13
Same bed different dreamWanita kurus yang berpakaian skrit hitam paras lutut bersama blouse biru itu sibuk menulis rekod mengajarnya di dalam sebuah buku berkulit tebal.
Sambil menulis, perutnya terasa bergelodak. Terdengar lelaki yang duduk bersebelahan dengannya tertawa kecil padanya, dia tersenyum malu.
"Lapar ke–?" soal Jun sambil menatapnya sekejap. "Haah" balas Yoona malu. Jun tersenyum nipis.
Yoona menyambung kerjanya. "Kalau ada jjajangmyeon kan sedap" omelnya perlahan. Teringat suaminya yang handal memasak itu tiada di rumah, apakah yang boleh dimakan apabila pulang.
Jun yang terdengar keluhannya berdehem perlahan. "Nak tak pergi kedai makan nanti?" soalnya pada Yoona. Wanita itu mengangkat wajahnya. "Dekat mana?" soalnya semula.
"Dekat-dekat kawasan sini jugak–" angguk Jun. Yoona mengetap bibir. Memandangkan tiada makanan dan dia pun malas hendak masak, lebih baik makan di luar.
"Okay" setujunya dengan anggukan. Jun tersengih suka.
💑
Dua orang guru itu mengucapkan terima kasih selepas menerima pesanan mereka. Yoona membasahkan bibirnya. Matanya tidak dapat dielakkan dari melihat mi hitam itu dengan bernafsunya.
"Makanlah–" jemput Jun sambil mengambil penyepit kayu. Yoona menggaulkan mi itu dengan baik lalu menyuap suapan besar ke dalam mulutnya.
Jun tersenyum melihat seleranya. Lelaki itu turut menyuap mi hitamnya. "Hmm–" mata Yoona membulat ketika mengunyahnya. Sebelah tangannya menutup mulutnya yang penuh itu.
"Sedapnya–" pujinya dengan mulut yang sedikit penuh.
"Sedap kan–?" Jun menyoal sekali lagi. Laju Yoona mengangguk. Satu suapan besar lagi disuapnya selepas menelannya.
"Saya suka makan dekat sini sebab jjajangmyeon dia sedap." cerita Jun. "Selalu ke–?" Yoona menghirup sedikit air dari cawannya.
"Boleh dikira macam tu. Tapi kekadang saya makan ramen je dekat rumah." sengih lelaki cina itu.
"Tinggal seorang memang macam tu" faham Yoona dengan anggukan. "Awak tinggal seorang juga ke–?" soal Jun.
Yoona tersenyum dan menggeleng. "Saya dah kahwin."
Serta merta mata Jun membulat. "Betul ke?" riaknya seakan tidak percaya.
"Yup. Baru sebulan." angguk wanita itu. "Saya mati-mati ingat awak masih single." Jun tertawa kecil.
"Tapi–suami awak tak marah ke kalau dia tahu awak makan dengan saya?" riak Jun bertukar risau. Yoona menggeleng.
"Perkahwinan saya dirancang. Saya tak suka dengan suami saya tu. Lagipun dia musuh saya sejak sekolah lagi."
"Ah–" faham Jun. "Tapi awak terpaksa sebab ibu bapa awak. Kan?" duganya.
"Yup–"
"Sama macam situasi saya dulu. Ibu bapa saya paksa saya kahwin dengan seorang perempuan cina tapi saya cintakan perempuan korea."
Yoona terasa tertarik dengan kisahnya. "Jadi awak buat apa?" soalnya.
"Saya tolak dan lari ke sini. Saya jadi cikgu pun sebab nak cari duit untuk kahwin dengan dia."
"Ouh–"
Perbualan mereka terhenti seketika. Jun menghirup air kosongnya.
"Teman wanita awak kerja apa?"
"Nurse–"
"Wow–"
"Saya berhasrat nak lamar dia semasa musim bunga. Impian dia nak kahwin masa musim tu." tersenyum lelaki itu.
"Saya harap sangat awak dengan dia kekal selama-lamanya."
"Terima kasih. Saya pun harap awak dapat bahagia dengan suami awak." sengih Jun. Yoona mencebik. "Dia tu selalu menyakitkan hati saya. Kekadang boleh dikira sampai tahap melampau."
"Biasalah–tapi saya yakin yang dia sangat sayangkan awak."
Kening Yoona terangkat. Mengiyakan kata-kata lelaki itu. "Itupun kalau dia nak–"
💑
Masuk sahaja di dalam bilik pakaian, lelaki tinggi lampai itu membuka kotnya lalu digantungkan di bahagiannya. Butang kemejanya dibuka sambil menapak keluar.
Yoona membalikkan tubuhnya dan menutup mata. "Dah nak tidur ke–?" soal Mingyu lalu memasukkan pakaian kotornya ke dalam bakul baju.
Wanita itu tidak membalas. Dengan tuala dililit pada pinggang sahaja, lelaki itu menuju ke sisi katil di mana isterinya berada.
"Yoona–" panggilnya. Yoona membuka matanya. "Apa–? Saya mengantuklah" balasnya malas dan tubuhnya diubah ke sebelah lain dan membelakangi suaminya.
Mingyu mengetap bibirnya. "Tak apalah–"
Dia menapak ke tandas terus. Yoona menoleh kepalanya. Suaminya sudah tiada di situ.
♥ To be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15