan tangannya disilangkan. Sementara Mingyu sedang membuat pembayaran dan kunci kereta isterinya diambil.

Lelaki tinggi itu melangkah ke arah Yoona. "Nah–" kunci kereta diberikan padanya.

"Terima kasih–" senyum Yoona pendek.

"Kita makan tengahari dulu. Sekejap lagi saya masuk kerja balik." ajak Mingyu.

Yoona mengetap bibir.

"Jomlah–" rayu Mingyu dan membuat wajah berharapnya.

"Okay–tapi saya belanja. Lagipun awak dah bayarkan bil untuk kereta saya." setuju Yoona.

Lelaki itu tersenyum lebar. Laju dia mengangguk. "Okay–"

💑

Bunyi yang dihasilkan oleh Mingyu ketika menghirup mee hitamnya jelas di rongga telinga Yoona. Dia menatap suaminya yang seperti orang kelaparan itu.

"Saya tau awak lapar sebab tak makan malam semalam–tapi janganlah gelojoh sangat." geleng Yoona melihatnya.

Mingyu mengangkat wajahnya. Mulutnya penuh dengan mee hitam yang dihirupnya rakus.

"Macam budak kecil tahu tak–"

Mingyu tersenyum malu. "Mian–" balasnya dengan mulut penuh itu. Laju mulutnya mengunyah makanan itu.

Mata wanita itu ternampak sos hitam terlekat di sisi mulut suaminya. "Mingyu-ah bibir awak–" Yoona menunjukkan sisi bibirnya.

"Kenapa?"

"Kotor–" jawabnya ringkas. "Lapkanlah–" wajahnya didekatkan dengan Yoona yang berada di sebelahnya.

Tangan wanita itu mengambil tisu di tepi mangkuk mee hitamnya. Segala kotoran di bibir Mingyu dilap. "Mengada–" omelnya jelek.

Lelaki itu tersenyum suka. "Saya mengada sesekali je. Ingat senang nak bermanja dengan awak?"

Yoona mengherot bibirnya. "Ye lah tu–awak yang selalu menggedik okay."

Tisu kotor itu diletakkan semula di atas meja. "Terima kasih–" ucap Mingyu lalu menghirup semula mee hitamnya.

Yoona sekadar bermain-main meenya dengan penyepit. Seleranya tiada tiba-tiba waktu itu. Sisi wajah suaminya ditenung.

Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman. "Malam nanti awak nak makan apa?" soalan itu terbit dari bibir wanita itu.

Tersedar dengan soalannya, dahinya ditampar perlahan. 'Alahai–kenapa kau tanya Yoona? Kau mana tau masak.' getus hatinya.

Mingyu berfikir sebentar sambil mengunyah. "Hmm–mee sejuk (naengmyeon)?"

"Mee sejuk?" sengih Yoona. Wanita itu menyeringai panjang sambil mengangguk perlahan. 'Mampuslah kau, Yoona.'

💑


Sebaik sahaja selepas makan tengahari, Yoona berhenti sekejap di pasaraya untuk membeli bahan membuat mee sejuk.

Dia telah membuat carian di Google tentang cara membuat makanan itu. Segala bahan itu diikutnya bulat-bulat.

Matanya mencari bahan-bahan itu sambil melihat skrin telefon itu. Semasa sedang mencari mee, kepalanya sudah pening kerana terdapat banyak jenis mee di situ.

Wanita itu bergilir-gilir melihat dua bungkus mee di tangannya itu. "Mee yang tebal atau nipis?" kelirunya.

"Nipis ni macam kecik sangat je–"

Akhirnya, dia memasukkan mee yang sedikit tebal ke dalam trolinya.

💑


Api dapur ditutup selepas mee yang direbusnya mendidih. Dengan menggunakan sarung tangan, pemegang di sisi periuk itu diangkat.

Wajahnya takut-takut untuk mengangkatnya. "Ahh–!!" sambil menjerit, air rebusan panas mee itu dituang ke dalam sinki.

Nafasnya diambil dalam selepas air itu selesai dibuang. "Fuh–" dahinya yang sedikit berpeluh dilap dengan belakang tangan.

💑

Jelas kelihatan, keadaan di dapur sudah tidak seperti pada awalnya. Seluruhnya berselerak. Lantai sedikit basah dan melekit. Plastik juga bersepah sana sini.

Yoona yang berada di sisi dapur gas sedang sibuk memasak. Sambil menggaul, matanya membaca resepi di internet itu.

"Masukkan gula–"

Wanita itu pun mencapai bekas yang menempatkan gula dan garam. Tanpa memandangnya, dia mengambil bekas yang berada berdekatannya.

Tanpa disedarinya, ianya adalah garam.

Empat sudu teh garam dibubuhnya lalu digaul rata. Dengan menggunakan senduk itu, Yoona menghirup sedikit kuah itu.

Dahinya berkerut merasainya. "Bluek–masin." gelengnya laju.

"Omo–!!!"

Lantas Yoona tertoleh ke belakang. Bulat matanya melihat Mingyu sudah terpacak di laluan ke dapur itu.

"Apa yang awak buat ni, Park Yoona–" tangannya menunjuk ke lantai.

Wanita itu menunduk lalu tersengih malu. "Sorry–"

Mingyu mengeluh panjang dan mencekak pinggangnya.

💑

Y

oona bermain mee segeranya dengan penyepit kayunya. Disebabkan masakannya tidak menjadi, mereka berdua menjamah mee segera sahaja.

Mereka berdua makan di ruang tamu sambil menonton televisyen. Mata Mingyu tidak lari dari skrin televisyen itu.

"Mingyu-ah–" tubuhnya menolak sedikit tubuh suaminya di sebelah.

"Hmm–?" lelaki itu menoleh.

"Saya minta maaf sebab awak makan ramen je malam ni–" suara Yoona malu.

Mingyu tertawa kecil. Suka melihat wajah rasa bersalah itu. "Tak apalah–saya tak kisah."

"Lain kali biar saya yang masak makan malam–" sambungnya. Yoona mengangguk setuju.

"Tapi nanti ajarlah saya masak sekali–saya cemburu tengok awak pandai masak." bibir Yoona memuncung lalu dicebikkan.

"Boleh–tapi kenalah ada bayarannya." Mingyu menyeringai dengan senyumnya.

"Apa–?"

"Cium saya–" lelaki itu memuncungkan bibirnya pula. Yoona menatapnya jelek. "Eii–gatal."

Mingyu tertawa besar. Tidak berhenti lelaki itu ketawa. Melihat suaminya itu, Yoona tersenyum nipis.


♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now