53
Camera"Hmm–" terangkat kening Mingyu saat menjamu mee karinya. Mereka berdua sedang makan malam di sebuah restoren yang terdekat di hotel.
"Kenapa sedap sangat–" mingyu menghirup kuah itu.
"Awak makan apa semua sedap–"
"Kenapa? Awak punya tak sedap ke?" tanpa segan lelaki itu mengambil mee karinya. Tangan itu ditampar Yoona.
"Ahh–" desah Mingyu perlahan. Bibirnya dicebikkan. "Orang nak rasa je–"
"Makan sendiri punya–" Yoona menarik mangkuknya supaya menjauhi dari mingyu di hadapan.
"Ye ye, makanlah." angguk mingyu perlahan.
"Gyu–esok kita balik kan? Pukul berapa?"
"Hmm–" mingyu mengangguk lagi. "4 petang dah terbang–"
"Esok awak keluar lagi?" Yoona bertanya lagi. Ianya dijawab dengan gelengan.
"Ouh–"
Pasangan itu berjalan ke seberang jalan, menuju ke kereta sewa selepas selesai makan. Yoona duduk di tempat penumpang hadapan.
Mingyu memulakan pemanduan semula ke hotel sebaik sahaja menghidupkan enjin.
"Mingyu–" panggil Yoona sambil mengambil sesuatu di tempat duduk belakang. Ianya kamera milik lelaki itu.
"Kenapa?"
"Bila awak beli kamera ni? Kenapa awak minat sangat ambil gambar?" Yoona menyoal sambil menatap suaminya yang fokus memandu.
"Kamera ni hadiah hari jadi saya yang ke-16. Papa belikan–"
"Dan sebab tu awak minat ambil gambar?" soal Yoona sekali lagi. Mingyu mengangguk.
"Boleh saya tengok apa yang awak ambil dulu?" baru sahaja Yoona hendak menghidupkan alat itu, Mingyu sudah merampas darinya.
Terkejut wanita itu dengan tindakannya. "Kenapa? Saya nak tengok je–"
Laju lelaki tinggi itu menggeleng. "Tak boleh–"
"Kenapa?"
"Sebab–" bergerak halkumnya ketika menelan liur. Bibirnya diketap. "Tak ada apa-apa–"
"Mingyu–" walaupun nada Yoona perlahan dan cuba memujuk, dia tetap menggeleng. Kamera itu dipegang erat.
"Maaf–tapi memang tak boleh." riak Mingyu serius ketika itu.
Yoona mengeluh perlahan. "Okaylah–"
Kenapa dia langsung tak mahu bagi? Ada sesuatu ke dalam kamera tu? Yoona mengomel dalam hati.
💑
Yoona duduk di hujung katil selepas selesai mandi. Dan masa terluang sekarang, dia tidak tahu hendak buat apa. Pakaian-pakaian telah dikemas. Novel yang sering dibaca untuk mengisi masa, sudah habis dibaca.
"Nampaknya aku kena beli novel baru–" keluh wanita itu sambil menahan tubuhnya dengan tangan di belakang.
Kemudian, matanya menangkap satu alat elektronik yang berada di sisi televisyen berkaki itu. Kamera itu diambil. Terdetik hatinya untuk melihat gambar-gambar di dalamnya.
Tertanya-tanya kenapa lelaki itu tidak mahu memberinya melihat gambar di dalam itu. Kamera itu di'on'kan.
Terlalu banyak gambar yang diambil suaminya termasuk gambarnya yang diambil tanpa kebenaran itu. Bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Comel jugak aku–" Yoona sengaja mengembangkan diri. Walaupun dia tahu yang dia sememangnya comel. #perasan
Termenung juga wanita itu saat melihat gambar ketika mereka berbulan madu di Paris. Banyak adegannya bersama Mingyu diulang tayang.
Dan paling diingatinya semasa mereka di taman. Sewaktu suaminya membelanjakan aiskrim. Telah berlakunya perang aiskrim di situ.
Baginya itu adalah saat-saat manisnya dengan Mingyu pada awal perkahwinan. Walaupun pada mulanya dia amat membencikan lelaki tinggi itu.
"Apa awak buat ni–?!!" baru hendak menekan butang seterusnya, Yoona dikejutkan dengan nada keras Mingyu. Lelaki itu baru sahaja keluar dari tandas kerana sekadar bertuala di pinggang sahaja.
Kamera di tangannya terus dirampas. Mingyu melihat skrin itu. Sedikit menggigil Yoona melihat wajah tegang suaminya. Wanita itu bangkit dari tempatnya.
Rahang suaminya kelihatan bergerak saat melihat skrin kamera. Pasti dia sedang marah sekarang.
"Awak tengok sampai mana tadi?" nada Mingyu mendatar bertanya. Sungguh tajam matanya memandang isterinya yang terkelu itu.
"S-s-saya tengok sampai gambar yang dekat paris tu." Yoona cuba tersenyum bagi menyejukkan hati suaminya itu. Tetapi dia sendiri yang mengetap bibir melihat Mingyu masih dengan ekspresi gerun itu.
Lelaki itu mengeluh perlahan. Keluh lega mungkin. "Saya dah cakap kan. Jangan tengok gambar dalam ni." nada Mingyu bertukar lembut.
"Maaf–saya cuma nak tengok." Yoona menundukkan kepalanya.
"Lain kali awak jangan tengok lagi–maaf sebab marah awak tadi. Saya cuma–" Mingyu menggigit bibir bawahnya. Sikit sahaja lagi dia hendak terlepas cakap.
Yoona menanti ayatnya. "Apa dia?"
Mingyu tersenyum kelat. "Tak ada apa-apa lah–"
"Saya minta maaf sekali lagi." yoona tersenyum nipis. "Hmm–dan kalau boleh, awak jangan sentuh kamera ni lagi. Boleh?" walaupun kedengaran lembut nada itu, Yoona pasti ianya satu arahan.
"Nae–"
"Good–" pipi kirinya dicubit perlahan Mingyu.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15