Hoho!!!! Korang dah tengok gayodaechukje (가요대축제) ???
Abang sebong gempak sangat. but princess baru tengok sampai performance dorang cause minat diorang je 😂😂
Abang jun dengan piano dia.
Abang uji kecik tu main drum woah-!!!
Abang gyu aka ma husband slenderman rakun gila tagona 😂 acewah. dia main gitar elektrik. bangga tengok dia pro main tu. srsly princess menangis terus masa tu. terharu gila.
memang tau tau je aku suka lelaki main gitar 😒 ni nak marah ni. Hehe. Jk jk. tak mampu aye utk membencinya.
Okaylah mari membaca 😘
63
Me or herSelesai membersihkan diri dan memakai baju tidur di dalam bilik pakaian, lelaki lampai itu menapak ke katil.
Kelihatan isterinya sedang membaca novel tebalnya sambil bersandar pada kepala katil dengan kakinya melunjur.
Mingyu melabuhkan punggungnya di sisi wanita itu iaitu di pinggir katil. "Awak-"
Yoona yang sebenarnya berpura-pura membaca itu tidak mengendahkannya. "Yoona-ah-"
Wanita itu kekal membisu. Tidak mahu dia melayan lelaki itu.
"Sayang-"
Mendengar panggilan manis itu, baru Yoona mengalihkan pandangan pada suaminya. Tersenyum nipis Mingyu apabila panggilannya berhasil.
"Saya-saya rasa kita patut bincang."
Yoona memutarkan bola matanya. Baginya tiada apa lagi yang perlu dibincang.
"Awak-tolonglah. Sampai bila kita nak macam ni?" jelas riak kekecewaan di wajah Mingyu.
Yoona mendengus perlahan. Matanya beralih pada novel yang pura-pura dibacanya itu.
Mingyu mengetap bibir. Laju tangannya mengambil novel itu dan letakkan di belakangnya. "Eii-awak nak apa?" yoona menaikkan suaranya terus.
"Baru nak cakap-awak ingat saya ni tunggul ke?" dahi lelaki itu berkerut kerana geram.
Yoona memandangnya tidak percaya. Bukannya lelaki itu mahu memujuk pun. Lagi naikkan marah saja ada.
Kakinya diturunkan dari katil dan wanita itu bangkit. "Yoona-awak nak pergi mana?" panggil Mingyu apabila isterinya laju keluar dari bilik itu.
Mingyu mendengus perlahan dan mengekori wanita itu yang ke dapur.
Segelas kaca dicapai dan air kosong yang berada di dalam jag dituang. Air itu diteguk rakus.
Mingyu berhenti di sisinya. "Yoona-kenapa awak ni? Dah nak masuk dua bulan awak dingin macam ni. Makan pun jarang. Petang-petang selalu keluar rumah. Langsung tak cakap pun nak pergi mana."
Yoona memekakkan telinga dan menuju ke sinki lalu mencuci gelas yang digunanya. Lelaki tinggi itu hanya mengikutnya.
"Awak-tolong jawab saya. Saya tengah cakap dengan awak kan. Kenapa awak senyap je-?" lengan isterinya dipegang selepas dia selesai mencuci gelasnya.
Dengan kasar, Yoona menarik tangannya semula. "Awak pergilah sana-jangan sibuk hal saya."
"Yoona-" sekali lagi lengan kecil itu dipegang. Langkah Yoona yang hendak beredar itu terhenti.
"Tolong jangan macam ni-awak masih marahkan saya sebab kawan baik awak tu ke?" Mingyu bertanya dengan masih memegang lengan itu. Takut wanita itu pergi.
"Eish-" Yoona menarik tangan Mingyu dari menyentuhnya. Tubuhnya dihadapkan pada tubuh tinggi itu. Hampir terdongak dia melihat lelaki itu.
"Apa yang awak kisah pasal saya? Ha-?!!! Apa yang awak nak kisah-?!! Hati saya masih sakit tau tak-!!" Yoona membalas dengan suara yang ditinggikan. Atas dada kirinya dipegang.
"Jadi kenapa awak nak diam je-?!! Kenapa tak nak bagitahu saya-?!!" Mingyu yang tidak berpuas hati dengan perangai isterinya membalas tinggi.
"SAYA YANG TERSEKSA AWAK TAU TAK. AWAK YANG LANGSUNG TAK ENDAHKAN SAYA, SENYAP, DINGIN. SELAMA SEBULAN NI AWAK TAK NAK TEGUR SAYA PUN. SAYA TUNGGU AWAK UNTUK PUJUK SAYA. SAYA PUN ADA PERASAAN. BUKAN PATUNG JE DEKAT RUMAH NI-" wanita itu menengking geram dengan air mata deras mengalir di pipinya.
"Saya keluar pergi mana pun awak tak tanya-awak buat tak tahu walaupun awak nampak saya keluar. Itu yang awak kata sayang? Biar saya tidur seorang dalam bilik. Sedangkan dulu awak yang nak kita tidur sekali. Tapi kenapa awak berubah? Saya ke yang salah?"
Mingyu terdiam. Lidahnya kelu.
"Awak yang lain, Mingyu. Awak penipu. Awak kata awak cinta dan sayang saya. Awak bahagia dengan saya. Tapi kenapa awak nak jauhkan diri awak dari saya? Kenapa? Saya sedih sangat. Sedih-" hampir tidak terkeluar suara Yoona kerana begitu sakit hatinya.
"Saya nak awak pujuk saya je,gyu -takkan itu pun awak tak faham. Saya kahwin dengan awak, saya tak minta banyak pun. Satu je saya minta-saya nak awak setia dan jangan menduakan saya." geleng Yoona perlahan.
"Kalau awak memang tak cintakan saya, saya nak awak ceraikan saya. Tinggalkan saya-sebab saya tak nak hidup dengan lelaki yang cintakan perempuan lain." lantas Yoona mengeluarkan cincin dari jari manisnya.
"Ambil ni-" tangan kanan mingyu dibuka dan cincin itu diletakkan dalam tangan lebar itu.
"Awak ada dua pilihan-antara saya atau Minji-saya cuma nak cakap yang saya memang sayangkan awak sejak awak sah jadi suami saya atau ceraikan saya kalau awak pilih dia dan bahagia dengan dia."
Wanita itu menapak meninggalkan suaminya yang sedang terpinga-pinga itu.
Mingyu memandang cincin perkahwinan itu. Masih ingat lagi ketika cincin ini disarungkan dalam jari manis isterinya itu.
Tanpa sedar, air mata lelaki itu turut mengalir. Perasaannya kini bercampur-aduk.
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15