32 ; Relationship

103 18 2
                                    

32
Relationship

"Aku takut gila sangat bila dia macam nak sentuh aku–" Yoona bersuara perlahan pada alat nipis yang dilekapkan pada telinganya.

Mata wanita itu melilau di bilik guru itu, takut-takut ada orang terdengar ceritanya itu.

"Sayang gila–asal tak terima je?" kata-kata Eunni membuntangkan matanya. 

"Agak-agaklah beb–dalam kereta?" nada Yoona hendak menaik tetapi ditahannya. Eunni tertawa kecil. "Tapi ada je orang buat–"

Bola mata Yoona berpusing. "Lagipun aku tak sedia lagi lah. Dia tu seram gila nak mati–"

"Ouh kau takut ayat dia yang 'tak ada hari esok untuk awak'–" Eunni sengaja mengajuk nada besar Mingyu ketika berkatanya lalu ketawa besar.

"Sengal lah kau–" mahu sahaja mulutnya hendak menyumpah seranah rakan baiknya itu. Tapi memandangkan dia berada di sekolah, tidak enak pula hendak berkatanya.

"Suka kau gelak kan aku eh–apa cerita kau dengan tunang kau tu?"

Tawa Eunni terhenti dan dia merengek kuat. "Yoona–!!!"

"Tak habis gaduh lagi lah tu–"

"Haah–" wanita itu masih merengek.

"Apa kena lah korang berdua ni–" Yoona menggeleng perlahan.

"Dia ada pujuk aku tapi aku macam–" Eunni tidak menghabiskan ayatnya.

Yoona meletakkan jari pada bibirnya. "Kau dah tau ke siapa perempuan gedik tu?"

"Tak–tapi dia cakap yang dia memang tumpangkan je. Lagipun perempuan tu dah kahwin."

Guru muda itu tertawa sinis. "Dah perempuan tu kahwin, buat apa nak merajuk lagi, Eunni." tapak tangan kirinya ditekup pada dahi. Tidak faham langsung dengan rakan baiknya itu.

"Aku takut dia tipu aku–" nada Eunni makin mengendur dan perlahan.

"Korang dah nak kahwin kan. Janganlah macam ni." pujuk Yoona.

"Tu lah–aku sayangkan dia sangat."

"Tau pun. Dalam perhubungan ni kita kena ada perasaan percaya pada pasangan. Barulah boleh bahagia. Percaya cakap aku." Yoona memberi nasihat dengan bangganya. Sedangkan rumah tangganya sendiri pun dia tidak tahu hendak dikategorikan sebagai apa.

Tentang seksualiti suaminya juga dia tidak percaya. Ini lagikan menasihati orang.

"Okay–" balas jururawat itu.

💑

Wonwoo tergelak terbahak-bahak tanpa memerhatikan keadaan sekeliling. Hatinya terasa geli dengan cerita Mingyu tadi.

Kaki lelaki kurus di hadapan Mingyu itu ditendang. "Behave bro–"

Wonwoo memegang perutnya yang terasa senak akibat tawa tidak berhenti itu.

"Kau jangan suka sangat–sebab kau jugaklah dia ingat aku songsang." jeling Mingyu geram.

Teh ais yang dipesannya dihirup laju bagi menyejukkan hatinya. Wonwoo menghabiskan sisa tawanya.

"Dia tu betul ke kerja cikgu? Asal otak fikir macam tu–" tergeleng kepala lelaki kurus itu.

"Jangan nak hina dia, won–" keras nada Mingyu mengingatkannya.

"Aku tak hina, bro. Kenapa dia boleh fikir kita ni–" wonwoo mendekatkan dua jari telunjuknya bersebelahan.

Mingyu mengangkat keningnya. "Dia kata sebab aku tak nak cium dia hari tu. Dan kau ada cakap 'sayang' masa dia terangkat call kau dekat telefon aku. Dan kita selalu otp. Dan lagi satu sebab aku tak sentuh dia."

Sekali lagi wonwoo ketawa terbahak-bahak. Mingyu seakan hendak memakai topeng apabila sesetengah pelanggan di kafe itu memerhatikan mereka. Gelak tawa wonwoo terlalu mengganggu.

💑

"Cikgu–esok ada sukan tahunan. Nak buat kelas ke?" tanya Minjung semasa memasukkan buku ke dalam beg galasnya.

Kelas tambahannya pada malam itu baru sahaja tamat. Yoona memegang beg tangannya yang berada di atas meja guru. "Rasanya tak perlu–" geleng wanita itu.

"Nae–"

Mereka berdua pun berjalan bersama selepas keluar dari kelas. "Lepas dua minggu belajar dengan saya, awak rasa bertambah baik?" soal Yoona pada pelajar lelaki itu.

Laju Minjung mengangguk. "Saya dah faham banyak benda yang saya tertinggal."

Yoona tersenyum nipis. "Baguslah–saya harap awak bersedia untuk ujian bulanan dalam dua minggu lagi."

"Nae–"

💑

Mingyu tertawa kecil apabila membaca mesej dari rakan baiknya itu. Yoona yang baring membelakanginya terasa terganggu dengan itu. Matanya yang baru sahaja hendak terlelap terus terjaga.

"Kim Mingyu–tidurlah." matanya dipejam rapat.

"Tidur je lah dulu–" balas Mingyu sambil fokus pada alat canggih itu.

Yoona mendengus perlahan. Tubuhnya dipusing menghadap suaminya. "Awak mesej kawan awak tu lagi ke?"

"Hmm–" lelaki itu sekadar mengangguk sekali.

"Awak masih nak nafikan apa yang saya cakap hari tu?" nada Yoona menaik seperti tidak berpuas hati.

"Saya tak nak bincangkannya, Yoona–" balas Mingyu mendatar.

"Mingyu-ah–" panggilnya geram. Lelaki itu tidak membalas apa-apa.

"Mingyu–" lengan suaminya digerakkan perlahan. Mata tajam lelaki itu memandangnya.

"Lebih baik awak tidur sekarang kalau tak nak saya buat awak tak pergi kerja esok–" lelaki itu menarik lengannya dari pegangan Yoona.

"Eii–lelaki gatal." terus wanita itu mengubah posisinya pada asal. Selimutnya itu ditarik hingga ke kepala.



♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now