61
Tortured soulsPulang sahaja ke rumah, guru muda itu mengasingkan dirinya dari Mingyu. Langsung segala pertanyaan suaminya tidak dijawabnya.
Melihat sahaja wajah itu, hatinya kembali sebak dan rasa seperti hendak menangis. Pedih di hatinya masih terasa.
Makan malam pula hanya sepi di meja makan itu. Ikutkan hati, Yoona tidak mahu tapi kerana didesak Mingyu. Untuk kekalkan tidak bersuara, dia terpaksa ikut walaupun sudah menggeleng banyak kali.
Apabila hendak tidur, Yoona memang sudah membelakangkan tubuhnya. Mingyu yang di sisi katil melihat sahaja wanita itu.
Walaupun tidak nampak, dia tahu yang wanita itu sedang menangis. Dan memang tekaan itu betul, Yoona kembali menangis seperti semalam.
Tidak sampai hati untuk menegur, Mingyu meninggalkan isterinya bersendirian untuk malam itu. Lelaki itu menapak ke kamar sebelah.
Yoona memegang atas dadanya yang terasa sakit itu. Sebaik sahaja pintu kamar ditutup Mingyu, baru dia mengeluarkan suara. Dia menangis teresak-esak.
Terhinjut tubuh wanita itu.
Sebenarnya, dia hanya memerlukan satu perkara sahaja untuk tidak sebegini lagi.
Dia harap sangat Mingyu akan memujuknya dan meyakinkan sayangnya pada diri Yoona.
Itu sahaja yang cara untuk tahu dia tidak ditipu lagi.
Tapi tindakan mingyu yang meninggalkannya sendirian di situ, menyedihkan wanita itu. Rasanya lelaki itu memang tidak memerlukannya.
Tangisan itu sekadar berlanjutan hingga pagi.
💑
Tiada perubahan antara hubungan Yoona dan Mingyu. Wanita itu kekal membisu. Lelaki tinggi itu pula sibuk dengan kerjanya.
Mereka berdua seperti orang asing yang tinggal serumah.
Sudah tidak ada gurau-gurau manja dan usikan lagi seperti dulu. Masing-masing membuat hal masing-masing.
Dan sudah seminggu perkara itu berlalu sebegini.
Memandangkan cuti sekolah, Yoona banyak keluar dari rumah setiap kali petang. Mingyu yang pulang petang pun tidak bertanya dia pergi ke mana.
Dan ianya amat membuatkan hati Yoona sakit. Pasti dia sedang gembira dengan perempuan yang dulu dianggap kawan baik itu.
Setiap petang itu, Yoona menghabiskan masanya dengan termenung di pinggir sebuah tasik berdekatan rumahnya. Kadang-kadang wanita itu akan menangis.
Masalah itu amat membebankannya. Kenapa lelaki itu menjadi suaminya. Kenapa mereka dipaksa kahwin. Sedangkan dia tahu yang mereka tiada jodoh dan tidak ditakdirkan.
Sejak sekolah lagi wanita itu tahu, dengan kehadiran Mingyu, dirinya hanya akan menimpa malang.
💑
Dengan telefon yang ditekapkan pada telinga kiri, Yoona menunggu panggilannya dijawab.
"Helo–" dengan nada yang sengau sedikit, wanita itu bersuara.
"Beb–kenapa?"
"Kalau aku datang rumah kau, boleh?"
Eunni lambat membalas. Mungkin dia tahu yang rakan baiknya itu sedang bermasalah sekarang.
"Datanglah–aku tengah free sekarang sebab syif malam–" jawab jururawat itu.
"Okay–aku pergi sekarang."
💑
Eunni menepuk perlahan belakang badan Yoona yang sedang menangis deras dalam pelukannya. Sedikit basah baju gadis itu.
"Lepaskan–lepaskan semua. Aku tau kau terseksa sekarang." Eunni yang memahami itu turut hendak menangis apabila rakannya itu mengalirkan air mata.
"Aku sayang dia sangat, Eun–kenapa dia sanggup buat aku macam ni." teresak-esak Yoona mengadu. Dan wanita itu sudah tersedu.
"Aku faham Yoon–aku memang tak sangka. Selama ni Minji memang tak cakap apa-apa pun dengan kita pasal Mingyu kan. Jadi aku tau kau terkejut." balas Eunni dan pelukan mereka terlerai.
"Aku cuma tak boleh terima dia tipu aku. Dengan kawan baik aku sendiri. Sekurang-kurangnya dia kena jujur lepas dia kahwin dengan aku. Aku bukan patung, Eun–hati aku sakit sangat." Yoona menggenggam atas dada kirinya. Air matanya bercucuran pada seluarnya.
Eunni mengelapkan air mata wanita itu. "Kalau aku pun sama–aku yang faham ni pun sakit hati, ini lagikan kau yang kena tipu."
Air matanya diseka Yoona kasar. Tangisannya sudah berhenti dan hanya tersedu sahaja.
"Dia dah macam tak layan aku–dia tak pujuk aku langsung. Sibuk dengan kerja–kitorang pun dah mula tidur asing."
Eunni mengeluh perlahan. "Apa nak jadi sekarang ni, Yoon–"
"Eun–aku rasa aku memang tak boleh bersama dengan dia. Aku–nak minta cerai."
Mata Eunni membulat mendengarnya. "Yoon–apa kau cakap ni?"
Yoona menggeleng laju. "Aku dah tak sanggup. Dia langsung tak kisahkan aku. Aku ni dah macam orang luar bagi dia dekat rumah kau tau tak."
"Yelah tapi–" "Tapi apanya–dia memang tipu aku. Dia tak sayangkan aku langsung. Kitorang kahwin pun sebab paksa bukan sebab cinta." pintas Yoona dengan nadanya meninggi. Perasaannya kini bercampur.
"Cuba kau fikir masak-masak dulu. Perkara ni tak boleh buat main tau tak. Aku nak kau bincang dengan dia. Kalau betul lah dia tak sayang kan kau, baru kau fikir pasal penceraian ni."
Yoona mengetap bibirnya rapat. Air matanya mengalir semula.
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfiction" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15