58
Sick (of you)Yoona mengeluh perlahan dengan matanya masih memandang rakan baiknya yang sedang memandu di sebelah.
"Kau ni suka berahsialah–bagi je lah tau pasal bakal suami kau tu."
Eunni menggeleng lagi. "Nantilah–bila kitorang kahwin, aku cerita semuanya dekat kau." senyum wanita itu.
"Kau ni kan–memang lah."
"Kau pun–cakap je aku berahsia. Aku tahu kau ada masalah semalam. Kenapa tak cerita?" Eunni membuatkan wanita kurus itu terdiam.
Yoona memalingkan wajahnya ke luar tingkap.
"Eik–senyap pulak." sebelah kening Eunni terangkat.
"Aku sendiri tak tau nak cerita macam mana–aku speechless."
"Kenapa? Cakaplah–" pujuk Eunni lembut.
"Kau tau kan yang Mingyu malam-malam mesej kawan dia tu."
Jururawat muda itu mengangguk perlahan. "Ye–kenapa?" peliknya.
Yoona menggigit bibir bawahnya geram. Matanya dipejam. Perasaan sebaknya dan air matanya ditahan.
"Betul diorang gay–?" terkejut Eunni.
"Bukan–" geleng Yoona. "Jadi–?" Eunni bertanya lagi.
"Aku dah semak telefon dia. Tak ada langsung nama kawan dia tu."
"Entah dia pakai nama lain–"
Laju Yoona menggeleng. "Tak–aku pasti." yakinnya.
"Jadi? Kalau bukan kawan dia tu, siapa pulak?" Eunni pula yang berteka-teki.
"Aku pasti dia sengaja tipu aku–sebenarnya yang dia mesej tu bukan wonwoo pun. Tapi–"
"Tapi?"
Wanita itu menoleh samping. "Perempuan lain–"
Membuntang mata Eunni mendengarnya. "Siapa?"
💑
Sepanjang tiga sahabat itu di butik pengantin, Yoona hanya duduk di tempat yang tersedia di sudut. Dia hanya terserah pada Eunni yang beria-ia mahu belikan baju pengapit.
Wanita itu cuma ikut sahaja. Memang sejak dari kereta tadi, moodnya hilang. Lagi-lagi bila ternampak orang itu.
"Beb–"
Yoona yang sedang khusyuk membaca majalah mendongak ke atas.
"Tak nak tengok baju sekali ke?" soal Minji sambil duduk di hadapannya.
Yoona memutarkan bola matanya. Soalan Minji hanya diendahkannya.
"Yoon–" baru sahaja wanita berambut blonde itu hendak bersuara, Eunni sudah memanggil. "Wey Yoona–!!"
Yoona lantas bangkit dan menuju ke arah rakannya yang memanggil sambil melambai tangannya itu. Minji mengeluh perlahan.
"Kau cuba baju ni–" gaun biru paras lutut diberikan pada wanita itu. Minji sekadar melihat mereka dari jauh.
💑
Petang itu Yoona dan Eunni dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli baju pengapit itu. "Aku tahu kau sakit hati sekarang, Yoon–" sebelah tangan Eunni memegang tangan rakannya.
"Memang–kenapa aku langsung tak tahu pun." Yoona mendengus geram.
"Aku pun tak tahu jugak wey–semua ni tiba-tiba bagi aku. Lagilah kau–"
Yoona meraup mukanya kasar. "Berhenti kan aku dekat sini–"
"Kau biar betul, Yoon–" terkejut Eunni kerana mereka sedang lalu di jambatan. Cuaca juga hendak gelap dan pasti akan hujan. Malah sudah hendak malam dan sejuk kerana musim sejuk.
"Ye–berhenti je." Yoona seperti hendak menaikkan nadanya.
Eunni memandang rakannya. Wajah tegang itu menunjukkan yang dia betul-betul serius. Tanpa membalas, Eunni terpaksa berhenti di sisi jalan.
"Terima kasih–" wanita itu terus membuka pintu dan turun.
"Hati-hati–" pesan Eunni selepas menurunkan tingkap penumpang itu. Yoona mengangguk sambil tersenyum.
"Bye–" dengan rasa bersalah, Eunni memandu keretanya pergi. Yoona mengeluh perlahan dan mendongak ke atas.
Matahari makin hendak terbenam. Malah keadaan juga makin gelap seperti hendak hujan.
Wanita itu memulakan langkahnya.
💑
Kali itu, sudah masuk sepuluh kali Mingyu memeriksa jam di telefon bimbitnya. "Dah 8 malam ni–kenapa tak balik lagi, sayang?" matanya beralih pada pintu sorong anjungnya.
Kelihatan hujan di luar lebat membasahi bumi. Hatinya makin risau.
Nombor isterinya itu didail. Dengan risaunya, dia sangat berharap yang wanita itu mengangkat panggilan itu.
"Harap maaf, nombor yang anda dai–" Mingyu mendengus geram.
Dan tanpa berputus asa lelaki itu terus menerus mendail nombor itu.
💑
Rambut panjang Yoona sudah pun basah. Wanita itu sedang mencangkung di bawah sebuah barisan pokok yang berada sisi jalan raya.
Hujan turun dengan sangat lebat. Kesejukannya tidak terkata memandangkan sekarang musim sejuk. Baju sejuk yang sentiasa di tubuhnya tidak dapat mengekalkan kehangatan tubuhnya.
Yoona mengetap giginya yang menggigil. Malah bukan itu sahaja, seluruh tubuhnya menggigil kesejukan.
Teringat yang jarak rumahnya masih lagi jauh, dia perlu teruskan berjalan. Dan tanpa memikirkan keadaan itu, Yoona langsung melangkah.
Wanita itu mengeluh perlahan saat terasa belakangnya bagai dicucuk dengan jarum. Mungkin kerana kesejukan yang amat.
💑
Lelaki tinggi itu bermundar-mandi di ruang tamu sambil terus menelefon nombor milik Yoona. Dan semuanya masuk ke peti mel suara.
"Balik lambat ke? Kenapa tak bagitahu kalau ye pun. Risaunya–rasa tak sedap hati pulak." atas dada kirinya dipegang.
Nafasnya tidak teratur.
Drrt drrt drrt
Telefon bimbitnya yang tiba-tiba bergetar segera dijawab. "Sayang–awak dekat mana?"
"Ah maaf–ni Encik Kim Mingyu ke?" kedengaran suara seorang lelaki membalas.
"Y-ye–siapa ni?"
"Saya Doktor Choi, isteri encik sedang berada di unit kecemasan sekarang. Sila datang dengan segera."
Terbuntang mata Mingyu. Mulutnya yang ternganga itu ditutup. Jantungnya terasa berdegup laju. "Oh tuhan–"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15