56 ; Mad

100 19 2
                                    

56
Mad




Dengan menggunakan bulu ayam, Yoona membersihkan meja soleknya yang berhabuk. Kemudian bulu ayam itu terhenti di atas kamera milik suaminya.

Yoona perlahan-lahan mengambil kamera itu. Mahu sahaja dia melihat gambar di dalam itu tetapi teringat tentang wajah tegang suaminya itu, menakutkannya.

Dia perlu siasat untuk tahu kenapa Mingyu macam menyorok sesuatu tapi dia juga perlu menjaga hati suaminya.

Wanita itu menggeleng laju. "Tak–aku kena jugak."

Butang 'on' ditekan lalu tangannya laju menekan butang untuk ke gambar seterusnya. 

Sehingga ke gambar yang dicari-carinya, wanita itu terlopong melihat gambar di skrin itu. "Omo–"

Kakinya terasa lemah dan menggeletar. Tangannya turut menggigil.

Jarinya terasa lemah untuk menekan butang itu lagi.

"Tak mungkin–"


💑


"Yoon–" panggil Eunni saat panggilannya dijawab Yoona yang sedang mewarnakan kuku di atas katil.

"Kenapa?" balasnya dengan telefon nipis itu dikepit antara bahu dan telinganya. Tangannya sibuk mewarnakan kuku kakinya itu.

"Malam nanti kita lepak tempat biasa–aku ada kejutan untuk korang."

Telefon itu terus dipegang Yoona. Wajahnya bertukar ceria. "Wow–serius lah."

"Ye beb–nanti aku bagitahu."

"Okay okay–" angguk Yoona sekali.

"Bye beb–muah."

Telefon bimbit itu diletakkan di sisinya selepas itu. Kemudian aktiviti mewarnanya berhenti seketika. Wanita itu termenung sekejap. Bibirnya diketap rapat.

Hatinya terasa membara ketika itu. Ini semua disebabkan gambar di kamera itu.


💑



Mingyu yang berjalan dari dapur terhenti langkahnya saat melihat isterinya yang menapak ke pintu rumah. Lelaki tinggi itu mendekatinya.

"Awak nak pergi mana?" soal Mingyu pelik.

"Saya janji dengan kawan nak keluar malam ni–" balas Yoona dingin lalu memakai kasut tingginya.

"Saya dah siap masak makan malam–takkan awak tak nak makan?"

Wanita itu menatap suaminya tajam. Mingyu juga tidak takut beradu mata dengannya.

"Saya dah lambat–"

"Sikit je–?" sebelah lengan Yoona dipegang.

"Eii–lepaslah." dengan kasar dia menarik lengannya.

"Hergh–" dengan geram, wanita itu melangkah laju ke arah lif. Mingyu memerhatikan isterinya dari pintu rumah.

"Kenapalah dengan dia tu–" menggeleng kepala Mingyu dengan perangainya.

💑

Eunni mengerling jam di tangan kirinya. "Asal lambat pula Minji ni–selalu dia yang awal sampai." keluh wanita itu.

Yoona meneguk segelas minuman kerasnya sehingga habis. Tanpa memikirkan rakannya yang lambat itu, dia terus menerus meminum air itu.

"Beb dah–kau drive kan." Eunni mengalihkan botol soju itu ke tempat lain. Yoona mendengus geram.

"Sorry sorry sorry–aku tersalah jalan tadi." Minji yang baru tiba terus meminta maaf sambil duduk di antara mereka yang saling berhadapan itu.

"Tak apalah–"

"Cepatlah cakap apa yang kejutannya–" balas Yoona lalu mencapai botol soju yang dialihkan Eunni itu. Tangannya menuang minuman itu ke dalam gelas kecil.

"Nah–" dua sampul surat diberikan pada Yoona dan Minji. "Apa ni?" bingung wanita berambut blonde itu.

"Bukalah–" senyum Eunni lebar.

"Wah–kad kahwin?" terlopong Yoona melihat isi sampul putih itu.

"16 Februari 20**–" Minji membaca maklumat yang tertera di situ. "Kau betul-betul lah nak kahwin?" soalnya tidak percaya.

"Ye–" laju Eunni mengangguk.

Minji menjerit kecil keterujaan. Tetapi Yoona sibuk meneguk minuman kerasnya.

"Jadi aku nak korang berdua jadi pengapit aku–"

"Boleh boleh–" laju Minji mengangguk. "Kau Yoon–?" soalnya pada rakan baiknya itu.

"Okay–" jawab Yoona dengan senyuman hambar.

"Kau ni kenapa beb–datang-datang je muka moody semacam." Eunni mencebik.

"Tak ada apa-apa lah." sambil menjeling Minji tajam, Yoona meneguk minumannya. Rakannya itu pelik dan hanya membalas tatapan Yoona.

"Apa-apa je lah–" geleng Eunni menyampah. Dia tahu yang Yoona ada masalah tapi cuma tak nak bagi tahu.  Jadi malas dia hendak bertanya lagi. 

"Esok aku cuti–jadi aku nak ajak korang beli baju pengapit." tambah wanita berambut pendek itu.

"Aku okay je–" angguk Minji setuju.

Yoona tersenyum senget melihat Minji mengangguk setuju. "Aku tak tahu lagi–" pandangannya beralih ada Eunni.

"Ala jomlah–aku ambil kau dekat apartmen. Eh?" mata Eunni berkelip-kelip merayu pada Yoona.

"Ish yelah–" wanita kurus itu memutarkan bola matanya.

"Kau nak aku ambil tak?" soal Eunni pada Minji.

"Ah–" wanita itu memandang Yoona sebentar. Tapi wanita itu menjelingnya tajam. "Tak apa–aku boleh pergi sendiri. Kau hantar alamat dekat aku nanti." senyumnya nipis dengan gelengan.

"Okay–"

Yoona menuang minuma kerasnya ke dalam gelas kecil itu. Sambil meneguknya, matanya langsung tidak lepas memandang Minji yang sedang berbual kosong dengan Eunni.

Nampaknya dia seperti memarahi rakan baiknya itu. Tapi sebab apa?






♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now