3 ; Plan

179 24 10
                                    

03
Plan

Nasi goreng kimchi yang sudah siap dimasak di kuali dipindahkan ke dalam mangkuk oleh Yoona. Ibu Yoona, Oh Hejin membantu dalam menyediakan air teh untuk sarapan mereka sekeluarga. Mangkuk itu dihidangkan di atas meja makan.

Encik Park yang berada di ruang tamu terus menapak ke ruang makan selepas sarapan siap dihidangkan. "Mana suami kamu?" soal lelaki itu sambil mengambil tempat.

"Entah–" bahunya dijungkit. "–tidur lagi agaknya" duga Yoona. Puan Park meletakkan seteko air teh di atas meja. "Pergilah panggil dia. Kita sarapan sekali." arah si ibu. Yoona tidak membantah dan berlalu pergi. Kemudian baru dia mendengus geram. "Hish–lelaki ni tak reti nak bangun"

Pintu bilik dibuka. Kelihatan Mingyu sudah tertidur di atas katil. Sewaktu dia bangun pagi, suaminya masih berada di bawah. "Yaah–Kim Mingyu" panggilnya di sisi katil.

"Mingyu-ah–" sekali lagi dia memanggil. "Yaah–ireona" belakang badan suaminya ditepuk. Mingyu yang sedang tertiarap itu masih lagi tidur. Pukulannya dikuatkan.

Yoona mengeram kasar. "Susahnya nak bangun"

"Mingyu-ah ireona–"

Wanita itu menatapnya lama. Sudah beberapa kali panggil pun masih tidur. Nafasnya dihembus kasar.

Bibirnya didekatkan dengan telinga suaminya. Nafasnya ditarik dalam."Kim Mingyu!!" jeritnya kuat. Automatik. Terus sahaja lelaki tinggi itu tersedar. "Bangun sarapan –" belakang suaminya ditepuk sekali.

"Suruh bangun pun susah" omel Yoona dan menapak keluar dari bilik.

💑

Sarapan pagi hari itu hanya sepi sahaja. Masing-masing tidak bersuara dan hanya lagaan sudu dan garfu sahaja berbunyi. "Suruh suami kamu tambah lagi, yoona. Nasi banyak lagi tu." kata Puan Park bagi merenggangkan suasana yang kekok bagi Mingyu.

Yoona mendengus perlahan. "Awak nak tambah lagi ke?" soal Yoona pada suaminya di sebelah. Perlahan lelaki itu mengangguk. Wanita itu menuangkan sesenduk nasi pada pinggan Mingyu. "Terima kasih" senyumnya nipis.

Yoona buat-buat tidak mendengar dan melihatnya. Encik Park memandang isterinya. Puan Park mengangguk perlahan. "Ehem–appa ada sesuatu nak cakap"

Mereka berdua menatap lelaki di hadapan mereka itu. "Apa dia?" soal Yoona. "Semalam kami bertiga dah berbincang–" kata Encik Park sambil memandang anak tunggalnya.

Yoona memandang tajam suaminya sebentar. "Bincang apa?" Mingyu tersenyum pendek. "Mingyu dah setuju nak pergi berbulan madu di Paris minggu depan." jawab Encik Park.

Mata Yoona membulat serta merta. "Nae? Bulan madu?" terkejutnya. "Yup–" angguk si bapa. "Appa dah tempah tiket semalam." senyum Encik Park.

"Tapi Yoon mula ajar minggu depan." wajah ibu bapanya ditatap gilir-gilir. Yoona merupakan guru baru di sekolah menengahnya dahulu. "Seminggu je kamu pergi. Minggu depannya kan boleh mula." balas Puan Park.

"Tapi omma–" baru sahaja Yoona hendak bersuara, katanya dipotong. "Tak. Kamu dengar cakap appa dengan omma. Kalau kamu dah mula mengajar, bila kamu nak pergi bulan madu?" suara Encik Park sedikit meninggi.

Yoona menghentakkan sudunya di atas meja lalu bangkit dari tempatnya.  Dia mendengus geram dan berjalan laju ke tingkat atas. Mingyu sekadar senyap melihat isterinya berlalu pergi.

💑

Yoona yang sedang membaca novel di atas katil sekadar senyap saat suaminya masuk ke dalam bilik. Lelaki tinggi itu mengambil tuala isterinya lagi di ampaian. Yoona menutup bukunya dan menatap suaminya tajam.

"Awak kan yang cadang nak bulan madu minggu depan dekat omma appa saya?" soal Yoona geram. Mingyu membuka bajunya dan masukkan ke dalam bakul baju. "Salah ke?" tuala diletakkan pada bahunya.

Yoona mengetap bibirnya. "Awak tau tak minggu depan saya mula kerja? Cuti musim panas tamat minggu ni, Mingyu–"

"Saya tau–"

"Jadi kenapa mesti minggu depan?" Yoona mengangkat sedikit wajahnya. Mingyu memeluk tubuh. "Saya ambil cuti sampai minggu depan. Kerja saya tak ada cuti bermusim ikut sekolah. Kalau awak cuti, saya kerja. Awak cakap sekarang–bila kita nak pergi bulan madu?"

Yoona mendengus geram. Mingyu menggeleng kepalanya dan menapak ke tandas. Pintu tandas ditutupnya.

"Yaah–awak pakai tuala saya lagi!!"

♥ TO BE CONTINUED ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now