65 ; For sure

127 18 8
                                    

65
For sure




Mata tajam lelaki lampai itu terbuka perlahan. Kepalanya ditoleh samping untuk melihat keadaan isterinya.

Kelihatan Yoona sudah pun tidur dengan nyenyaknya. Selimut tebal yang hanya menutupi hingga bahagian perut wanita itu, ditarik sehingga menutupi dada Yoona.

Kakinya diturunkan dari katil dan melangkah ke bilik pakaian. Dan beberapa ketika, Mingyu menuju semula ke katil dengan kamera di tangannya.

Tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Gambar-gambar yang ditangkapnya dahulu dilihat setiap satu.

Bibirnya tidak berhenti tersenyum melihat gambar isterinya yang diambil senyap-senyap ketika berada di Singapura dan Paris.

Dan senyumannya kian mengendur apabila terlihat gambar rakan baik isterinya ketika masih bersekolah itu.

Seluruh gambar itu dilihatnya. Tetapi lebih laju tangannya menekan butang itu daripada tadi.

Keluhannya dilepaskan panjang. Mingyu melihat wajah isterinya dengan foto Minji silih ganti.

Dan lelaki itu tersenyum semula saat memandang wajah polos isterinya itu. Ubun-ubun Yoona diusapnya.

Melihat wajah itu, kini dia berasa yakin akan sesuatu perkara.




💑



Mendengar telefon bimbit bergetar, Yoona memasukkan seluruh roti yang dicicahnya dengan air coklat panas. Ianya panggilan daripada Eunni.

"Kenapa?" soal Yoona terlebih dahulu dengan mulut yang penuh.

"Aku nak ajak kau keluar makan malam ni–jom ah. Pakai cantik-cantik tau–"

Berkerut dahi wanita itu mendengar. "Jangan main-mainlah. Biar betul–?"

"Ye–dalam pukul 8 macam tu aku datang ambil kau."

Yoona mengangguk setuju. Tidak baik menolak rezeki katanya. "Okay–"

"Nice–jumpa malam nanti." balas Eunni sebelum menghentikan panggilan itu.

"Gila ke apa perempuan ni nak belanja aku?" ujarnya tidak berapa pasti. "Dahlah suruh pakai cantik-cantik."




💑



Tiba sahaja di tempat parkir kereta apartmen itu, Eunni keluar dari keretanya sementara menunggu rakan baiknya itu turun.

Dan beberapa minit kemudian, seorang wanita kurus berbaju gaun kelabu paras lutut serta kasut tumit tinggi 4 inci. Tas tangan pada bahu, dibetulkan Yoona.

"Wah cantik gila–" Eunni yang terpukau dengan kejelitaan itu ternganga.

"Dah kau suruh pakai cantik-cantik. Jangan cakap yang kau nak belanja aku makan tepi jalan je–" dengan jari diajukan pada Eunni, matanya tajam memandang wanita itu.

Eunni ketawa perlahan. "Agak-agaklah–sis tak jahat macam tu."

Yoona mengecilkan matanya. Eunni menggeleng kerana rakannya itu. "Sudahlah–jom kita pergi."

Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta honda civic milik Eunni. Dan jururawat itu memulakan pemanduannya.

"Mingyu tak balik lagi ke?" soal Eunni pada Yoona di sebelah.

"Belum–biarlah dia. Jumpa Minji lah tu–" Yoona memutarkan bola matanya.

Eunni tersenyum senget dengan gelengan. "Tak baik buruk sangka–"

"Lantaklah–"




💑




Eunni memberhentikan keretanya di tepi jalan raya. Berkerut dahinya kerana itu. "Kenapa berhenti ni?" Yoona menyoal pelik.

Eunni mencapai satu tali hitam panjang dari tempat duduk belakang. "Aku kena tutup mata kau dulu–" dan mata Yoona diikat dengan tali hitam itu.

"Kenapa? Eun–kau nak buat apa sebenarnya?" Yoona menyoal takut-takut.

"Tak ada apa-apalah. Kau senyap je. Nanti bila dah sampai, aku pimpin kau." balas Eunni sambil mengikat.



💑




Yoona memegang erat sahaja tali pinggang keledarnya selepas matanya diikat. Dan dapat dirasakan yang kereta itu sudah berhenti. Enjin kerta juga sudah tidak kedengaran.

"Eun–" panggil Yoona sambil meraba sebelah.

Bunyi pintu di tempatnya dibuka mengejutkan wanita itu. "Eun–?"

"Ye–kejap." terasa tali pinggangnya dibukakan rakannya itu. Lengannya dipegang bagi membantu Yoona keluar dari kereta.

"Kita dekat mana ni?"

"Dengar cakap aku–kau pegang lengan ni kuat-kuat. Nanti terjatuh susah–" terasa Eunni meletakkan tangan halus itu pada lengan seseorang. Dan rasanya ianya tangan lelaki kerana besar dan memakai kot. Mungkin.

"Lengan siapa ni? Jangan tinggalkan aku–" Yoona cuba mencari-cari tangan kawannya semula.

"Ikut je–jangan lepas." terdengar suara Eunni di sebelah membalas. Wanita itu menapak perlahan-lahan apabila insan itu berjalan.

Dan sesekali Yoona tidak dapat mengimbangkan tubuhnya kerana terasa berjalan di atas pasir. Sudahlah dia memakai kasut tinggi.

Lengan itu dipegangnya erat. Kemudian, telinganya dapat menangkap bunyi ombak. Bauan tempat itu juga seperti dikenalinya.

Kemudian, insan itu berhenti. Ikatan tali hitam pada mata Yoona dibuka.

Matanya berpinar-pinar sebentar. Sebelah tangan digosok pada mata itu. Dan berkelip-kelip dia cuba memfokus pada imej di hadapan.

Serta-merta wanita itu ternganga selepas menangkap imej tersebut.  Matanya membulat.








♥ To Be Continued ♥

baeyuri_
-mochibasi
linafoo
Yunyoon7
Taehyung1797
alwaysgirlgeneration

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now