36 ; Our (Perfect) Time

120 20 1
                                    

36
Our (Perfect) Time

Sinaran cahaya yang menembusi langsir dikamar utama itu, mengganggu konsentrasi Yoona untuk menyambung tidurnya.

Perlahan-lahan mata bundarnya dibuka. Kepalanya terasa sakit dan tubuhnya dirasakan bagai dicucuk-cucuk. Dahinya itu diurut perlahan.

Dia cuba mengingati perkara terakhir yang dilakukannya semalam sehingga menyebabkan tubuhnya sakit. Hanya erangan lelaki dan perempuan diingatinya. Buat beberapa ketika berfikir, dia tersedar dan wanita itu mengeluh panjang.

Kepalanya ditundukkan sekejap sebelum matanya ditutup kerana melihat tubuhnya yang tidak bersarung pakaian itu. Wajahnya itu ditutup sepenuhnya dengan tangan.

"Kenapa aku tak sedar aku cakap benda tu semalam–!!!" rengeknya kuat.

Wajahnya terus ditoleh ke samping. Ruang sebelahnya itu telah kosong. Agaknya suaminya itu sudah pergi ke pejabat. Dengan malas, yoona bangkit dari katil itu bersama selimut.

Pakaiannya yang bersepah di lantai diambil dan dimasukkan ke dalam bakul baju.

💑

Pancuran air yang deras itu dibiarkan mengalir ke seluruh celah tubuhnya. Matanya dipejam rapat. Tangannya ditahan pada dinding.

Perutnya terasa tidak selesa saat fikirannya mengimbas kembali aktiviti hangat bersama suaminya malam tadi. Nasib lelaki itu memakai pelindung.

Langsung tidak tahu apa yang merasuknya bagi merelakan dirinya untuk Mingyu. Tidak dapat dilupakan bagaimana tubuh mereka bersatu dan erangan serta desahannya di telinga lelaki tinggi itu.

Cara lelaki itu menyebut namanya perlahan terngiang-ngiang di telinganya. Sentuhan suaminya semalam amat dinikmatinya setiap satu.

Tetapi persoalan yang membuat wanita itu tertanya-tanya, adakah mereka lakukannya atas dasar cinta. Atau sekadar nafsu semata-mata.

💑

Kepulangan Mingyu petang itu tidak menghentikan Yoona yang sedang membersihkan ruang tamu dengan vakum hampagas itu.

Kalau boleh wanita itu mahu mengelak darinya. Kejadian malam tadi membuatkan wajahnya terus membahang.

Mingyu sekadar menoleh ke arah isterinya sekejap sebelum terus menapak ke bilik.

Terdengar bunyi pintu ditutup, wanita itu baru mengangkat wajahnya. Nafasnya dihembus lega.

Terlihat pintu itu terbuka tiba-tiba, kalut Yoona membalikkan tubuhnya.
"Ehem–" sengaja Mingyu menguatkan suaranya.

Lantas Yoona menutup matanya rapat. Dia tahu yang suaminya ternampak sewaktu dia memusingkan badannya.

Sebelah tangan Mingyu dicekak pada pinggangnya. "Park Yoona–" panggilnya lagi.

Yoona mendengus perlahan dan berpusing semula. Vakum hampagas itu ditutup. Terlihat suaminya hanya berseluar, matanya diturunkan ke bawah.

Mingyu yang melihat tingkah Yoona terus menutup tubuhnya dengan tuala yang disangkut pada bahu.
"Ah–awak–pergilah bersiap."

"Kenapa?" soal Yoona dan cuba menatap wajah suaminya. "Kita makan dekat luar malam ni–pakai cantik-cantik." belum sempat Yoona hendak membalas, lelaki itu masuk semula ke dalam bilik.

"O–kay."

💑

Bersinar-sinar mata Yoona melihat sebuah restoran barat yang kelihatan mewah semasa kenderaan suaminya itu tiba di suatu tempat. Banyak perhiasan lampu bagi mencantikkan restoran itu.

Melopong mulut wanita itu. "Kita nak makan dekat sini?" soalnya dengan wajah berharap ianya betul.

Kening Mingyu terangkat. "Yup–"

"Yeay–" sorak Yoona keriangan tetapi tidak terlalu melebih. Permintaannya tempoh hari ditunaikan Mingyu.

Pasangan itu keluar dari kereta mewah Mingyu serentak. Sambil berjalan ke restoren itu, lengan sasa suaminya dipeluk Yoona. Lelaki itu membenarkan sahaja.

Mereka berhenti dikaunter hadapan. Seorang wanita berambut pendek tersenyum manis. "Selamat datang ke De Tasteuu. Boleh saya bantu?"

"Saya ada buat tempahan tadi."

"Nama, encik?"

"Kim Mingyu–"

Wanita itu pun memeriksa buku rekod tempahan yang tebal itu. "Ouh–untuk dua orang ye."

Laju Mingyu mengangguk. "Nae–"

"Mari saya bawakan ke meja."

Mereka berdua mengikut langkah pekerja itu dari belakang. Ramai juga pasangan dan orang yang berpendapatan tinggi menjamu selera di restoren itu.

Pekerja itu membawa mereka ke sebuah meja bulat yang tidak terlalu tengah dan terlalu hujung. Tanda 'reserved' di atas meja itu diambilnya.

"Ini mejanya–selamat menjamu selera." sopan dia berkata sebelum meninggalkan meja itu.

Mingyu menarikkan kerusi untuk isterinya. Yoona tersenyum lebar. "Gomawo–" ucapnya sambil melabuhkan punggung. Tas bimbitnya diletakkan bersebelahan pinggan.

Lelaki tinggi itu mengambil tempat di hadapan isterinya. "Sempat awak tempah–" yoona memulakan perbicaraan.

Tersenyum simpul Mingyu. "Sempat je–"

Seorang pelayan lelaki mendekati meja mereka lalu menu diberikan. "Encik nak saya bawakan apa-apa dari bar?" soal pelayan itu kepada Mingyu yang baru hendak mengambil menu.

Mata lelaki tinggi itu melirik kepada Yoona. Wanita itu mengangkat bahu dan keningnya. Dia hanya berserah pada Mingyu. "Ah–Champagne."

"Baik–" pelayan itu langsung berlalu pergi untuk mengambil pesanan Mingyu itu.

Mata Yoona membaca segala makanan yang tertulis di menu itu. Terbulat-bulat matanya melihat harga itu. "Alamak–mahal sangat lah pulak."

"Awak nak makan apa?" soalan Mingyu membuatkan dirinya rasa bersalah. "Mahallah, Gyu–" suaranya separa bisik.

Berkerut dahi Mingyu sekejap. "Kata nak makan restoren mewah–mestilah mahal."

Perlahan Yoona menggaru pipinya yang tidak gatal itu. "Kawan saya cakap makan dekat sini sedap–tapi tak sangka pulak harga dia–sedap jugak."

"Cakap je lah nak makan apa–saya tak kisah pun harga tu."

Yoona menelan liur perlahan. Bibirnya terketap setiap kali melihat harga pada menu itu. "Kita balik je lah, gyu–"

"Saya betul nak belanja awak ni–" lelaki tinggi itu cuba menyakinkan isterinya. Memang Yoona seorang yang berjimat tapi sekali sekala tidak apa.

Yoona mengeluh panjang. Fikirannya bercelaru.

"Macam ni je lah–awak tengok nak makan apa. Tapi jangan tengok harga sebelah tu. Buat tak tau je."

"Betul awak tak kisah?" sengaja untuk kepastian, Yoona menyoal. "Ye, sayang–"

"Okay–tapi jangan merungut lepas ni." tegas Yoona berpesan. Si suami tertawa kecil dengan gelagatnya.

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now