14
LazyTali leher yang tersemat di lehernya dibetulkan Mingyu buat kali terakhir. Kepalanya menoleh ke arah katil. Yoona masih lagi nyenyak tidur di situ.
Memandangkan hari itu isterinya cuti, tidak mahu dia hendak mengganggu tidurnya. Biarlah wanita itu berehat. Langkahnya dihayun keluar.
💑
Nyaring deringan telefon bimbit di meja kecil itu berbunyi. Yoona yang tidur seperti bayi itu terjaga. Matanya digosok perlahan sebelum mencapai alat itu.
Telefon itu ditekap malas di telinganya dalam keadaan meniarap. "Helo–?"
"Park Yoona–awak masih tidur lagi?" suara lantang suaminya menyakitkan pendengarannya. Dahinya dipicit sedikit. Wanita itu mengeluh malas.
"Dah nak tengahari ni–bangunlah" lelaki itu bertegas. Dia merengek. "Suka hati sayalah–" matanya ditutup semula.
"Yaah–!!" panggil Mingyu apabila terdengar dengkuran halus isterinya. Mata wanita itu terus terbuka. Dia mendengus geram kerana lelaki itu mengacaunya tidur.
"Saya nak tidur balik. Jangan kacau saya lagi–" telefonnya ditolak ke katil. Panggilan itu masih berjalan. Mingyu menjerit namanya.
"Awak bangun sekarang–!!" arah si suami geram. Yoona pula sudah memasuki alam mimpinya sekali lagi.
💑
Pintu apartmen terbuka selepas Mingyu memasukkan kata laluannya. Pada waktu makan tengahari, lelaki itu singgah ke rumahnya. Masih geram lagi apabila isterinya menghiraukan seluruh panggilannya tadi.
Laju kakinya menapak ke bilik tidur utama. Matanya membulat melihat isterinya masih lagi berada di katil. "Eish sotong katik ni–" bibirnya digigit sambil mendekati katil.
Pipi wanita itu ditampar perlahan. "Park Yoona–bangun" kejutnya dengan nada kuat. Dia masih lagi tidak sedarkan diri.
"Bangunlah–" kini tubuh Yoona digoncang. Wanita itu merengek kecil. Mingyu berhenti dan memerhatikannya. Yoona membalikkan tubuhnya ke sebelah lain.
"Susahnya nak bangun–" omel lelaki tinggi itu sambil menggoncang tubuhnya lagi.
"Muka macam sotong tapi perangai tak ubah macam burung hantu–"
Setelah kesekian kali mengejut Yoona, dia sudah berputus asa kerana isterinya itu tidak mahu bangkit.
"Apa aku nak buat ni–?" bibir bawahnya digigit. Lelaki itu tersenyum senget saat menerima satu idea.
💑
Segelas air mencurah ke wajah Yoona. Wanita itu terkejut dan duduk. Air yang masuk ke dalam hidungnya dihembus. Mingyu tertawa kecil.
"Apa ni–" Yoona menoleh sebelah dengan wajah geramnya. Mingyu menukar wajah serius. "Saya terpaksa buat macam ni" balasnya.
"Kejut lah elok-elok–habis air masuk dalam hidung" Yoona menjelingnya dan menghembus. "Saya ingat awak dah mati tadi–sebab tu saya tuang"
"Susahlah ada suami macam ni–!!" wanita itu mengambil bantal dan memukul tubuh Mingyu kuat.
"Bersyukurlah yang awak kahwin dengan saya" bantal itu diambilnya dari isterinya yang kian mengganas itu. Yoona bangkit dari katilnya dan menolak Mingyu supaya keluar.
"Yaah–" lelaki itu terpaksa bergerak. "Keluar–!!" Pintu bilik dihempas kuat selepas dia berada di luar. Mingyu tersentak dengan bunyi kuat itu.
💑
Mingyu yang sedang membuat kerjanya terganggu dengan sorakan serta jeritan kecil Yoona semasa menonton televisyen. Telinganya cuba berbuat-buat tidak mendengarnya.
"S.coups, jeonghan, joshua, junhui, hoshi, wonu, woozi, the8, minggoo, dokyeom, seungkwan, vernon, dino–!!!!"
Lelaki tinggi itu menarik wajahnya. Tangannya ditekup pada pipinya sendiri. Isterinya yang sedang berseronok itu ditatap kosong.
"Yoona–" panggil si suami. Wanita itu menoleh geram. "Nak apa–?"
"Buatkan saya air" pintanya. Yoona mencebik dan menghadap televisyen semula. "Sebelum ni awak kutuk air saya kan–dakwat sotong konon"
Mingyu mengeram perlahan. "Buatkan lah–apa gunanya ada isteri"
"Tak nak–awak yang jahat" geleng Yoona tanpa memandangnya.
"Yoona–" panggilnya apabila Yoona tidak menghiraukannya. Beberapa kali nama itu disebut dan nadanya makin lama makin naik.
Tidak senang untuk menonton televisyen, Yoona bingkas bangun. "Yelah–tak perlulah tengking" tajam matanya menjeling Mingyu.
Lelaki itu tersenyum kerana dapat menyakitkan hati wanita itu. Beberapa minit kemudian, si isteri menapak dengan mug.
"Nah–"
Punggungnya dilabuhkan semula di atas sofa. Mingyu menghirup air itu sedikit. "Yaah–" wajah isterinya ditatap. "Ni air kosong" omelnya.
"Awak tak cakap kan nak air apa–" balas Yoona selamba. Fokusnya kini pada jejaka kacak yang menambat hatinya itu.
"omo–!!!minggoo-ah" pipinya yang memerah itu ditekup.
Mingyu menatap jelek lelaki yang dipuja isterinya itu. Melihat Yoona sudah memerah, hatinya geram. Terus sahaja dia bangkit dan menutup televisyen itu dengan alat kawalan jauh yang berada di atas meja.
"Yaah–" jerit Yoona geram. Mingyu menyelitkan alat itu pada sisi seluarnya. "Bagilah balik–" rengek wanita itu sambil menghulur tangan.
"Tak nak–" lidah lelaki itu dijelirkan padanya. Yoona mengetap bibir geram. "Baik awak bagi sebelum saya tarik seluar awak–" ugutnya dengan mata tajam.
"Tariklah–" balas Mingyu berani. "Sebab saya tak pakai seluar dalam" sambungnya dengan sebelah kening terangkat.
Yoona menyeringai geli. "Ei–kotorlah remote tu"
"Biar awak tak dapat tengok 'oppa' awak tu–" balas Mingyu jelek. Bola matanya diputar.
"Daripada tengok awak–tak ada faedah langsung" giliran Yoona memutarkan bola matanya.
"Sekurang-kurangnya awak boleh manfaatkan suami awak ni"
Wanita itu menarik sinis. "Tak ada manfaat langsung sejak saya kahwin dengan awak."
Mingyu menggigit bibir. Terasa dirinya dicabar. "Okay–saya layan awak malam ni." tangannya mencekak pinggang.
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15