02
First nightPada malam itu, Yoona terlebih dahulu masuk ke dalam bilik sebelum suaminya. Takut juga apabila berada berdua sahaja. Lelaki ni sukar hendak faham dalam kepala dia fikir apa. Malam itu mereka tidur di rumah ibu bapa Yoona memandangkan majlis resepsinya tadi berdekatan dengan rumah mereka.
Zip gaunnya ditarik dan gaun tersebut terlurut ke bawah. Wanita itu menapak ke ampaian kecil dan mengambil tuala miliknya. Belum sempat dia hendak mengikat tuala itu, pintu bilik tiba-tiba sahaja terbuka.
Kuat Yoona menjerit. Tubuhnya dipalingkan membelakangi pintu bilik. Mingyu menutup pintu bilik lalu menguncinya. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sambil menatap belakang isterinya.
"Tak boleh nak ketuk pintu dulu ke-?!!" marah Yoona sambil mengikat tualanya di atas dada. Mingyu tergelak kecil dan kepalanya menggeleng. "Dah tak sabar sangat ke-?" usiknya dengan nada nakal.
"Hey-tolonglah" Yoona memutarkan bola matanya. Langkahnya laju menapak ke arah tandas. Sempat Yoona menjeling suaminya tajam dan pintu bilik air ditutup kuat.
"Mandi cepat sikit tau. Bolehlah lama sikit atas katil-" kata Mingyu kuat supaya isterinya di dalam dengar. "Lelaki gatal-!!" balas Yoona geram. Mingyu tergelak besar mendengarnya.
💑
Yoona menyidai tuala mandinya selepas selesai memakai baju. Nasib baik suaminya tiada semasa dia selesai mandi. Jadi bebaslah dia untuk memakai baju. Lagipun dia tidak membawa baju lebih semasa masuk dalam tandas.
Yoona melabuhkan punggungnya di sofa kecil yang berada di hujung katil. Alat kawalan jauh ditekan dan televisyen yang tergantung pada dinding di hadapannya menyala.
Jigeumbuteo
Soneul bul nal ddaekkaji baksu
jjak jjak jjak jjakidaedasipeumyeon chyeo baksu
jjak jjak jjak jjakjogijogi irioji
Urigiri sini najii norae kkeutkkaji chyeo baksu
jjak jjak jjak jjakYoona menyanyi kuat sambil bertepuk tangan. Jeritan kecilnya itu kedengaran sangat teruja ketika melihat jejaka-jejaka kacak yang ramai di atas pentas.
"Auw-" Yoona memegang pipinya yang memerah. "Kalaulah mr. wristband tu suami aku." lebar senyuman Yoona hingga hendak ke telinga. Tidak lama kemudian, senyumannya mengendur. "Tapi si slenderman tu yang jadi suami aku. Tak guna-" cebiknya menyampah.
Televisyen tersebut ditutup semula. Matanya memerhatikan sekeliling bilik. Dan beg kertas pemberian Eunni dan Minji, dua orang rakan baiknya itu menarik perhatiannya. Langsung beg kertas yang berada di atas meja solek itu diambil.
Punggungnya dilabuhkan di sofa tadi. "Mari kita tengok-" sengihnya suka sambil membukanya. Tetapi sengihannya tadi mengendur dan matanya membulat. "Apakah-"
Hadiah yang berada di dalam beg itu dikeluarkan. Mulutnya ternganga dengan mata yang bulat apabila memandang dua set pakaian dalam berwarna merah hati dan biru gelap yang seksi itu.
"Apa ni korang-?!" rengek wanita itu. Sekeping kertas yang terdapat di dalamnya juga dikeluarkan.
'Selamat pengantin baru, Park Yoona!! Semoga hubungan kau dan Mr. Slenderman kekal hingga ke akhir hayat. Kitorang nak kau pakai pakaian dalam tu malam ni. Goda si encik suami. Harap malam pertama ni malam paling indah buat kau. Muah❤❤'
"Yaah-"
Yoona merengek kuat sehingga dia terbaring di atas sofa itu.
💑
Mingyu masuk ke dalam bilik isterinya selepas puas berbual dengan ibu dan bapa mertuanya di bawah. Matanya menatap Yoona yang sedang terbaring sambil memegang telefon bimbitnya.
Mingyu membuka butang kemejanya. Terdengar bunyi sesuatu terjatuh ke lantai, Yoona tertoleh. Kelihatan Mingyu hanya memakai seluarnya sahaja. "ehem-"
Suaminya menatapnya. "Kenapa?" "Baju kotor letak dalam bakul." arah Yoona tegas. "Tak nak-" geleng mingyu sambil menjelirkan lidahnya. Wanita itu mendengus. "Nanti bersepah lah bilik."
Mingyu mencekak pinggang. "Awak kan isteri saya. Awaklah buat-"
Yoona mengalihkan pandangannya dari terus melihat tubuh sasa suaminya itu. "Sudahlah-"
Mingyu tergelak kecil. Tuala milik isterinya yang berada di ampaian di ambil. Tanpa meminta izin, lelaki itu selamba sahaja masuk ke dalam bilik air.
💑
Telefon bimbit diletakkan di meja kecil sebelah katil Yoona. Wanita itu mengiringkan tubuhnya untuk tidur. Dan waktu itu, mingyu baru sahaja selesai mandi. Lelaki tinggi itu menapak ke bagasinya yang berada di tepi almari.
Yoona mengecilkan matanya semasa menatap belakang suaminya. "Kim Mingyu-" panggilnya. "Kenapa, sayang?" tanpa menoleh lelaki itu membalas. "Awak pakai tuala saya ke?"
Baju t-shirt disarungkan pada tubuhnya. Lelaki tinggi itu menoleh dengan sengihan. "Haah"
"Yaah-" wanita itu terus terduduk. "-pengotor lah awak ni." rengeknya geram. "Saya dah mandi tau-" balas Mingyu tidak puas hati.
Yoona mengambil bantal dan baling ke arahnya selepas lelaki itu selesai memakai pakaian. Mingyu terkejut dengan balingannya. "Hey-"
"Saya tak nak tidur dengan awak-" Yoona menjelingnya dan baring semula membelakangkan suaminya. "Park Yoona-" segala panggilan Mingyu diendahkannya.
♥ TO BE CONTINUED ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15