23
Too rudeTangan Yoona laju mengacau air teh panas itu. Sudah pasti gula yang dibubuhnya larut, sudu besi itu diletakkan ke dalam sinki.
Langkahnya diatur ke meja makan. Air itu dituang ke dalam dua biji cawan.
"Sayang–"
"Oh mak kau hijau–" wanita itu terlatah saat tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Hampir sahaja teko ditangannya terlepas.
"Ops–" lelaki tinggi itu tersengih malu.
"Yaah–lepaslah." arahnya sambil segera menuang air kerana tidak selesa. Mingyu mencebik. "Semalam awak peluk saya boleh–?" sisi wajah isterinya diperhati.
"Ish–" tangan Mingyu terus dialihkannya. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Mingyu mengambil tempat di sebelahnya.
"Awak pasti ke dah sihat sepenuhnya?" soal lelaki itu lalu menggigit roti bakarnya.
"Ye–"
"Balik lambat lagi?" soal Mingyu ingin tahu. Perlahan Yoona mengangguk.
Selesai sahaja bersarapan, segala cawan yang kotor dicuci sebelum ke tempat kerja. Mingyu pula sibuk memasukkan laptop ke dalam beg bimbitnya.
Mereka berdua keluar dari apartment dan masuk ke dalam lif serentak. Hanya mereka berdua sahaja di situ.
"Ehem–tak ada ciuman pagi ke?" soal Mingyu tanpa memandangnya. Malah matanya melilau memerhatikan tempat lain.
Yoona menoleh sekejap. "Awak dah kenapa?"
Mingyu tersenyum padanya. "Tak ada apa-apa. Kalau awak nak bagi, saya terima je–" dia menyeringai suka.
Yoona memutarkan bola matanya. Sebaik sahaja lif terbuka, wanita itu terlebih dahulu keluar dari situ. Langkahnya dipercepatkan ke tempat yang biasa dia memarkirkan keretanya.
Bulat matanya melihat tempat itu kosong. "Eh–mana kereta aku?" matanya melilau mencari keretanya.
Mingyu yang baru tiba di keretanya diparkirkan; sebelah tempat letak kereta Yoona berdehem. Wanita itu memandangnya tajam.
"Awak alihkan ye–?"
"Eh–" laju kepala lelaki itu menggeleng. "Ah–lupa ye?" bibirnya tersenyum senget.
"Lupa apa?" bingung Yoona. "Kereta awak di bengkel, sayang–" balas Mingyu dengan senyuman mengejeknya.
Teringat tentang itu, Yoona menepuk dahinya sendiri. "Nampaknya awak kena pergi guna teksi–" suara Mingyu dan masuk ke tempat pemandu.
"Yaah–apa maksud awak." Yoona berlari ke situ. Cermin tingkap itu diketuk kuat. Mingyu pun menurunkannya. "Kenapa?"
"Hantarkanlah saya–" wajah Yoona bertukar rayu.
"Maaf–saya dah lambat. Ada meeting awal pagi." balas Mingyu lembut. Terus sahaja tingkap itu dinaikkan. Yoona cuba membuka pintu itu tetapi dikunci.
Tanpa mengalah, cermin itu diketuk beberapa kali. "Yaah–Kim Mingyu"
Mingyu melambai padanya dan terus memandu. Yoona cuba mengejarnya tetapi ianya sudah jauh.
"Yaah–!!!" jerit dia kuat. Kakinya dihentakkan geram.
"Lelaki tak guna–!!!"
💑
Pintu kelas 5-2 terbuka dengan kasar. Seluruh tumpuan pelajar di kelas itu beralih pada pintu. Kelihatan Yoona sedang tercungap-cungap seperti baru lepas berlari.
Guru muda itu lega melihat anak muridnya duduk di tempat masing-masing. Matanya beralih ke depan kelas. Seperti hendak terkeluar anak matanya melihat guru disiplin, Puan Go Eunhye berada di situ dengan rotan tebalnya.
"Cikgu Park–" senyumnya nipis.
💑
Kim Mingyu sedang sibuk mendraf bangunan dengan khusyuk. Tetapi fokusnya hilang apabila teringat isterinya.
"Macam mana dia pergi kerja tadi?" soal Mingyu sendiri.
"Ah–biarlah dia. Padan muka." sengihnya. Tawanya itu kedengaran suka.
"Barulah dia belajar macam mana nak hormat aku sebagai suami–" sinis senyumannya.
💑
Sepanjang Yoona berdepan dengan guru disiplin itu, kepalanya hanya tertunduk. "Sebagai guru, awak perlu lebih tepati masa." kata Cikgu Go perlahan tetapi tegas.
"Saya tau–saya minta maaf." balas Yoona serba salah.
"Murid-murid akan lebih suka kalau tiada guru di kelas. Tapi, ianya akan menggangu konsentrasi kelas lain." tambah Cikgu Go. Yoona sekadar mengangguk.
"Saya janji perkara ni tak akan berlaku lagi–" suara Yoona yakin. Cikgu Go tersenyum nipis. "Baguslah–"
Langkah guru yang tinggi itu beralih dari situ. Yoona mengeluh panjang. Bibir bawahnya digigit geram. "Ni semua salah Rakun Gila a.k.a Slenderman tu–" dengusnya.
💑
"Serius bro–?" terkejut wonwoo mendengar cerita rakan baiknya itu. Mingyu mengangguk dengan tawanya. "Aku saja nak ajar dia–" rokoknya dihisap sekejap.
"Tapi kau tak rasa bersalah ke–?" soal Wonwoo.
Bahu lelaki itu terangkat. Bibirnya diketap. "Rasa bersalah jugak–" asap rokok dikeluarkan dari hidung dan mulutnya.
"Kesian pulak aku–kau ni jahat sangat lah." geleng lelaki kurus itu.
"Ye ke–?" mingyu ingin kepastian. Laju wonwoo mengangguk.
Mingyu memegang dadanya. "Tak sedap hati ah wey–"
"Tu lah–aku rasa balik nanti kau minta maaf dekat dia."
♥ To Be Continued ♥
Double update 😜
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15