04
HoneymoonMingyu memasukkan bagasinya dan bagasi isterinya ke dalam but kereta. Yoona memakai kasut tingginya lalu menyalam kedua-dua ibu bapanya. Mingyu juga menyalam mereka.
"Hati-hati ke sana" pesan Encik Park sambil menepuk bahu menantunya. "Jaga Yoona"
Mingyu mengangguk sekali. "Baik, appa" senyumnya nipis. "Enjoy pergi sana. Jangan masam saja muka. Dengar cakap suami kamu tu." pipi anak tunggalnya dicubit Puan Park.
"Sakitlah, omma–" pipinya diusap sendiri. "Kami pergi dulu." tangannya dilambai. "Jom, mingyu-ah–"
Mingyu menunduk hormat pada ibu dan bapa mertuanya sebelum masuk ke dalam kereta.
💑
Yoona memasukkan fon telinga ke dalam telinganya. Lagu dimainkan menggunakan telefonnya. Kepala disandarkan pada kerusi. Mata wanita itu pun tertutup rapat. Tersenyum Mingyu melihat isterinya disebelah.
Sepanjang perjalan mereka ke lapangan terbang hingga di dalam kapal terbang, mereka berdua tidak berbual sesama sendiri. Mingyu faham yang isterinya masih lagi tidak suka untuk berbulan madu pada minggu ini. Sepatutnya dia sudah berada di sekolah dan mengajar.
Lelaki tinggi itu membuang pandangannya ke luar tingkap kapal terbang. Selepas beberapa minit, mereka berdua sudah tertidur. Perlahan-lahan kepala Yoona terjatuh pada bahu suaminya. Kepala Mingyu juga jatuh di atas kepalanya.
💑
Keindahan bandar Perancis pada waktu petang itu amat menarik perhatian pasangan yang baru berkahwin itu. Yoona masih tidak dapat menutup mulutnya yang terkejut dengan persekitaran bandar itu walaupun berada di dalam teksi.
Dia tidak melepaskan peluang dan mengambil sebanyak gambar yang boleh sebagai kenangan. Ini kerana, baru pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke luar negara.
Mingyu juga merakam foto serta video dengan kamera jenama nikon tersebut. Tanpa diketahui isterinya, lelaki tinggi itu merakam perbuatan wanita itu sehingga mereka tiba di hotel. Dia tergelak sendiri melihat wajah polos itu.
Yoona menoleh pada lelaki di sebelahnya. "Kenapa gelak?" soalnya tidak berpuas hati. "Muka awak buruk sangat–" mingyu menghamburkan tawa besarnya. Yoona membuat mulut dan bibirnya menyumpah lelaki itu perlahan. Tidak mahu memandangnya, Yoona memalingkan wajah ke luar tingkap selepas menjelingnya tajam.
Tiba di hotel, mereka berdua melangkah masuk ke situ. Yoona melabuhkan punggung di tempat menunggu sementara menunggu suaminya mengambil kunci bilik.
"Jom–" panggil Mingyu dan terus sahaja berjalan tanpa menunggu isterinya. Yoona terpaksa mengejarnya. Terlihat satu kad sahaja yang dipegang Mingyu, wanita itu bertanya. "Satu je ke bilik?"
"Ye–kenapa?" wajah lelaki itu bingung. "Takkan kita tidur sebilik?" bulat mata Yoona bertanya lagi. "Macam kita tak pernah tidur sebilik–" mingyu bersuara sinis. Lantas wanita itu merengek lalu menghentakkan kakinya sambil berjalan.
"Ikut atau awak tidur luar–" balas Mingyu dengan senyuman. Yoona mendengus geram. Dia sekadar mengikut lelaki itu kerana hanya dia yang tahu di mana bilik itu berada.
Di tingkat 5, mingyu berdiri di hadapan sebuah bilik. Dengan menggunakan kad, pintu bilik tersebut dibuka. Pekerja yang mengangkut bagasi mereka dihulurkan pada mereka berdua.
Sempat Yoona mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam bilik. Matanya membulat dan mulutnya ternganga sebaik sahaja melihat bilik yang besar itu. Di ruang tamu terdapat televisyen, dapur juga ada.
Katil pula bersaiz King dan di dalam bilik air terdapat sebuah jakuzi. Sangat mantap untuk percutian kali ini. Yoona terlebih dahulu masuk ke dalam bilik utama lalu duduk di hujung katil.
Mingyu yang bersama dengan bagasinya baru hendak masuk ke dalam bilik. Yoona sempat menahannya. "Eh–kenapa ni?" soalnya.
"Masuk biliklah–"
"Tak–Awak tidur luar." jarinya menunjukkan pada sofa di ruang tamu. "Apa–?" pelik Mingyu. "Awak nak tidur sekatil dengan saya?" kening wanita itu terangkat.
"Awak kan isteri saya–lebih dari tidur sekatil pun saya boleh buat" jawab Mingyu selamba. Langkahnya yang hendak diteruskan dihentikan lagi Yoona. "Saya tak nak–" rengek si isteri.
Mingyu mencekak pinggang. "Saya yang bayar bilik ni. Saya yang kena tidur dekat katil." wajahnya sengaja diangkat sikit. Yoona mendengus. "Awaklah buat pilihan. Sama ada tidur dengan saya atas katil yang empuk tu–" mingyu tersenyum suka. "–atau tidur seorang dekat luar tu" pandangannya dikalih pada sofa sekejap.
Yoona memeluk tubuh. Bibirnya diketap geram. Mingyu pula terus melompat di atas katil itu. "Waah–sedapnya baring." sengaja dia menguji kesabaran isterinya itu.
Wanita itu mengendahkannya dan membuka zip bagasinya. Toiletries nya diambil dan dia menapak ke dalam tandas. "Cepat sikit tau–nanti kita keluar makan." pesan Mingyu kuat.
Yoona di dalam tandas sudah menyumpah seranah suaminya dengan geram. Mahu tidak mahu dia terpaksa tidur sekali dengan Mr. Slenderman itu. Sudahlah baru pertama kali mereka tidur sekatil. Sejak mereka kahwin seminggu lepas, Mingyu terpaksa tidur di bawah.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15