44
(Your) FaultMingyu menopang kepalanya dengan sebelah tangan. Tubuhnya berbaring miring menghadap isterinya yang sedang membaca novel. "Sayang–"
Yoona tidak menjawab. Dia terlalu asyik pada novel itu sehingga tidak mendengar panggilan itu.
"Sayang–" sebelah tangan Mingyu bermain di leher isterinya. Yoona terus tertawa dan menarik tangan itu darinya. "Apa ni gyu–" wajahnya bertukar serius.
"Saya panggil pun tak dengar eh–"
Yoona membaca novelnya tanpa menghiraukan lelaki itu. "Jomlah sayang sekarang–" tangan lelaki itu mengusap perut isterinya pula.
"Sekarang apa awak ni?" soal Yoona tanpa menoleh pada suaminya. "Tu lah–" Mingyu membaringkan tubuhnya betul-betul di sebelah Yoona.
Wanita itu berasa tidak selesa apabila terasa deruan nafas Mingyu di telinganya. "Eii tepilah–" tubuh sasa itu cuba ditolaknya tetapi tidak berjaya.
"Sebelum ni kata tak kisah–" pinggang Yoona dipeluknya. "Memanglah tapi–hahaha" wanita itu tertawa kecil apabila lehernya dicium.
"Mingyu–kejap" ayatnya tidak dapat diteruskan kerana ciuman di leher itu. Novel di tangannya tadi sudah dialihkan Mingyu.
Tangan Yoona ditekan pada katil. Tubuh isterinya terus ditindih. Merata bibirnya mengucup leher wanita itu. Yoona pula tidak dapat menahan diri dari tergelak.
"Mingyu, saya tak–" terkejut Yoona apabila bibirnya dikucup pula. Dia cuba untuk mengelak tetapi bibirnya telah digigit terlebih dahulu. Matanya terkatup.
Bibir Mingyu laju mengucup isterinya. Yoona cuba melepaskan dirinya. Tetapi lelaki itu lebih kuat darinya.
Ciuman itu membuatkan Yoona sesekali membalasnya. Walaupun begitu, dia perlu mengawal dirinya. Lelaki tinggi itu sudah membuka baju t-shirtnya.
Baru tangan wanita itu bebas. Yoona terlebih dahulu menahan dadanya dari mencium bibirnya semula. "Sekejap gyu–" dadanya berombak kerana tadi.
Dahi Mingyu berkerut. "Kenapa?"
"Saya period–"
"Ha–?" terbuntang mata lelaki itu dibuatnya. Yoona mengangguk perlahan. "Saya period–"
"Janganlah main-main–"
Yoona mengetap bibirnya. "Ye–hari awak balik dari singapura."
Wajah Mingyu berubah sedih. "Awak ni kan–"
"Saya nak cakap tadi–tapi awak buat saya gelak." balas Yoona serba salah.
Mingyu bangkit dari situ dan mengambil bajunya yang berada di bawah. Matanya menjeling Yoona tajam. Langkahnya terus dituju ke tandas.
"Salah aku ke?"
💑
Sambil bersenandung perlahan, air yang mengalir ke paip getah di jiruskan pada pokok-pokok bunga di sisi rumah banglo itu. Pagi-pagi lagi wanita itu sudah bangkit untuk membantu ibunya menyiram pokok bunga.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfikce" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15