47
Meet"Mingyu–" panggilan sayup Yoona dari bilik pakaian mengejutkan Mingyu yang sedang menatap telefon bimbitnya.
"Ye sayang?" balasnya sedikit kuat.
Yoona menjengukkan kepalanya dari bilik itu. "Nanti kita pergi pasaraya ye–banyak barang dapur dah tak ada." memandangkan hari itu suaminya cuti, jadi lebih baik keluar.
Baru nadanya jelas didengar lelaki itu. "Okay–" angguk Mingyu perlahan.
"Kenapa tak mandi lagi? Letak telefon tu–" tegas Yoona dengan matanya dijegilkan. "Ye ye–" akurnya dan meletakkan telefon di meja sebelah.
Mingyu menurunkan kakinya dari katil. "Pandanglah sana–saya tak pakai apa-apa ni." tangannya digerakkan sebagai isyarat.
Yoona memutarkan bola matanya sebelum menutup pintu bilik pakaian semula.
💑
Sepaket gula diambil Yoona dari rak. "Nak ambil satu ke dua?" soalnya pada Mingyu yang berada di belakang troli.
"Ambillah dua terus–nanti senang."
Bahu wanita itu terjungkit sekejap. Dua paket gula dimasukkan ke dalam troli itu. Yoona berjalan semula di sebelah suaminya yang sedang menolak troli sambil melihat keliling.
Separuh troli itu sudah penuh dengan barangan dapur itu. Tetapi ada juga makanan ringan untuk stok makanan. Dan hampir seluruh pasaraya itu dilalui mereka.
"Tinggal beras dengan telur je–" yoona menunjukkan dua jarinya. Mingyu melihat isi troli itu. Ditelitinya setiap satu.
"Eh sayang–awak tak ambil sabun basuh lagi. Sabun pencuci pinggan pun tak ada."
Dahi wanita itu berkerut. "Ye ke–?"
"Awak pergi ambil tu. Saya ambilkan beras dengan telur."
"Okay–" yoona lantas berjalan ke bahagian cucian di sebelah kanan manakala Mingyu ke sebelah kiri.
Tertunduk-tunduk tubuh Yoona ketika memeriksa sabun basuh yang selalu digunakannya di rumah. Dan wanita itu makin ke tepi.
Tanpa tersedar, tubuhnya terlanggar seseorang di sebelah. "Omo–maaf."
"Yoona–"
Yoona turut tidak menjangka lelaki cina itu berada di situ. "Jun–"
"Beli barang rumah ye?" soal Jun. Yoona mengangguk perlahan. "Nae–dengan suami saya."
Wanita itu terus mengambil sabun basuh yang dicarinya. "Awak datang seorang?" soal Yoona pula.
"Tak–dengan tunang saya. Dia ajak saya teman dia belikan barang."
"Ouh ye–mana dia? Boleh saya jumpa."
"Hm–dia pergi tempat lain. Baru je tadi. Katanya nak ambil makanan ringan sekejap." balas Jun.
"Ouh–tak apalah."
"Jangan risau–awak boleh jumpa dia nanti. Saya akan bagi kad jemputan kahwin kami." senyum Jun lebar. Yoona tertawa kecil. "Nae–"
"Okaylah, jun–saya kena cari barang lain lagi. Bye." lambai wanita itu sekejap sebelum melangkah ke rak sebelah.
"Bye–"
Mingyu memasukkan sekampit beras ke dalam troli. Kemudian langkahnya diteruskan ke bahagian yang menempatkan telur.
Sepapan telur itu diletakkan di atas beras itu. Ianya perlu di atas sekali supaya tidak pecah. Hati-hati lelaki itu menyusunnya.
Seketika kemudian,Yoona tiba di situ. Sabun itu dimasukkannya ke dalam troli. "Dah?" soal Mingyu.
"Dah agaknya–terus ke kaunter jelah."
Baru hendak bergerak, Yoona terperasan rakan baiknya sedang berjalan di hadapan. "Eunni–" panggilnya kuat.
Wanita itu yang seperti terdengar namanya dipanggil mengangkat wajahnya. Yoona terus melambai ke arahnya. "Yoon–" langkah eunni dibawa ke sana.
"Oi–tak sangka jumpa dekat sini." sengih eunni dengan dua plastik makanan ringan di tangannya. Mingyu hanya tersenyum kepada rakan isterinya itu. Eunni membalas senyumannya.
"Rajin kau datang–" pelik Yoona. Eunni tertawa hambar. "Ye lah–omma aku suruh beli barang. Terpaksalah. Itupun nasib aku ajak tunang aku."
"Ouh–awak dah bertunang ye?" Mingyu menyampuk tidak percaya. "Haah–musim bunga nanti kami kahwin. Datang tau." sengih Eunni.
"Takkan tak datang–" balas Yoona pula.
Kemudian kedengaran bunyi telefon bimbit berbunyi. Eunni mengeluarkan alat itu dari beg bahunya. "Aku pergi dulu–bye korang." senyumnya lalu menjawab panggilan itu.
"Bye–"
Pasangan itu pun menuju ke kaunter bayaran. Kelihatan ramai orang sedang beratur di setiap tempat pembayaran. Mereka juga terpaksa beratur.
"Tak sangka saya boleh terserempak ramai orang hari ni–" kata Yoona bagi mengelakkan keadaan sunyi.
"Siapa awak jumpa tadi?" pelik Mingyu. Rasanya hanya seorang sahaja yang mereka bertemu.
"Tak adalah ramai sangat–terserempak dengan Jun masa ambil sabun tadi."
Mingyu mencebik mendengar nama itu. "Sukalah tu–"
"Apa maksud awak saya suka?" sebelah kening Yoona ternaik.
"Bukan awak rapat dengan dia?" mata mingyu mengecil menatap isterinya. "Memanglah–tapi kami kawan je."
"Eleh–yelah tu. Awak sukakan dia kan?" soalan melulu dari suaminya itu membuatkan Yoona tergelak.
"Awak ni kelakar lah, gyu–" lengan mingyu dipukul sambil tertawa. Mingyu memutarkan bola matanya. "Saya serius okay–"
"Gyu sayang–dia dah bertunang, sayang."
Mingyu tersenyum tiba-tiba. Lebar senyumannya itu. "Kenapa senyum pulak?" sisi bibir suaminya disentuh.
"Tak pernah saya dengar awak panggil saya sayang–"
Tawa Yoona tidak terhenti. Entah kenapa baginya kelakar melihat wajah lelaki itu sekarang.
Pipi mingyu dicubit geram. "Awak ni comel tau tak–"
"Tengoklah siapa–" senget mulut mingyu berkata bangga. Hidungnya turut sedikit kembang.
"Aigoo–" ditekan pula pipi gebu itu dengan tapak tangannya. Mingyu tertawa suka.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15