48
VacancesKertas kerja yang banyak itu diberikan kepada pelajar depan sekali. "Tolong bagi sampai belakang-" arah Yoona.
Pelajar-pelajar itu melihat kertas yang boleh dikira tebal itu.
"Banyaknya-"
Yoona tersenyum nipis. "Semua dah dapat kan?" soalnya untuk memastikan.
"Sudah-"
"Memandangkan esok kita dah mula cuti pertengahan untuk penggal 2 ni, saya bagi latihan untuk kamu."
Kedengaran juga pelajar yang mengeluh dan merungut tentangnya. Ada sebahagian yang redha sahaja.
"Saya nak kamu siapkan tugasan ni sepanjang seminggu kamu cuti ni. Masa cuti ni lah guna untuk belajar. Peperiksaan lagi sebulan anak-anak."
"Nae-"
"Jangan main dan lalai lebih-ingat nak berseronok je. Nanti lepas periksa, mainlah sampai tak ingat dunia pun tak ada siapa kisah. Kita susah dahulu baru senang kemudian. Faham?"
"Nae-"
"Saya memang berharap sangat kamu semua berjaya. Ingat saya cakap ni-setiap perkara yang kita inginkan perlukan pengorbanan. Walaupun ianya susah mana pun, kalau hasilnya akan baik, lebih bagus kalau kita berusaha lebih."
Kriing~~
Loceng sekolah berbunyi sebaik sahaja wanita itu berkata. Pelajar kelas 5-2 mula mengemas barang mereka.
"Selamat bercuti ye semua-" ucap Yoona dengan senyum manisnya.
"Selamat bercuti juga cikgu-" ramai juga pelajar membalas ucapannya.
Sebelum terus menuju ke keretanya, Yoona singgah sebentar di bilik guru untuk meletakkan barangnya. Memandangkan sudah cuti, tidak mahu dia membawa sebarang buku ke rumah.
Mindanya mahu direhatkan sebentar.
"Selamat bercuti, Cikgu Park-" ucap rakan sebelah mejanya. "Selamat bercuti juga, Cikgu Wen-"
"Bercuti ke mana-mana ke dengan suami?" sengaja Jun menyoal. "Hm-tak tahu lagi. Lagipun suami saya sibuk kerja."
"Ouh-saya pun sama. Tak tahu nak buat apa."
"Duduk rumah je lah agaknya." wanita itu tertawa kecil. Jun tersengih.
Yoona memegang beg tangannya selepas mengemas mejanya. "Saya pulang dulu-bye cikgu."
"Bye-"
💑
Puntung rokok diletakkan di antara bibirnya lalu dihisap perlahan. Sambil duduk atas kerusi di sisi anjung, Mingyu menyilangkan kakinya.
Asap rokok yang dihembusnya itu dibawa pergi oleh angin malam itu. Yoona menapak ke anjung apabila melihat suaminya berada di situ.
"Hisap lagi-" menggeleng kepala Yoona dengan suaminya. Tangannya diletakkan di atas penghadang dengan membelakangi suaminya.
"Bagilah saya puas dulu sebelum awak mengandung nanti-"
Mendengar perkataan itu Yoona tersenyum senget. Perlahan kepalanya menggeleng. "Atau lama lagi-" Mingyu menjungkitkan bahunya.
"Mingyu-ah–minggu depan cuti pertengahan penggal 2. Seminggu-" Yoona mengetap bibirnya.
"Ouh-" Mingyu mengangguk. "Eh tapi-cakap pasal minggu depan. Hari Ahad nanti saya kena ke singapura semula."
Yoona membalikkan tubuhnya. "Kenapa?"
"Bos suruh pergi ke tapak pembinaan. Pembinaan dah mula minggu lepas, dan dia nak saya tengokkan."
Bibir Yoona melengkung ke bawah. "Ala-" jikalau lelaki itu tiada, pasti dia akan menangis kerana merinduinya.
Mingyu menekan puntung rokoknya di tempat abu rokok. Tangan Yoona dipegang dan ditarik supaya mendekatinya. "Sini-" arahnya supaya duduk di atas pehanya.
Yoona akur dan duduk di situ. Walaupun berbau asap rokok sedikit. Pinggangnya dipeluk Mingyu. "Berapa lama?" soal Yoona sedih.
"Seminggu–sabtu malam balik."
"Macam ni kan awak–dahlah saya cuti. Bosan dekat rumah. Awak pula tak ada. Tidur pun seorang."
Bibir Mingyu mengukirkan senyuman. "Saya pun tak boleh tidur kalau awak tak ada–" sisi wajahnya disandarkan pada belakang tubuh Yoona.
"Kalau awak tak pergi boleh gyu? Temanlah saya–kalau nak ajak bercuti memang tak bolehlah."
"Mana boleh, sayang–"
Yoona mengeluh panjang. Mingyu mengetap bibirnya. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Wajahnya diangkat. "Hm apa kata kalau awak ikut saya pergi sana?"
"Ke Singapura?"
Laju lelaki itu mengangguk. "Awak boleh bercuti dekat sana–"
"Haah kan–" Yoona tersenyum suka. Tubuhnya disandarkan ke belakang. Dahinya bertemu kulit leher suaminya. Mingyu memberinya bersandar pada tubuhnya.
"Sekurang-kurangnya saya boleh jalan-jalan dekat sana dari duduk rumah je–"
"Kan–" mingyu menautkan jarinya dengan Yoona. Kedua-dua tangan isterinya digenggam erat.
"Cerdik kan saya–" bangga dia berkata.
"Cerdik sangat–" pipi kiri Mingyu dicium sekali. Lagi lebar senyuman lelaki itu. Yoona tersengih kecil.
Sisi dahi wanita itu dikucup lama. Mata Yoona tertutup saat itu.
Kemudian Mingyu menyandarkan kepalanya pada kepala isterinya. "Tak sejuk ke?" soalnya lalu memeluk tubuh Yoona. Kakinya pula memeluk kaki wanita itu.
"Tak–" geleng Yoona. Terasa tubuhnya sedikit hangat apabila dipeluk sebegitu erat. Mereka kekal sebegitu sambil melihat keindahan malam.
♥ To Be Continued ♥
E
hem nak tanya.
Sad end
Or
Happy end
Sebab ada drama princess nak buat untuk diorang ni.😂 tunggu kan okay.
Nanti princess tanya soalan lagi utk bab seterus-seterusnya.
Btw jangan kecam nama princess tu. memang nama saya princess 😘🌸
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15