51
TogetherHingga ke tengahari, Yoona berbaring sahaja di katil kerana tubuhnya terasa sengal-sengal. Selimut tebal putih itu diselubungkan menutupi seluruh badannya yang tiada seurat benang itu.
Mingyu pula keluar waktu pagi kerana kerjanya.
Perlahan-lahan Yoona membuka matanya yang terasa berat itu. Sinaran matahari di luar sudah cerah melalui langsir anjung yang sudah terselak itu.
Wanita itu menggagahkan diri untuk bangkit dari katil. Jubah mandi yang tersangkut di almari disarungkan ke badan lalu diikat.
Langkahnya dituju ke tandas. Beberapa minit kemudian, Yoona keluar semula dari situ. Dia tidak membersihkan diri tapi sekadar menggosok gigi dan mencuci muka.
Tubuhnya dibaringkan semula ke katil. Terasa malas hendak mandi. Novel di meja sisi katil diambil sebelum dibacanya.
Pintu bilik hotel terbuka dari luar. "Sayang-" panggil Mingyu lembut.
"Eh awalnya balik?" soal Yoona sambil mata masih menatap bukunya.
"Awal? Semalam pun saya balik waktu ni." pelik Mingyu. Pinggangnya dicekakkan melihat wanita itu sekadar berjubah mandi sahaja.
"haih-baru bangun lah tu?"
Yoona tersengih malu. "Hm-" angguknya.
Mingyu menapak ke almari lalu menggantungkan kot kelabunya. Butang kemejanya dibuka. "Kenapa tak mandi lagi?" soalnya sambil menghadap isterinya di katil.
"Malaslah-"
Lelaki tinggi itu membuka semua pakaiannya dan melilitkan tuala di pinggangnya. "Sayang–jomlah mandi sekali." mingyu berdiri di hujung katil.
"Gatal–awak mandilah dulu." geleng Yoona laju.
"Jomlah–" tapak kaki Yoona dimainnya. "Janganlah-" kakinya menendang.
"Ke nak saya dukung?" lantas mingyu ke sisi katil lalu memegang belakang dan pelipat isterinya.
"Yaah–" terjerit kecil wanita itu. Tangannya segera memaut leher suaminya. Novel di tangannya sudah terjatuh ke katil.
Tanpa menghiraukan isterinya yang meronta itu, langkahnya diatur ke tandas.
💑
Tangan Yoona laju menggosok rambut suaminya yang bersabun itu. "Kuku awak tajamlah–kepala saya macam terluka tau tak." omel Mingyu yang sedang tertunduk itu.
"Mana ada kuku saya panjang-" balas Yoona tak berpuas hati.
"Perlahanlah sikit–" pinggang Yoona dipegangnya.
"Ye ye–maaf." Yoona memperlahankan tangannya itu.
"Dah besar pun nak saya mandikan." wanita itu mencebikkan bibirnya.
"Nanti saya cucikan badan awak." mingyu tersenyum-senyum. "Bersih-bersih tau–" tawa Yoona kecil.
Lelaki itu memegang matanya. "Ah ah sayang–pedih." digosoknya perlahan.
"Ha?" kelam kabut Yoona ke kiri kanan. Langsung otaknya keliru hendak berbuat apa.
"Sayang–" mingyu menghentakkan kakinya. Sabun yang berada di mata mingyu dilap. Tapi dia tak sedar yang tangannya turut bersabun.
"Sayang–lagi pedih mata saya." lelaki itu sudah merengek.
Air pancuran dibukanya. "Cuci mata awak–"
Mingyu mendongakkan kepalanya dan mencuci rambut dan matanya sekaligus. "Dah–?" soal Yoona risau.
Matanya yang pedih tadi digosok perlahan. Perlahan-lahan cuba dibukanya. "Hmm–" angguk mingyu perlahan. "Nasib tak buta–"
Lengan Mingyu dipukul geram. "Saya tak sengaja lah–sabun tu yang mengalir sendiri."
💑
Mingyu berlari terus ke arah kolam dan terjun ke dalamnya. "Hiak–" terpercik segala air akibat berat badannya yang berat itu.
Yoona yang baru tiba di tepi kolam terkena percikannya. Wajahnya dilap.
Memandangkan waktu sudah pukul 8 malam, tidak terlalu ramai yang berada di kolam itu. Nasib ianya dibuka sehingga pukul 11 malam.
"Sinilah–"
"Dalam tak?" Yoona duduk di pinggir kolam itu. Kakinya digerakkan perlahan.
"Mana ada–tengok saya sampai dada je."
"Eii memanglah-awak tinggi." dengan geram Yoona memercikkan air ke wajah suaminya.
"Masuk je lah sini–" tangan Yoona diraihnya. Bahu suaminya dipegang kuat sambil perlahan-lahan masuk ke dalam kolam.
Terjerit kecil wanita itu apabila air sudah ke paras lehernya ketika kakinya memijak dasar.
Mingyu melangkah ke belakang, menjarakkan dirinya dengan isterinya. "Ala mingyu–janganlah jauh-jauh. Saya takutlah–!!!!" yoona terjerit kuat.
Lelaki itu ketawa mengejek. Kepalanya dimasukkan ke dalam air. "Kim Mingyu–!!! Janganlah main-main. Saya dahlah tak tau berenang." kiri kanan kepalanya menoleh mencari kewujudan suaminya.
"Mingyu–" yoona sudah cemas. "Yaah Kim mingyu–!! Jangan main-main!!!" kakinya dihentakkan beberapa kali sambil merengek.
"Baaa–" secara tiba-tiba lelaki itu timbul di hadapannya. Wajahnya yang basah dilap dan rambutnya ditolak ke belakang.
Kuat tubuhnya dipukul Yoona. "Eii–menyakitkan hatilah awak ni. Pergi sana." dada Mingyu ditolak geram.
"Betul eh–" lelaki tinggi itu menyelam dan berenang dari situ. Kelihatan suaminya itu sudah jauh dan dia masih berdiri kaku di tempat yang sama.
"Mingyu–saya main-main je. Janganlah pergi jauh–!!!"
Walaupun panggilan itu dapat didengarinya dalam air, dia tetap meneruskan renangannya.
"Kim Mingyu–!!!"
Dan lelaki itu pun sudah hendak tiba ke pinggir kolam bertentangannya.
"Sinilah–" mingyu mengelap wajahnya.
"Awak gila ke–!!" jerit Yoona tidak puas hati.
"Cepatlah–"
"Siap awak nanti–!!" dan wanita itu seperti hendak menangis ketika itu. Nafasnya laju kerana marah.
Tertawa besar mingyu dengan ekspresi wajah isterinya itu.
♥ To Be Continued ♥

YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15