46
Delicious (dinner)Pelajar yang datang untuk kelas tambahan hari itu mula beransur keluar selepas pukul 1 petang. Yoona masih di meja mengemas bahan mengajarnya.
Baru sahaja hendak melangkah keluar dari pintu kelas, telefon bimbitnya berbunyi. Tergesa-gesa Yoona mencarinya dari beg tangannya di bahu dengan tangannya yang sama. Itu pun kerana sebelah lagi sudah penuh dengan barang.
Panggilan yang kedua baru wanita itu dapat telefonnya.
"Helo–" yoona meneruskan langkahnya keluar dari bangunan itu.
"Sayang dah balik–?" kedengaran suara mingyu di talian. Entah kenapa Yoona tersenyum mendengar panggilan itu.
"Baru nak ke kereta–"
Kini dia sudah tiba di tempat parkir kereta guru. Alarm keretanya ditekan dan pintu pemandu dibuka.
"Sekarang saya on the way nak lunch–jomlah sekali." balas Mingyu semasa dia sedang duduk di kusyen itu.
"Ouh–okay." Pintu kereta ditutup dan barang ditangannya diletakkan ke kusyen sebelah. "Dekat mana?"
"Kedai jjajjangmyeon haritu."
Yoona mengangguk perlahan. "Okay–jumpa sana."
"Bye–"
Telefon bimbit itu dicampakkan ke sebelah dan enjin kereta dihidupkan.
💑
Yoona mengeluh perlahan melihat suaminya di sisi itu. Tisu yang digunakan mengelap bibirnya dilapkan pada bibir suaminya pula."Awak memang makan kotor ke–dekat rumah tak ada pun macam ni." tangannya ligat membersihkannya.
Selesai mengelap, mingyu menghirup air dari cawannya. "Entah–" saja dia tidak mahu isterinya tahu yang dia memang sengaja bermanja di luar. Suka tunjuk pada orang yang mereka ni sweet.
"Dah lah pakai baju segak macam ni. Tapi makan comot sana sini. Tak segaklah nanti."
Mingyu menyeringai. "Hee–awak tak kisah ke kalau ada perempuan yang terpikat dekat saya?"
Yoona memutarkan bola matanya sebelum bangkit dari tempatnya dan segera melangkah keluar dari kedai itu. Nasib mereka baru sahaja selesai makan.
"Sayang–" mingyu mengejarnya hingga ke luar kedai.
Yoona mengendahkannya dan melangkah sahaja. Tangan kanan isterinya dipegang. "Sampai hati tinggalkan saya–"
Wanita itu menarik tangannya. Walaupun dia tida memberi sebarang reaksi, Mingyu tahu yang dia sedang merajuk.
Sekali lagi tangan Yoona diraih. "Sorry dengan apa yang saya cakap tadi–saja je nak main-main." pujuknya.
"Saya tak kisah lah ada perempuan nak suka dekat awak ke. Awak suka dekat perempuan lain ke. Saya tak nak sibuk." balas Yoona mendatar. Langkahnya terhenti di sisi jalan, tempat keretanya diparkirkan.
Mingyu menutup semula pintu kereta itu semasa Yoona hendak masuk. "Sayang–"
Yoona menatapnya kosong. "Apa?"
"Sorry–" bibirnya diketap. Yoona menggenggam tangannya. Sudah pasti hatinya panas dengan kenyataan Mingyu tadi. Kalau boleh, mahu sahaja wanita yang menyukainya itu dibunuh.
Sisi wajah isterinya itu dipegang Mingyu. Terdongak Yoona memandangnya. "Tak mo lah masam macam tu–" sengaja nadanya dibuat kebudak-budakan.
Yoona mengalihkan matanya ke tempat lain. Tapi sejujurnya dia tergeli hati dengan nada itu.

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15