57 ; The truth

97 17 3
                                    

57
The truth





Dari ruang kamar, kedengaran Mingyu bersenandung kecil sambil membersihkan dirinya di tandas.

Yoona yang menjenguk kepalanya dari luar pintu, berjengket perlahan-lahan masuk ke dalam. Walaupun dia tidak dilarang untuk masuk tapi tetap wanita itu sebegitu.

Telefon bimbit suaminya yang berada di meja solek diambil. Punggungnya dilabuhkan di sisi katil. Butang tengah ditekan.

Perlahan dia mengeluh lega kerana tiada kata laluan keselamatan di telefon itu. Segala aplikasi yang boleh menghantar pesanan dibuka.

Dan setiap aplikasi itu, langsung tiada nama rakan baiknya itu, Jeon Wonwoo atau Wonu. Berkerut dahinya dengan kenyataan itu.

"Siapa yang dia mesej malam-malam tu?" bingungnya.

Wanita itu membulat matanya saat ternampak nama yang amat dikenalinya di aplikasi itu. Mesej itu ditekan. Pesanan-pesanan itu dibacanya.

Bibirnya digigit geram. Sebelah tangannya digenggam kuat. "Tak guna–"

Cecair jernih kelihatan berkumpul di mata wanita itu. Ditahan sahaja dari gugur ke bawah.


💑


"Tak nak tidur lagi ke? Sibuk sangat membalas mesej–" leter Yoona sambil merebahkan badannya di sisi suaminya.

"Tidurlah dulu–" balas Mingyu tanpa memandangnya.

Yoona memerhatikan suaminya yang sibuk dengan telefon bimbitnya itu. Dan sesekali lelaki itu tersenyum. Itu membuatkan wanita itu panas. Dia tahu gerangan yang dimesejnya bukanlah Wonwoo.

Mengetahui kebenaran itu, dia tidak terkata. Kenapa lelaki itu mesti menipu?

"Siapa tu Mingyu?" soalnya lembut. Sengaja mengawal nadanya.

"Wonu hyung–"

Yoona mengetap bibirnya rapat dan menggenggam tangannya. Nampaknya lelaki itu masih menipu.

'Kenapa awak mesti menipu, Kim Mingyu–'

"Awak–" Yoona bangkit dari pembaringannya dan mendekati Mingyu.

"Memandangkan awak cuti esok, saya minta awak berhenti mesej dia dan layan saya–" perlahan Yoona bersuara dan betul-betul di telinga suaminya.

Mendengar itu, Mingyu menoleh ke sebelah. Telefon bimbit di tangannya diambil Yoona dan diletakkan di sebelah. Dan tubuh sasa itu terus ditindihnya.

'Ini je cara yang aku ada–'


💑


Belakang tubuh Yoona yang sedang baring di atasnya diusap perlahan. Deruan nafas isterinya di leher terasa hangat.

"Kenapa baik sangat awak malam ni–?"

Wanita itu tersenyum nipis. Kedua-dua tangannya dikalungkan pada leher suaminya itu.

"Saya–ada satu soalan."

"Apa?" bahu Yoona dikucup sekali sebelum membalasnya.

"Kita dah kahwin selama enam bulan–"

Lelaki tinggi itu setia menunggu pertanyaan dari Yoona.

"Dan selama tu, kita banyak gaduh kemudian baik balik dan gaduh lagi–"

Lelaki tinggi itu tertawa kecil. Tangannya diturunkan ke pinggang isterinya lalu dipeluk.

"Saya yakin yang kita sama-sama dah tahu tentang perangai masing-masing walaupun sikit–"

Mingyu mengangguk setuju. Yoona mengetap bibir. "Kita pun dah bersama–"

Wanita itu menarik nafas lalu hembusnya melalui mulut. "Jadi saya nak tanya–"

Yoona menahan tangannya di sisi Mingyu dan mengangkat bahagian atas tubuhnya untuk membolehkannya melihat lelaki itu. "Awak sayangkan saya tak?"

Mata tajam suaminya itu direnung dalam. Sebelah tangan Mingyu menyelitkan rambut wanita itu ke telinganya.

Terpejam mata Yoona saat tangan itu mengusap pipinya. "Saya nak tau perasaan awak dekat saya dulu–" balasnya perlahan.

Tangan Mingyu yang masih di pipinya itu dipegang. "Saya sayangkan awak Kim Mingyu–" matanya dibuka dan cecair jernih menitik di tubuh Mingyu yang tidak berbaju itu.

"Saya sayangkan awak sangat–" tertahan-tahan nadanya ketika bersuara.

"Kenapa ni sayang–" ibu jari Mingyu mengesat airmata itu.

"Saya cuma tak sanggup–" gelengnya perlahan. "Apa dia?"

"Saya tak nak kehilangan awak–" dan menitik lagi cecair itu di tubuh Mingyu.

Si suami memeluk isterinya. Yoona membaringkan sisi kepalanya di dada Mingyu. Wanita itu masih menangis mengenangkan penipuan lelaki itu selama ini.

Perlahan kepala Yoona diusap. "Saya nak awak jujur dengan saya dan tak tipu saya, gyu–" pintanya dengan tangisan.

Mingyu mengetap bibir.

"Janji?"

"Hmm–" perlahan lelaki itu mengangguk.

💑


"Mingyu–saya keluar dulu." kata Yoona di belakang sofa. Mingyu yang sedang menonton televisyen menoleh ke belakang.

"Nak pergi mana?"

"Beli baju pengapit–dia minta saya dan Minji jadi pengapit."

"Ouh–" angguk Mingyu faham.

"Saya tumpang Eunni dan mungkin balik petang–" tambah Yoona sambil menuju ke pintu rumah.

"Hati-hati–"

Yoona tersenyum semasa bertembung mata dengan suaminya. "Baik–"







♥ To Be Continued ♥

[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]Where stories live. Discover now