55
Sulk"Yeah–!!!!"
Pelajar-pelajar senior berlari keluar dari dewan dengan sorakan gembira.
"Akhirnya kita bebas–"
"Woohoo–"
Yoona yang baru tiba di luar dewan tersenyum melihat pelajar kelasnya yang sedang berbual rancak. Semua sibuk beritahu perasaan masing-masing masa menjawab soalan. Susahlah senanglah.
"Ehem–"
"Eh Cikgu–"
"Macam mana dengan periksa tadi? Boleh jawab?" soal Yoona ingin tahu.
"Bolehlah cikgu–tapi ada jugak yang susah."
"Haah–"
"Tapi nasib baik tips cikgu selama ni berguna tadi–saya dapat jawab cikgu."
Guru muda itu berasa lega dengan jawapan positif itu. Nampaknya usaha mengajarnya itu berhasil. Walaupun baru setengah tahun mengajar. Itu semua disebabkan pengalaman belajarnya dahulu.
"Syukurlah–saya pasti kamu semua dapat cemerlang."
"Amen–" tersengih mereka dengan itu.
"Tapi minggu depan datang sekolah tau–kita bincang untuk majlis akhir tahun."
"Okay–" pelajar-pelajar itu mengangguk.
"Kamu semua fikirlah dulu nak buat apa, nak bawa apa. Hari isnin nanti bincang dengan saya dekat kelas."
"Baik, cikgu–"
💑
"Sayang–buatkan air–!!" Mingyu meminta dengan kuat dari ruang tamu kepada isterinya yang sedang berada di dapur ketika itu.
Dan beberapa ketika kemudian, Yoona meletakkan sebiji mug di atas meja hadapannya.
Wanita itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Alat kawalan jauh diambil dari peha suaminya yang sedang menghirup air panas itu. Ligat tangannya menekan butang di alat itu.
"Tawarlah–" Mingyu memandang Yoona di sebelah.
"Tawar–? Saya rasa sikit tadi okay je." pelik Yoona. "Nak saya buat lain?" soalnya.
"Eh tak perlulah–" geleng Mingyu.
"Betul ni–? Orang offer sekali je."
"Air ni jadi tawar sebab awak tu manis sangat–"
Yoona memutarkan bola matanya. Ingatkan apalah tadi. Saja nak menyakat dengan ayat manis gula dia tu. Mingyu tersenyum-senyum sambil meletakkan mug di atas meja.
"Marah ke?" soalnya lembut.
"Tak–" wajah Yoona tidak memberi sebarang reaksi.
"Awak marah kan?"
"Mana ada–" geleng Yoona perlahan. Tapi dengan riak wajah itu, Mingyu tahu yang isterinya sedang marah.
"Awak nak tau sesuatu tak?" Mingyu mendekatkan dirinya dengan wanita itu. "Orang kata kalau nak tenangkan diri, pergi laut sebab pemandangan dia cantik." sambungnya.
"Jadi–" Yoona seperti acuh tidak acuh. Dia masih lagi menyampah dengan lelaki itu.
"Tapi bagi saya, tengok awak je pun dah tenangkan saya. Walaupun awak tengah marah macam sekarang." Mingyu tertawa kecil.
Yoona menatapnya jelek. "Ergh–"
"Awak kenapa ni–" Mingyu memuncungkan bibirnya sambil menautkan jarinya dengan isterinya.
Yoona tidak menghiraukan lelaki itu dan fokus pada televisyen.
"Yoona-ah–"
"Bisinglah–" jeling wanita itu padanya.
"Sayang–" sisi kepalanya disandarkan pada lengan isterinya. "Kenapa awak dingin dengan saya? Saya ada buat salah ke?"
Yoona mengetap bibir geram. "Memang–"
"Saya buat apa?"
"Awak sebenarnya yang dingin–tak ingat sebelum ni yang awak tak nak pandang saya pun."
"Ada eh–?" menyenget bibir Mingyu mengingati semula.
"Ye–buat-buat tak ingat ah tu." Yoona menarik tangannya lalu disilangkan. Nafasnya dihembus kasar.
"Ala sayang–janganlah macam ni. Saya minta maaf." dengan bibir yang masih muncung Mingyu mendekatkan wajahnya dengan Yoona.
"Pergilah sana–" kuat tubuhnya ditolak wanita itu.
"Auch–"
"Jangan kacau saya–" bantal sofa diletakkan antara mereka.
"Saya minta maaf–janganlah macam ni." baru sahaja hendak mengalihkan bantal itu, Yoona terlebih dahulu memegang bantal itu erat.
"Janganlah–"
"Saya buat apa sampai awak macam ni?"
"Awak tanyalah diri awak sendiri–"
"Saya tak tau–" geleng Mingyu perlahan.
Yoona mengetap bibir. Tangannya menggenggam bantal itu kuat. "Semua awak tak tahu–kalau pasal saya awak tak nak ambil tahu langsung. Saya isteri awak ke wonwoo isteri awak?" nadanya menaik.
Mingyu terdiam.
"Kalau macam tu baik awak kahwin dengan dia je–minta dia mengandungkan anak awak." Yoona terus bangkit dan menapak ke dalam bilik dengan laju.
"Eii–geram betul. Kisahkan kawan dia je–langsung tak nak kisahkan aku." omel wanita itu sambil merebahkan tubuhnya di katil.
"Minta lelaki tu lahirkan anak dia–tengok keluar dari lubang mana. Erghh–"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15