27
(The) DayMasa pun berlalu, kini sudah masuk latihan untuk larian 200 meter. 8 orang pelajar perempuan gred 5 yang dipanggil Yoona berdiri di lorong larian masing-masing. Jun di pinggir trek sudah memegang wiselnya.
"Ke garisan–"
"Sedia–"
"Mula–"
Sebaik sahaja terdengar bunyi wisel ditiup, mereka pun berlari sekuat hati. Semua pelajar dan guru yang ada di situ melihat mereka. Memang lumba lari adalah antara sukan kegemaran semua.
"Ahh–!!!!"
Semua orang terkejut melihat pelari di hadapan sekali tiba-tiba terjatuh semasa berlari di lengkungan. Dan sedikit lagi dia hendak tiba di garisan penamat.
Pelari yang lain menghabiskan larian mereka. Segera Yoona dan Jun berlari mendapatkannya.
"Kamu okay?" soal Yoona risau. Pelajar itu menggeleng. Riak wajahnya jelas yang dia sedang sakit.
"Kaki saya sakit–" pergelangan kaki kirinya dipegang. Jun merendahkan dirinya dan mengurut perlahan kaki pelajarnya.
"Ahh–!!!" terjerit remaja itu kuat.
"Kita kena pergi bilik sakit sekarang–" kata Yoona. Jun membantu mendirikan pelajar itu.
"Biar saya hantarkan–" lengan pelajar itu yang dipegang Jun dipegangnya pula.
"Hati-hati–" pesan Jun sewaktu Yoona sedang memapah remaja itu. Perlahan-lahan mereka berdua menuju ke bilik sakit.
💑
Minjung berlari anak menuju ke arah padang. Matanya mencari orang yang hendak dijumpanya di kumpulan yang berada di pinggir trek sambil ke sana.
Kemudian langkahnya dibawa ke arah Cikgu Jun. Ketika itu, dia baru sahaja meniupkan wiselnya.
"Cikgu–" panggil Minjung. Jun menoleh padanya. "Oh Minjung–kenapa?"
"Saya nak jumpa Cikgu Park–" Minjung melihat sekeliling sekejap. "–tapi tak nampak pun. Dia jaga dekat sini kan?" soalnya.
"Betullah–tapi sekarang dia dekat bilik sakit. Ada pelajar terseliuh tadi."
"Ah–terima kasih, cikgu." Minjung menunduk hormat padanya. Jun mengangguk dengan senyuman. "Sama-sama–"
Remaja itu berpusing balik dan melangkah ke bilik sakit seperti yang dikatakan guru lelaki itu tadi.
💑
Bunyi ketukan pintu di luar bilik sakit itu menghentikan perbualan antara Yoona dan jururawat di dalam. Pintu itu terbuka.
"Cikgu–" Minjung tersenyum lalu menunduk hormat.
"Saya buat kerja dulu ye, cikgu–" kata si jururawat untuk memberi ruang pada mereka.
Yoona melangkah mendekati pelajarnya. "Ada apa, Minjung?" soalnya lembut.
"Malam ni ada kelas ke, cikgu?" Minjung berbalikkan dengan soalan.
"Ouh–kelas." Yoona baru teringat. Minjung memandangnya sekadar menunggu jawapan.
"Tapi kamu ada masuk pertandingan apa?"
"Lompat tinggi dengan renang–"
"Ah–kamu tak kisah kalau kita tunda?"
Minjung mengangguk perlahan. "Saya ikut cikgu–"
"Kita tunda lah sebab saya tau kamu penat nanti. Lagipun kita kan pulang awal hari ni." bahu Minjung ditepuk sekali.
"Okay–" akurnya. "Saya pergi dulu–terima kasih, cikgu."
Sebaik sahaja pelajar itu melangkah keluar, telefon bimbit di poket seluar Yoona bergetar. Tangannya diseluk lalu mengeluarkan alat itu.
Panggilan daripada suaminya itu dijawab di luar bilik sakit. "Helo–" dinginnya.
"Awak balik pukul berapa?" soal Mingyu di sebelah sana. "Pukul 7–" Yoona membalas ringkas.
"Awal balik–" pelik lelaki tinggi itu.
"Ada latihan sukan hari ni–" Yoona memutarkan bola matanya.
"Ouh–"
"Kenapa? Tak suka saya balik awal?" nada Yoona garang.
"Saya tak cakap apa-apa kan–" kedengaran Mingyu mendengus perlahan.
"Sudahlah–" ikon merah di skrin telefon ditekan Yoona. "Eii–menyampah betul." bibirnya diketap geram.
💑
Mingyu keluar dari keretanya selepas menunggu isterinya selama setengah jam. Lelaki itu terus menuju ke sekolah selepas sahaja pulang dari pejabatnya.
Belakang badannya disandarkan pada pintu kereta. Jam tangan di tangannya dikerling. '6:56'
Kotak rokok dan pemetik api dikeluarkan dari poket seluarnya. Sambil menunggu, dia menghisap rokoknya itu.
Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Bangunan sekolah itu ditatapnya lama. Kemudian bibirnya mengukirkan senyuman.
Masih dia ingat lagi kenangannya yang mengusik dan mengenakan Yoona. Tingkap hujung kelas yang berada di tingkat 3 itu dipandangnya.
Di situlah di mana kelasnya berada. Pernah dia mengugut Yoona hendak membuang buku gadis itu ke bawah. Yoona pula tidak berhenti menarik tangannya sambil merayu.
Beberapa minit kemudian, matanya melirik pada pelajar-pelajar yang sudah keluar dari bangunan sekolah.
Puntung rokok yang pendek itu dibuang ke bawah lalu dipijak dengan kasutnya. Asap yang masih dirongganya ditiup keluar.
"Hai–" seseorang yang menyapanya di sebelah mengejutkannya.
Lelaki itu sekadar tersenyum nipis apabila Jun menyapanya. Tidak sangka yang kereta mereka sekadar bersebelahan.
"Awak suami Cikgu Park kan?" Jun inginkan kepastian. Mingyu mengangguk perlahan.
"Wen Junhui–" Jun menghulurkan tangannya. Mingyu membalasnya. "Kim Mingyu–"
"Awak rapat dengan Yoona ke?" selidik Mingyu. Takut juga kalau-kalau lelaki itu hendak memikatnya.
Jun mengangguk. "Boleh dikatakan begitu–memandangkan meja saya sebelah meja dia."
Mingyu mengecilkan sedikit matanya. "Awak tak suka isteri saya kan?"
Jun tertawa kecil dengan soalan berterus terangnya. "Saya dah nak kahwin, Encik Kim." geleng lelaki itu.
Mendengar itu, Mingyu bernafas lega. "Baguslah–"
Wajah lelaki tinggi itu ditatap Jun lama. "Sekarang saya tertanya-tanya kenapa Cikgu Park tak sukakan awak–"
"Apa–?" berkerut dahi Mingyu mendengarnya. "Dia ada juga bercerita pada saya tentang awak." balas Jun.
Mata Mingyu membuntang. "Apa–?"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15