62 ; Destiny

123 17 3
                                    

62
Destiny




Pintu rumah ditutup selepas menapak masuk ke dalam. Yoona memerhatikan suaminya yang berada di ruang tamu sambil membuat kerja itu.

Wanita itu berdiri sahaja di situ dan menatap sisi wajah Mingyu itu. Bibirnya menarik senyum pendek. Sudah lama dia tidak menatap wajah tampan itu.

Sejujurnya, dia rindu untuk melihat lelaki itu tersenyum.

Rindu dengan usikan dan gurauan manjanya.

Rindu dengan pelukan dan ciuman hangat di wajahnya.

Rindu dengan sentuhan Mingyu sewaktu mereka bersama.

Rindu untuk mengucup lelaki itu. Lagi-lagi pipinya.

Semua perkara yang sering dilakukan bersama, hanyalah menjadi memori sekarang.

Kalaulah mereka memang ditakdirkan bersama. Mahu sangat Yoona untuk bahagia bersama lelaki yang dicintainya itu.

💑

Mingyu menapak dari dapur ke bilik utama yang tertutup rapat itu. Perlahan tangannya mengetuk pintu kayu itu.

"Yoona–jom makan. Saya dah masak makan malam." ujarnya sambil mengetuk.

Yoona yang sememangnya sedang berdiri di sebalik pintu itu sudah mengetap bibirnya. Tangannya yang memegang pintu itu digenggam kuat.

"Yoona-ah–" panggil Mingyu lagi.

Cecair jernih mengalir deras dari tubir mata wanita itu.

Entah kenapa hatinya sakit mendengar lelaki itu memanggil namanya.

Sudah tidak disebut lagi panggilan 'sayang' untuknya. Sudah hendak masuk sebulan Mingyu tidak memanggilnya sebegitu.

"Awak nak makan tak?" soal Mingyu sedikit kuat. Takut isterinya tidak terdengar.

Yoona menggigit bibir bawahnya agar tidak mengeluarkan suara semasa menangis.

"Yoona–" mingyu mengeluh perlahan.

Dalam hati, wanita itu sudah berharap yang suaminya akan memanggil dengan panggilan itu.

"Tak apalah kalau awak tak nak–saya simpankan lauk dalam peti sejuk."

Tapi itu yang dibalas Mingyu sebelum beredar ke dapur. Yoona terus bersandar pada pintu dan perlahan-lahan terduduk di bawah.

Harapannya sama sekali hancur. Kenapa Mingyu berubah sebegitu.

Hatinya sakit sangat.

💑


Yoona yang sedang membaca novel dikejutkan dengan bunyi loceng rumahnya. Lantas wanita itu bangkit dan berlari anak ke pintu.

Pintu rumah dibuka.

Dan tangannya terus digenggam kuat. Bibirnya diketap rapat.

Perasaan marahnya mula menguasai diri.

"Hai–" Minji tersenyum pendek pada rakan baiknya itu. Atau mungkin bekas.

"Mingyu tak ada–dekat pejabat dia." balas Yoona mendatar dan pintu ditolak untuk ditutup.

Tapi Minji sempat menahan. "Tak–aku datang nak jumpa kau."

Yoona mendengus perlahan.

Kini mereka berdua sedang duduk di sofa di ruang tamu. Memang sengaja Yoona menjarakkan dirinya dari wanita itu.

"Apa kau nak–"

"Aku–aku datang nak minta maaf." Minji bersuara perlahan.

Yoona menarik hujung bibir sinis. "Untuk apa?"

"Aku tau kau anggap aku penghancur rumah tangga kau–"

"Memang–" Yoona yang sensitif itu sudah mengalirkan air mata. "Semuanya hancur sebab kau–kau buat kitorang jadi orang asing dekat rumah ni. Dia dah tak layan aku macam dulu–semua sebab kau."

Minji menggenggam skirt pendeknya. Kepalanya tertunduk. "Aku minta maaf–aku tak bermaksud macam tu."

"Kenapa kau mesti nak dengan suami aku?" soal Yoona dengan mata tajamnya memandang wanita yang tidak berapa jauh darinya.

"Tak–aku–aku cuma sunyi. Lepas dia kahwin, aku keseorangan. Aku cemburu tengok kau dengan dia."

"Sebab tu kau datang balik dekat dia?"

Perlahan Minji mengangguk. Yoona makin membara dengan anggukan itu.

"Tak ada lelaki lain ke yang kau nak suka–kenapa suami aku–"

"Sebab aku masih tak boleh nak move on–dia cinta pertama aku sejak sekolah."

Yoona memejam rapat matanya. Tangannya masih digenggam lagi. "Mesti hati kau sakit waktu majlis perkahwinan kitorang dulu. Kan?" tertahan-tahan suata Yoona bertanya.

"Ye–tapi aku yang biarkan dia kahwin dengan kau. Lagipun ayah dia memang tak sukakan aku."

Mata wanita kurus itu terbuka. Nafas dihembus perlahan. Air matanya diseka. "Bila aku fikir balik, sebenarnya aku yang hancurkan korang. Kalau kitorang tak kena paksa kahwin, kau akan bahagia dengan dia. Dan aku tak akan sayangkan dia."

Minji meraih sebelah tangan sahabatnya. "Apa kau cakap ni Yoon–ini jodoh korang."

"Tak–semua ni dugaan untuk aku. Aku yakin dia bukan takdir aku. Maaf min–" geleng Yoona laju. Cecair jernih yang kian berkumpul mengaburi pandangan matanya.

"Aku yang kena minta maaf–sebab aku yang nak dekat dengan suami orang. Kau jangan macam ni. Aku akan beralah untuk kau."

Tangannya yang dipegang Minji ditarik. "Tak perlulah Min–buat apa aku nak bersama lagi dengan orang yang tak cintakan aku. Tak sayangkan aku. Dia cuma sayang kau–" Yoona menunduk saat air matanya mengalir sekali lagi.

"Yoon–dia sayangkan kau." Minji menekankan ayatnya bagi menunjukkan kejujurannya.

"Mana kau tau–dia dah tak layan aku macam dulu. Perangai dia dah lain sekarang–"

Minji tidak menjawab dan hanya memandang rakannya yang menangis itu.

"Aku akan minta cerai dan korang boleh bahagia semula–" walaupun hatinya sakit, mulutnya terpaksa berkata sedemikian. Ini untuk dirinya juga.








♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now