66 ; Our Happiness

173 18 6
                                    

66
Our Happiness




Terbungang mata Yoona melihat ada sebuah meja bulat dengan bercahayakan lilin beberapa meter dihadapan. Dan terdapat dua barisan kulit-kulit cengkerang yang membentuk sebuah jalan ke meja makan itu.

Ianya seperti 'Candle Light Dinner'

"Suka–?" suara dalam yang amat dikenalinya kedengaran di belakang. Lantas Yoona menoleh.

Lelaki tinggi itu tersenyum manis pada isterinya. "Gyu–" Yoona seperti tidak percaya.

"Awak yang bawa saya ke sini tadi?" soal si isteri dengan kerutan di dahi.

Mingyu mengangkat keningnya lalu mengangguk sekali. "Yup–takkan saya nak bagi isteri kesayangan saya pegang lengan lelaki lain." senyumnya nipis.

Bibir yoona menarik senyum juga. "Jom–" lengan diberikan pada wanita itu.

Tangannya memeluk lengan sasa itu dan mereka menapak di tengah itu hingga ke meja makan.

Mingyu menarikkan kerusi untuk isterinya. "Terima kasih–" ucap Yoona selepas punggungnya dilabuhkan di atas kerusi lembut itu.

Lelaki lampai itu mengambil tempatnya yang bertentangan.

Yoona tidak berhenti tersenyum melihat keindahan malam di pesisir pantai itu. Hati si suami berasa lega dengan reaksi itu.

"Dah lama saya tak nampak awak senyum macam tu–" teguran Mingyu membuatkan Yoona mengemam bibir lalu menundukkan wajahnya.

"Saya rindu awak, sayang–"

Kepala Yoona terangkat sedikit. Wajah suaminya ditenung. Tidak dapat dinafikan yang lelaki itu sangat kacak. Tidak ubah semasa mereka berkahwin dahulu.

Dan mereka sepi sewaktu memerhatikan wajah masing-masing.

"Awak nampak cantik–" puji Mingyu. Yoona tersenyum pendek. "Awak pun nampak kacak–"

Kemudian, ada dua orang lelaki yang memakai baju pelayan menghidangkan mereka berdua makanan.

Penutup aluminium itu dibuka serentak. "Selamat menjamu selera–" pelayan itu menunduk hormat pada pasangan itu.

Yoona terpegun dengan hidangan itu. "Wow–lasagna."

Mingyu tertawa kecil melihat wajah itu. Terlalu comel di matanya. "Itu baru pembuka selera, sayang–"

Tersenyum lebar Yoona mendengar panggilan itu lagi. Sudah lama tidak mendengarnya dekat dua bulan.


💑


Sambil dihiburkan dengan seorang pemain biola, pasangan suami isteri itu menikmati pencuci mulut mereka. Entah kenapa Mingyu begitu romantik pada malam itu.

"Yoona-ah–"

Wanita itu mengangkat keningnya seakan menyoal. "Hm–"

Mingyu meletakkan sudu kecilnya di atas meja. "Pertama, saya nak awak dengar dulu apa yang saya nak cakap. Kedua, jangan tanya apa-apa."

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now