35
Child"Ahh–!!!" jeritan Yoona kuat kedengaran di seluruh rumah itu.
"Tahanlah sikit–" lelaki tinggi itu mengeram perlahan.
"Yaah–Kim Mingyu!!!"
"Sakitlah–ahh!!!"
"Senyaplah–malam dah ni." dengus Mingyu geram.
"Sakit–!! Perlahan lah–!!"
"Nak perlahan mana lagi? Ish–"
"Perlahanlah–ahh!!!!"
"Perlahan perlahan–baik tak payah buat terus." balas Mingyu geram.
"Biarlah saya buat–awak buat sakit."
Sikat di tangan suaminya dirampas. Mingyu menjeling wanita itu tajam. Perlahan-lahan Yoona menyikat rambutnya yang kusut disebabkan terlalu geram yang suaminya menang ketika bermain batu, gunting, kertas.
"Habis rambut–dahlah esok sekolah." omel wanita itu sendiri. Mingyu membaringkan badannya dengan kedua-dua tangan di belakang kepalanya. "Siapa suruh kusutkan sendiri." perlinya.
"Siapa suruh awak menang?" Yoona memutarkan bola matanya.
"Ini nasib baik esok kerja–kalau tak, terus saya buat awak jerit macam tadi." cebik lelaki itu.
Yoona memalingkan tubuh menghadap suaminya yang sedang berbaring itu. "Ala–Mingyu. Tukarlah denda tu." rayunya dengan nada yang lembut.
Lantas mata suaminya tertutup. "Tak nak–"
Yoona menggeleng laju. "Janganlah–saya tak nak."
"Sudahlah saya nak tidur–"
"Mingyu-ah–"
Melihat Mingyu tidak membalas, dia langsung mendengus perlahan.
💑
Sebuah bekas kecil yang terletak di sudut mejanya dibawa ke tengah. Memandangkan dari tadi matanya hanya ke situ, nafsu makannya tidak dapat ditahan.
Satu sudu kecil dari dua sudu kecil yang terletak di dalamnya digunakan untuk menyuap puding strawberi itu. Yoona tersenyum menikmatinya.
"Amboi–baru lepas makan tengahari, Cikgu Park." tegur Jun di meja sebelah yang ternampaknya.
Yoona tersengih malu. "Dessert–"
Dia menghulurkan bekas itu pada Jun. "Cubalah sikit–" pelawanya. Lelaki itu seperti hendak atau tak.
"Ambillah–"
Jun akhirnya menyuapkan sedikit menggunakan sudu yang sudah berada di dalam bekas itu.
"Wah–sedap." laju Jun mengangguk sambil meletakkan sudu itu semula ke dalam bekas.
Yoona tersenyum nipis. "Suami saya buatkan semalam–" katanya lalu menyuap sesudu lagi.
"Pandai dia buat–" puji lelaki itu.
"Dia tu pandai masak–memanglah" setuju Yoona. Walaupun suaminya itu menyakitan hati, masakan air tangan lelaki itu tidak pernah mengecewakan.
"Dia nak ambil hati awak lah tu–" guru lelaki itu menyeringai.
"Agaknya–" bahu Yoona terjungkit sedikit.
"Saya tak dapat bayangkan lelaki tinggi kacak macam suami awak tu pandai masak."
Yoona tertawa kecil. "Kalau lah dia dengar, dah kembang macam belon dah dia–"
💑
Mingyu melompat dari belakang sofa terus ke sebelah isterinya yang sedang duduk di situ.
"Hiak–"
"Aigoo–" terkejut Yoona dengan kehadiran tiba-tiba nya itu
"Awak cuti kan esok?" soal Mingyu dengan senyuman gatalnya. Yoona yang menonton televisyen mengangguk sekali.
"Jom masuk bilik–" jarinya bermain di lengan isterinya.
Pandangan jelek diberikan Yoona. "Awak sakit eh–?"
"Denda tu–?" sebelah kening mingyu terangkat.
"Ala–tak naklah tu." rengek Yoona sambil menggeleng.
"Habistu awak nak apa?"
"Esok bawaklah saya makan dekat restoren mewah–" rayu wanita itu dengan wajah meminta simpatinya. Sengaja bibirnya dimuncungkan.
"Saya yang menang kan?"
"Ala–bolehlah." mata Yoona berkelip-kelip beberapa kali.
"Ouh–jadi awak tak nak anak lah? Macam tu?"
Peha suaminya itu dipukul sekali. "Awak ni kenapa?"
"Bagi saya sebab–"
Yoona mengeluh perlahan. "Saya tak sedia lagi lah nak jadi omma."
Mingyu mengetap bibirnya.
"Saya minta maaf–tapi saya memang tak sedia lagi." redup mata Yoona menatap suaminya.
"O–kay"
"Saya harap awak faham."
Masing-masing sepi buat seketika. Yoona tidak berhenti bermain dengan jarinya sendiri. Dirinya terasa serba salah.
Mingyu pula sudah tidak tahu hendak berbual apa. Terdiam sahaja dia.
Buat beberapa minit, mereka kekal begitu. Yoona menutup mata dan menghembus nafasnya.
"Mingyu-ah–"
Lelaki itu menoleh. Yoona menggigit bibir bawahnya. Masih berfikir tentang sesuatu.
"Tapi kalau–" kata-katanya terhenti. Tangannya digenggam kuat.
"Apa?"
"Kalau awak nak–" liurnya ditelan. Kesat. Mingyu masih menunggu ayatnya.
"–nak hak awak. Saya tak–"
Berkerut dahi Mingyu waktu itu. "Saya tak kisah–" wanita itu mengeluh lega selepas menghabiskan ayatnya yang terasa sukar untuk dikatakan.
Selepas beberapa saat, lelaki tinggi itu baru mendapatnya. "Ouh–"
Yoona menundukkan wajah dan menutup rapat matanya. 'Apa yang aku cakap ni–!!!' jeritnya dalam hati.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15