18
MisunderstandingKedua-dua tangan ibu bapa mertuanya di salam pasangan baru berkahwin itu. Kedatangan mereka disambut mesra.
"Eonnie–" seorang remaja perempuan berlari ke arah Yoona dengan teruja. Tubuhnya dipeluk adik kepada suaminya itu.
"Lama tak jumpa, Minseo–" pelukan itu di balasnya. "Rindu dekat eonnie–" gadis itu menyeringai manja.
"Eii–" mingyu memutarkan bola matanya.
"Hey–" Puan Kim menampar lengan anak sulungnya itu. Minseo meleraikan pelukan. "Eleh–cakap je lah jeles sebab orang tak rindu dia" perli nya geram.
Mingyu melangkah masuk sambil berbuat bising seperti tidak mahu mengambil kisah. "Bla bla bla bla–"
"Jeles, jeles, jeles–" Minseo sengaja bersuara kuat.
"Kamu pun sama–" Puan Kim mencubit lengan anak gadisnya perlahan.
"Oppa lah–" cebiknya.
"Mari masuk–" ajak lelaki yang berusia iaitu bapa mertuanya. Akhirnya semua orang pun mengambil tempat di ruang tamu.
"Berapa lama kamu berdua tidur sini?" soal Puan Kim yang duduk bertentangan dengan menantunya tetapi bersebalahan anak sulungnya itu.
"Sekejap je ma–" balas Mingyu sambil mendepakan tangannya pada penghadang sofa. Yoona mengangguk tanda mengiyakan.
"Tidurlah lama eonnie–orang bosanlah tak ada kawan" rayu gadis yang duduk bersebelahan kakak iparnya itu.
"Tak boleh–" Mingyu yang membalas tegas. Minseo menjelingnya tajam.
"Kakak kau tu kerja–" sambung lelaki itu geram.
"Ala–" bibir Minseo panjang memuncung.
"Nanti kalau cuti sekolah, eonnie baliklah sini semula–" pujuk Yoona sambil mengusap kepala adik iparnya.
"Lama-lama pun tak apa, Yoona–" tambah Puan Kim. Yoona mengangguk perlahan. "Nae–"
"Kamu tak ada bawa berita gembira ke?" soalan Encik Kim membingungkan mereka semua. Terutamanya pasangan itu.
"Berita apa pa–?" pelik Mingyu. Matanya melirik pada Yoona di hadapan. Wanita itu menjungkit bahunya tanda tidak tahu.
"Berita gembira lah–" senyum Encik Kim.
"Yelah–tapi berita apa?" soal Mingyu lagi.
"Menantu papa ni tak mengandung lagi ke?" Encik Kim memandang menantunya. Wajah Yoona serta merta membahang dengan pertanyaan itu.
"Ah–" matanya memandang Mingyu supaya dia menolongnya. Lelaki itu menjelirkan lidahnya sambil menggeleng.
"Hmm–" kepalanya digaru perlahan. "Tak–" sengihnya malu.
"Tak apalah macam tu–" Encik Kim menyandarkan belakangnya pada sofa tunggalnya.
"Mungkin tak ada rezeki lagi." senyum Puan Kim. Yoona membalasnya kekok.
"Woo–oppa dengan eonnie dah ni eh–" Minseo menyeringai sambil bergilir-gilir menatap abang dan kakak iparnya.
"Yaah–" Yoona menepuk peha gadis itu perlahan.
"Kau budak kecik buat apa sibuk–" nada Mingyu tidak berpuas hati.
"Eleh–suka hati lah. Orang dah besar okay" bangga remaja itu menjawab.
"Besar, besar jugak. Jangan sampai melebih–" pesan Encik Kim dingin.
"Minseo taulah papa–"
Mingyu tertawakan adiknya suka. Gadis itu menatapnya jelek.
💑
Yoona membalikkan tubuhnya sewaktu suaminya selamba menanggalkan pakaiannya. Matanya dipejam rapat.
"Tak reti nak buka dekat tandas–ingat seksi?" omelnya geram.
Mingyu tertawa suka lalu menapak ke tandas dengan tuala dililit pada pinggang.
Drrt drrt drrt
Getaran yang kuat di pendengarannya membuatkan Yoona bangkit. Matanya tertancap pada telefon bimbit suaminya yang berada di meja kecil sisi katil sebelah sana.
"Mingyu–" panggilnya kuat.
Tiada jawapan dari suaminya itu. Walaupun beberapa kali dipanggil, ianya tidak terbalas juga.
Dia mendengus geram lalu mencapai telefon bimbit itu. Kontak nama itu dilihat.
'Wonu🍂'
"Siapa pulak telefon malam-malam ni?" omelnya lalu menjawabnya.
"Hey sayang–" kedengaran suara dalam milik lelaki berkata lalu tertawa besar.
Yoona yang terkejut terus menghentikan panggilan itu. Terdiam wanita itu melihat kontak nama yang berada di log panggilan itu.
"Eii–dia ni lelaki atau perempuan?"
"Atau–" Yoona memegang dagunya. "–dia ni gay?"
💑
Dengan tuala kecil ditangan, wanita kurus itu menapak keluar dari tandas sambil mengeringkan rambutnya. Langkahnya dituju ke meja solek.
Suara besar seseorang yang sedang tertawa mengejutkannya. Matanya beralih pada lelaki tinggi yang sedang bersandar pada penghadang anjung.
Raut wajah suaminya itu kelihatan gembira. Nadanya ketika bersuara juga bersemangat.
Wanita itu menatapnya lama.
"Yaah–Jeon Wonwoo!!"
Yoona menggigit bibirnya saat mendengar nama itu disebut suaminya. Terasa pernah mendengarnya.
"Lelaki semalam ke–?" duganya. Apabila terfikir sesuatu, matanya membulat.
"Agaknya betullah dia gay–"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15