60 ; Honesty

110 18 3
                                    

60
Honesty




Memang sejak dari hospital hingga sampai ke apartmen, Yoona masih senyap dan tidak bercakap walau sepatah pun. Hanya menggeleng dan mengangguk sahaja apabila disoal.

Baju sejuk ditubuh Yoona dibuka Mingyu. "Awak rehatlah-"

Lelaki tinggi itu masuk ke dalam bilik untuk menggantung baju sejuk itu. Yoona hanya duduk termenung di sofa. Seperti hendak tembus televisyen itu dibuatnya.

Beberapa minit kemudian, Mingyu tiba di ruang tamu dengan dua mug air coklat panas. "Saya buatkan air untuk awak." mug itu dihulurkan pada Yoona.

Melihat wanita itu tidak bereaksi apa-apa dan cuma termenung, mug itu diletakkan di atas meja. "Kalau nak minum, awak ambil-"

Dan Mingyu meletakkan mugnya selepas menghirup sedikit air. "Sayang-saya nak jujur dengan awak."

Baru mata Yoona menatapnya. Kedua-dua tangan mulus itu diraih. "Saya minta maaf sangat-sangat sebab tipu awak. Saya memang tak bermaksud nak duakan awak. Tapi saya cuma tak nak awak risau. Lagipun dia kawan baik awak kan."

Yoona kekal membisu.

"Memang sejak sekolah dulu dia kekasih saya sampai saya kahwin dengan awak. Tapi kami memang dah putus dan cuma berkawan je sekarang." Mingyu memandang mata isterinya dalam bagi menunjukkan kejujurannya.

"Dia sanggup lepaskan saya sebab nak awak bahagia. Dia tak nak bantah perkahwinan kita sebab dia kisah pasal awak. Dia tahan kesedihan tu sebab awak, Yoona-"

"Jadi awak nak back up dia?" soal Yoona sinis.

"Tak-" Belakang tangan Yoona dicium sekejap. "Tapi lepas saya kahwin dengan awak, saya lagi bahagia. Awak segala-galanya bagi saya. Kalau awak sakit, saya sakit. Awak sedih, saya sedih."

"Tapi kenapa awak masih berhubung dengan dia kalau awak dah bahagia dengan saya? Atau awak cuma nak sentuh saya je-sebenarnya awak masih sayangkan dia kan?"

Mata Yoona kian memerah dan hatinya terasa sebak. Air mata Mingyu pula sudah menitik. Bibirnya terketap.

"Awak memang tak cintakan saya-kita memang tak ditakdirkan. Awak baliklah dekat dia." tangannya yang dipegang Mingyu ditarik balik.

Cincin kahwinnya yang tersemat di jari manisnya cuba dikeluarkan tapi sempat ditahan Mingyu. "Sayang-"

"Tinggalkan saya-saya memang tak sanggup dah. Hati saya sakit sangat-sanggup awak buat saya macam ni." air mata Yoona kian mengalir.

Lelaki tinggi itu meraih semula tangan isterinya. Bibirnya diletakkan pada belakang tangan putih itu. "Saya minta maaf sayang-saya jujur dengan awak memang hanya awak di hati saya, Yoona-"

"Tipu-"

"Saya sayang awak-"

Lagi deras air matanya mengalir mendengar kata-kata itu. Ianya seperti kata-kata keramat. Pertama kali dia mendengar lelaki itu lafazkannya.

"Saya cintakan awak-sayangkan awak lebih dari segalanya." senyum Mingyu nipis. Terasa lembut bibir itu mengucup belakang tangannya. "Saranghae-"

Mingyu terus memeluk tubuh isterinya erat. Yoona teragak-agak untuk membalasnya.

Dia tidak pasti sama ada suaminya itu tipu atau jujur. Tak sanggup ditipu lagi dengan ayat-ayat manis lelaki itu. Disebabkan itu dia menganggap yang Mingyu tidak menduakannya. Tetapi sebaliknya, dengan rakan baik sendiri pula itu.


💑

Malam itu Yoona banyak termenung sambil berbaring membelakangi suaminya. Hatinya terlampau sakit sehingga tidak lena untuk tidur.

Otaknya juga tidak berhenti berfikir tentang kata-kata cinta Mingyu petang tadi.

Sayangnya pada Mingyu memang tidak terhingga, tapi masih sukar baginya selepas apa yang terjadi padanya.

Walaupun lelaki itu dicintainya, Yoona masih tidak tahu hendak melupakan semua ini atau senyap dan meragui Mingyu.

Air matanya hanya mengalir tanpa tangisan dari mulutnya. Hanya itu yang mampu dilakukannya.

Terfikir juga dia hendak menamatkan kesengsaraan ini dengan penceraian. Tapi adakah akan berakhir luka di hatinya itu. Dia pasti akan merindui lelaki itu. Sedangkan tengah berkahwin, dia tidak berhenti menangis ketika merindui suaminya yang ke singapura. Inikan selepas bercerai.

Fikirannya buntu.

Dan yang pasti, Yoona sedang dilema sekarang.



💑


Hari itu, jamuan akhir tahun untuk pelajar-pelajar kelas 5-2. Meja-meja dan kerusi-kerusi telah di susun.

Makanan yang banyak dihidangkan di atas meja-meja yang bersusun secara memanjang ke belakang. Untuk tidak kotor, mereka meletakkan alas meja yang dibawa seorang pelajar.

Sebagai hiburan agar tidak terlalu kebosanan, Yoona membawa radio miliknya yang memang jarang digunakan itu. Seorang pelajar perempuan menggunakan pen drivenya bagi radio itu memutarkan lagu yang rancak.

Yoona hanya duduk di meja gurunya dan memerhatikan anak-anak muridnya. Macam-macam kerenah selama dia mengajar mereka.

Dan sebagai kenangan, mereka mengambil gambar kelas di hadapan bersama guru kelas mereka. Bermacam-macam gaya dibuat setiap seorang.

Sebagai penutup, setiap seorang mengucapkan maaf tidak kira guru kelas dan rakan sekelas mereka.

Dan ada yang mengalirkan air mata kerana sudah tidak dapat berjumpa dengan guru muda itu tahun hadapan.

Secara keseluruhan, ianya dapat menenangkan hati dan fikiran Yoona dari terus memikirkan hal rumah tangganya.









♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now