17 ; Rude

104 22 0
                                    

17
Rude

"Bagilah balik–!!!!" jeritan seorang wanita memenuhi ruang apartment itu sehingga ke luar.

Di dalam rumah itu, Yoona tidak berputus asa mengejar suaminya yang sering mengusiknya itu. Alat kawalan jauh digenggam Mingyu erat.

Lelaki tinggi itu melalui sofa dengan melompatnya. Manakala Yoona terpaksa melalui tepi sofa itu kerana tidak berani.

"Kim Mingyu–!!!" jerit Yoona lagi. Wajahnya sudah memerah kerana marah dan sudah penat mengejarnya.

Melihat isterinya sudah berhenti, dia turut berhenti. "Bagilah balik–saya dah penat." wanita itu memegang lututnya. Nafasnya laju.

"Cubalah ambil–" seperti budak-budak, Mingyu menjelir lidahnya. Yoona yang sudah geram terus menyambar tangannya.

Tetapi tangkas suaminya mengangkat tangannya. Yoona melompat-lompat hendak mengambil alat kawalan jauh itu. "Ala–" rengeknya.

"Cium saya dulu–" sengaja dia mengambil kesempatan lalu menunjukkan pipi kanannya. Yoona menggigit bibirnya.

"Cium saya kalau nak–" lelaki itu mengulangi ayatnya dengan wajah sukanya.

Drrt drrt drrt

Yoona mendengus geram dan menapak ke meja ruang tamunya. Telefon bimbit yang berada di sebelah laptopnya diambil.

Panggilan itu dijawabnya. "Helo–?"

Mingyu mencebik. "Potong betullah–"

"Ouh mama–" tersenyum wanita itu lalu duduk di atas sofa. "Mama–?" lelaki tinggi itu berlari dan melompat dari belakang sofa lalu duduk di sebelah isterinya.

Yoona meletakkan jarinya pada bibir supaya lelaki itu senyap. Mingyu menjelingnya.

"Kenapa ye–?" soal Yoona dengan nada yang lembut pada ibu mertuanya. Wanita itu senyap sewaktu mendengar balasan Puan Kim.

Mingyu mendekatkan telinganya pada  telefon itu. Yoona menjegil matanya dan menjarakkan diri. "Pergilah–" perlahan suaranya berkata sambil  tangannya bergerak menghalaunya.

"Nak dengar–" lengan isterinya ditarik. "Sekejaplah" tangan kirinya menampar lengan suaminya yang sedang menarik lengannya itu.

Mingyu mengaduh. "Nae–?" nada Yoona terkejut. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan.

"Nae. Nanti Yoona cuba tanya dia–" angguk wanita itu perlahan.

"Kenapa?" wajah Mingyu tertanya-tanya.

"Baik ma–" senyum Yoona nipis. "Ah nae–" angguknya lagi. "Anyeong–selamat malam." terus sahaja pangilan itu dihentikan.

"Kenapa?" desak Mingyu. "Mama awak nak kita datang rumah dia hujung minggu ni–" keluh Yoona selepas bersuara.

"Kenapa?" tanyanya lagi. "Sebab dah lama kita tak balik sana lepas kahwin–herh." nafasnya dihembus kasar.

"Awak tak suka kita balik–?" mingyu mengecilkan matanya. Tajam dia melihat isterinya. "–ke awak memang tak suka mama papa saya?" duga lelaki itu lagi.

"Awak fikir saya ni tak hormat diorang?" bibir Yoona berkerut sambil menatap jelek suaminya.

Sebelah kening Mingyu sengaja diangkat. "Mana tau–sebab awak mana hormat saya."

"Awak je yang saya benci–"

"Amboi Sotong Katik ni–" kepala Mingyu menggeleng perlahan.

"Diamlah Rakun Gila–!!!"

💑

Puntung rokok yang sudah hendak habis dihisap Mingyu, ditekan pada bekas abu rokok. Lelaki itu bangkit dari kerusi yang berada di anjung biliknya.

Langkahnya dituju ke dapur. Kelihatan isterinya sedang meminum air di meja kerja itu. Gelas yang berada di hujung meja kerja diambil dari raknya.

"Hisap rokok lah tadi tu–" perli Yoona lalu mencuci gelas di sinki.

"Suka hati saya lah–" mata lelaki itu berputar. Air masak yang baru dituangnya diteguk rakus.

"Busuk tau tak–" Yoona menutup hidungnya saat terhidu asap rokok yang melekat pada badan lelaki itu.

Mingyu tersenyum. Sengaja dia menghalang Yoona yang hendak berlalu pergi dari sinki itu. "Eii–tepilah" dengusnya.

"Tak nak–" lelaki itu tertawa suka melihat isterinya sibuk bergerak ke kiri kanan untuk pergi.

"Yaah–" dadanya ditumbuk kuat. Tetapi Mingyu sedikit pun tidak terasa sakit dengan pukulan tangan kecil itu.

"Busuklah–bau asap" Yoona mengibas wajahnya supaya menghalau bauan itu dari hidungnya.

Lagi suka lelaki itu menyakatnya. "Nah–bau bau" lagi Mingyu mendekatkan tubuhnya.

"Yaah–tepi" tangan Yoona kuat menolak dada suaminya. Mingyu masih tidak berganjak malah mengibaskan lagi pakaiannya.

"Busuklah–!!" dadanya ditumbuk beberapa kali. Galak lelaki itu tertawakannya. Pinggang wanita itu dipeluknya supaya dia tidak bergerak.

"Lepaskan saya–!!" tangan Mingyu cuba ditarik. Pelukan suaminya itu sungguh erat di pinggangnya.

Lagi wanita itu terkejut apabila pipinya dikucup secara tiba-tiba. Mingyu tertawa besar melihat mata isterinya yang membulat itu.

"Kim Mingyu–!!!"

♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now