34
Aju NiceuuMingyu menjenguk kepalanya ke laluan dapur selepas terdengar pintu rumahnya terbuka dari dapur gas. "Saya dah balik–" suara Yoona ditangkapnya.
"Bersihkanlah diri dulu–saya tengah masak. Sikit lagi siap." balas Mingyu kuat.
"Ye–"
💑
Selesai makan malam, Yoona duduk di ruang tamu sambil menulis rekod mengajarnya. Wanita itu sedang bersila di bawah.
Mingyu dari dapur tiba dengan sepiring kek strawberinya serta secawan teh panas. Yoona mengangkat wajahnya.
"Saya buat kek strawberi ni petang tadi–harap awak suka."
Terus mata wanita itu bersinar mendengarnya. "Wow–" piring itu diambilnya.
Sambil duduk di sebelah Yoona, Mingyu melihat isterinya yang sedang mengunyah kek itu. "Macam mana?"
"Hmm–" kedua-dua kening Yoona terangkat. Mingyu tersenyum dengan respon positif itu.
"Rajin awak buat–" nada Yoona seakan bertanya. Sengihan suaminya menampakkan barisan gigi atasnya.
"Saya tau yang awak suka tu jadi saya buatlah–"
Piring di tangan Yoona yang sudah bersih itu diambilnya. "Saya ambilkan lagi–" lelaki itu bangkit dan meluru ke dapur.
Teh panas yang dibawa Mingyu tadi dihirup perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian, lelaki itu tiba dengan dua butir piring.
Mereka berdua menikmati kek itu sambil bersila di bawah. "Baiklah awak, Mingyu–buatkan makan malam lepastu dengan pencuci mulut sekali."
Pujian isterinya itu membuatkan mingyu tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum lebar. "Kan–susah nak cari suami macam saya ni." bangganya sendiri.
Yoona tertawa kecil. "Kembang–"
"Hee–"
Sengihan Mingyu terhenti apabila pipinya dikucup lembut isterinya. Terus terdiam dia. Wajah Yoona yang sedang tersenyum dipandang.
"Anggaplah balasan dari saya–"
Perlahan-lahan tangannya memegang pipi kirinya itu. Sebelum ini pipi itu sudah ditampar dua kali, kini dicium pula. Seperti penawar baginya.
Yoona terus menjamu kek itu tanpa mempedulikan Mingyu yang terpempan itu. Lelaki itu tidak dapat melepaskan mata dari isterinya.
💑
Sepanjang Mingyu di pejabatnya hari itu, langsung satu kerja tidak dibuatnya. Fikirannya hanya memikirkan satu sahaja.
Park Yoona.
Dari pagi hingga petang, dia hanya termenung sambil menopang dagunya. Lelaki itu turut tidak berhenti tersenyum. Tidak ubah seperti orang gila.
Fikirannya hanya mengulang tayang babak di mana Yoona mencium pipinya. Ianya langsung tidak disangka oleh wanita yang suka disakatnya itu.
Begitu hebat penangan wanita itu padanya.
💑
Cecair puding yang dituang ke dalam bekas, disimpan ke dalam peti sejuk. Dan dia mencuba dengan puding pula hari itu.
"Harap dia suka lagi–"
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15