09
Too sweetMingyu berjalan masuk ke dalam biliknya kerana sudah malam dan dia pun sudah mengantuk. Yoona keluar dari bilik pakaiannya selepas selesai memakai baju malamnya. Matanya ternampak suaminya sudah berbaring di atas katil.
Terus sahaja langkahnya dituju ke pintu bilik. "Nak pergi mana?" soal Mingyu pelik. "Pergi bilik sebelah-" balasnya ringkas.
"Buat apa-?"
"Tidurlah-takkan nak masak pulak" mata Yoona menjeling ke atas. Mingyu bangkit dari pembaringannya. "Tidur je lah sini"
"Tak apa. Awak tidur je situ. Saya tidur sebelah." geleng Yoona. Baru sahaja Mingyu hendak membuka mulut, isterinya keluar dari bilik terlebih dahulu.
💑
Alarm telefon bimbit Yoona berbunyi nyaring pada pagi itu. Wanita itu terjaga dan menghentikannya. Terasa ada sesuatu di sebelah, dia menoleh. "Mingyu-?" peliknya.
Rasanya dia ada dekat bilik sebelah. Macam mana lelaki itu boleh ada bersamanya.
Malas hendak berfikir, Yoona menapak ke bilik utama.
💑
"Awak balik pukul berapa?" soal Mingyu sambil mengunyah roti jem strawberinya. "8 malam-atau lambat sikit 8.30" balas Yoona dengan tangannya sibuk menyapu jem strawberi pada roti bakar.
"Awak-?" soal Yoona semula. "Petang-" jawab Mingyu ringkas. Yoona mengetap bibir. "Makan malam nanti?"
"Tak apa-saya boleh masakkan" Mingyu menghirup sedikit air teh di cawannya. "Okay-" senyum Yoona.
💑
Yoona berhenti melangkah ketika di hadapan bangunan sekolah lamanya itu. "Dah lama tak datang sini-" senyumnya lebar. Banyak kenangan pahit dan manis berlaku di situ bersama rakan-rakannya. Terasa seperti menjadi pelajar semula.
Di sinilah dia berjumpa dua orang rakan baiknya itu. Serta mengenali lelaki yang sering mengganggunya yang sudah menjadi suaminya yang sah.
"Selamat pagi, cikgu-" dua orang pelajar perempuan menunduk hormat padanya. Yoona tersedar. Dia merupakan seorang guru baru kini.
Langkahnya disambung semula.
💑
Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut sungguh riuh bercerita dan berbual sesama sendiri. Beginilah perkara biasa semasa guru tiada di dalam kelas.
Pintu kelas terbuka membuatkan seluruh pelajar menuju ke tempat mereka semula. Yoona berdiri di hadapan meja guru dengan senyuman manisnya.
Melihat guru baru yang cantik itu, pelajar lelaki bersorak suka. Yoona tertawa kecil.
"Selamat pagi, cikgu-" seorang pelajar lelaki bersuara dan diikuti pelajar lain. "Selamat pagi, cikgu-"
"Selamat pagi-"
"Cikgu, cikgu baru ke?" soal seorang pelajar perempuan berambut pendek. "Nae-" angguk Yoona.
"Cikgu dah kahwin ke?" soalan dari seorang pelajar lelaki membuatkan semua kecoh. Rakan-rakannya menolak lelaki itu. Yoona tertawa kecil.
"Saya perkenalkan diri saya-" Yoona menuju ke tengah. "Nama saya Park Yoona, pengganti Cikgu Yoon iaitu guru kelas kamu yang berpindah ke sekolah lain-kamu boleh panggil Cikgu Park"
"Mesti umur cikgu 20 kan?" pelajar lelaki bertanda nama 'Kang Hee Geun' bertanya. Melopong pelajar kelas lain. "Waah-mudanya"
Perlahan Yoona menggeleng. "Ani-kurang tepat"
"21?"
Yoona menggeleng.
"23?"
Geleng lagi.
"Ha-28" teka pelajar bertanda nama 'Oh Min Hyuk' dengan yakin. "Eyy-" pelajar lain memandangnya jelek. Tidak mungkin umur Yoona setua itu.
"Sebenarnya umur cikgu 25" senyum wanita itu. "Ah-"
Seorang pelajar lelaki yang berambut perang tiba-tiba sahaja bangun. Yoona membaca tanda namanya. 'Kim Min Jung'
"Apabila saya memandang cikgu, hati saya berdegup kencang-" Minjung memegang dadanya. "Adakah ini maknanya cinta?"
Seluruh pelajar bersorak dan tertawa. Yoona juga terhibur dengan kata-kata mengejutnya itu. Minjung tersenyum bangga. "Kalau cikgu belum berpunya-bolehkah saya menjadi cikgu untuk mengajar cikgu mengenali alam cinta yang sungguh indah ini."
Lagi kuat sorakan pelajar dengan kata-kata manisnya itu. Yoona tersenyum pada pelajar itu.
"Romantiknya kamu-"
Minjung mengangkat sebelah kening dengan bangganya. Wajahnya nampak riak betul. Dia mengangkat tangan supaya rakannya bertenang.
"Hari ni cikgu nak ajar apa ye–?" soal Minjung dengan senyuman manisnya. Yoona berfikir sekejap. "Hmm–kamu nak cikgu ajar apa?" balasnya dengan soalan juga.
"Apa kata cikgu ajar saya mengenali hati budi masing-masing–?"
Seluruh pelajar di dalam itu bagaikan histeria mendengar kata-kata menggelikan itu. Ada yang ketawa, menjerit dan ada yang dah nak muntah hijau.
Yoona menggeleng perlahan sambil tertawa. "Kamu ni ada-adalah. Sudah duduk-" arahnya lembut. Minjung dengan relanya duduk semula.
"Hari ni, saya nak berkenalan dahulu dengan kamu semua. Boleh?" soal Yoona. Semua mengangguk. "Nae-"
"Mula dari hujung sini-" tunjuk Yoona pada pelajar yang berada di tepi tingkap.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Hayran Kurgu" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15