10
FriendLelaki tinggi yang sudah berpakaian kemeja putih itu fokus pada mereka bangunan di dalam laptopnya sebelum dicetak pada cetak putih (whiteprint). Kot yang dipakainya pada awal pagi diletakkan pada belakang kerusi kulitnya.
Begitulah kerjanya sehariannya sebagai seorang arkitek. Kena berjumpa dengan klien, mereka bangunan. Apabila satu projek tamat, datang lagi projek seterusnya. Kerjanya seperti tidak berhenti-henti.
Mingyu meregangkan badannya ke depan dan belakang sambil pinggangnya dipegang. "Huh–penatnya"
Drrt drrt drrt
Telefon bimbit yang berada di sebelah laptopnya itu diambil. Panggilan tersebut dijawab.
"Helo bro–" suara rakan baiknya itu memanggil. Mingyu tertawa kecil. "Hoi–" balasnya.
"Lama tak dengar cerita. Apa khabar pengantin baru?" usik lelaki di sebelah sana. Mingyu mengeluh perlahan.
"Macam tu je lah–" senyumnya nipis. "Tengahari jom lepak tempat biasa. Borak-borak ke–?" ajak rakannya itu. Mingyu melihat jam tangannya. "Okay–dalam pukul 2 macam tu"
"Deal–jumpa sana"
Lelaki tinggi itu mematikan panggilan tersebut. Matanya menatap semula pada kerjanya yang masih banyak lagi. Dia merengek malas dan menjatuhkan kepalanya di atas meja. "Banyaknya kerja–"
💑
Yoona meletakkan bekas makanannya di atas meja makan guru yang berada di hujung. Memandangkan dia guru baru, tidak biasa lagi dia hendak bergaul dengan guru perempuan yang lain.
Sedang wanita itu leka makan, seseorang duduk di sebelahnya. Yoona tertoleh. "Ouh–anyeonghaseyo" kepalanya ditunduk sekali.
Guru lelaki berkemeja biru muda itu tersenyum. "Saya Wen Jun Hui. Boleh panggil saya Jun." lelaki itu memperkenalkan diri.
"Saya Park Yoona. Cikgu baru–" senyum Yoona kekok. "Kenapa duduk sini–?" soal Jun pelik. "Saya tak biasa lagi dengan cikgu-cikgu dekat sini." sengihnya malu.
"Ouh–biasalah tu" angguk Jun faham. "Awak ajar apa ye?" soal Yoona ramah. "Bahasa Cina–" jawab Jun ringkas. "Ouh–saya ajar Matematik dan Sains." balas Yoona tanpa disoal.
"Wow–mesti pelajar pandai kan masa sekolah?" duga Jun. Yoona tersengih malu. "Tak adalah pandai sangat"
"Pandailah tu–saya masa sekolah tak berminat langsung nak belajar tapi sekarang jadi cikgu Bahasa Cina pulak" tawa Jun. Yoona tersenyum nipis. "Awak orang cina kan–?" soal Yoona untuk kepastian.
"Nae–" angguk Jun perlahan. "Tak hairanlah awak cikgu bahasa cina" balas Yoona.
"Awak selalu rehat sendiri jugak ke?" soal Yoona sambil mengunyah makanannya. "Yup–"
"Dah berapa lama awak mengajar?"
Bibir Jun sedikit menyenget ketika memikirkannya. "Dalam 2 tahun–"
"Ouh–"
"Mula-mula saya masuk sekolah ni pun takut-takut jugak–sebab tu saya sendiri-sendiri je" balas Jun.
"Ouh–"
💑
Mingyu menyimpan telefon bimbitnya apabila rakan baiknya itu tiba. Lelaki kurus itu mengangkat tangan dan memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan.
"Tak pesan lagi?" soal lelaki itu. Mingyu menggeleng. "Aku tunggu kau–"
Mereka pun memesan makanan pada si pelayan. Selepas dia pergi, baru mereka mula berborak. "Macam mana sekarang? Gembira lepas kahwin?" soal lelaki itu suka.
Mingyu mencebik. "Biasa je, Won–"
Wonwoo menatapnya pelik. "Aik–sebelum ni punya lah teruja sangat. Kalau boleh macam-macam nak buat dengan isteri kau tu."
"Memanglah–sekadar buat teman tidur sebelah je lah"
"O–kay" angguk wonwoo. "Kau tak sentuh dia lagi–" duganya. Mingyu mengangkat keningnya. "Memanglah–aku ni musuh dia sejak sekolah kot"
"Tu lah–siapa suruh kau jadi musuh dia. Padan muka"
Mingyu mengherot bibirnya. "Kau kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah kan–" balasnya menyampah.
"Eh biasa–" bangga wonwoo dengan muka poyonya. Lelaki itu menyebak rambutnya ke belakang.
"Kau pulak macam mana dengan Hyera?" soal Mingyu pula. "Kitorang dah kahwin 2 tahun kot–mestilah sweet" senyum wonwoo lebar.
"Ceh–tapi anak pun tak ada lagi."
Wonwoo mengangkat sebelah kening. "Dah tak ada rezeki nak buat macam mana–?"
Kemudian Mingyu tertawa kecil. "Aku rasa kau mandul lah–"
Bulat mata Wonwoo yang sepet itu. "Yaah–tak guna kau!!"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fiksi Penggemar" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15