Saya yang menangis mendalami perasaan Yoona. Nak tulis part ni mengambil masa sebab saya menangis sekali 😂 lagi ditambah dengan lagu ost goblin, I Miss You by Soyou (Sistar) masa menulis ni.
Kalau korang baca satu-satu and mendalami watak tu, maybe korang akan menangis jugak. Maybe lah.
Tapi bila baca balik, pendek je. Ingatkan panjang sebab saya tulis sekali feeling 😂. Nasiblah. Harap korang suka.
Saya teringat lelaki kulit tan tu je dah menangis 😂😅 pelik.
———
41
I Miss YouYoona mengikut Mingyu di sebelah ke tempat pemeriksaan sebelum ke kapal terbang. Apabila sudah hampir, lelaki tinggi itu berhenti dan menghadap isterinya.
"Malam jangan lupa kunci pintu–bahaya tau tak." pesan Mingyu lalu memegang kedua-dua tangan isterinya.
"Saya tau, mingyu. Dah banyak kali awak cakap–" geleng Yoona dengan tawa kecilnya.
"Saya ingatkan je– risau awak seorang je dekat rumah."
Yoona mengecilkan mata bundarnya. "Tak percaya kan saya?" sebelah keningnya terangkat.
Mingyu mengetap bibir lalu bahunya dijungkit sedikit.
"Awak tu yang tak boleh percaya–entah-entah jumpa perempuan seksi nanti menggatal. Awak tu dahlah pantang tengok orang seksi sikit." memuncung mulut Yoona dengan perangai suaminya itu.
Tersenyum-senyum Mingyu ketika itu. Melihatnya, Yoona memutarkan bola matanya.
"Siapa je lagi seksi dari sotong katik saya ni–" kedua-dua pipi gebu Yoona dicubitnya.
"Eii lepaslah–" tangan Mingyu ditariknya geram. "Merajuk eh–" sebelah tangan Yoona diraihnya.
"Mana ada–" nafi Yoona tapi dengan wajah dinginnya. Pandangan matanya dilarikan dari memandang suaminya.
Sisi wajah isterinya dipegang dan wajah itu didekatkan Mingyu. Terpejam mata Yoona saat dahinya dicium lelaki itu.
"Saya pergi dulu–" satu kucupan sekilas diberikan pada bibir itu. "Yaah–" dada Mingyu ditepuk perlahan.
Mingyu tersenyum suka melihat wajah cemberut itu. "Bye–" lambainya sambil menuju ke tempat pemeriksaan.
Yoona dari situ melihat sahaja suaminya itu. Lelaki tinggi itu melambai lagi saat hendak turun melalui eskalator. Yoona membalasnya dengan senyuman.
Apabila sudah tidak menemui susuk tubuh itu lagi, Yoona mengatur langkah keluar dari lapangan terbang itu. Sepanjang langkahnya itu, wajahnya kelihatan sayu sahaja.
💑
Kuah mee segera yang berada di mangkuk itu dihirup Yoona sedikit. Kemudian satu suapan besar dimasukkan ke dalam mulutnya.
Perlahan wanita itu mengunyah. Selepas pulang dari lapangan terbang petang tadi, Yoona hanya duduk di ruang tamu menonton televisyen. Walaupun begitu, dia banyak termenung.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15