38
Lots of lovePandangan mata tajam lelaki itu dibuang ke luar apartmennya. Sambil menghisap rokok, keindahan bandar Seoul pada waktu malam itu dinikmati.
Tengah menghisapnya, puntung rokok itu tiba-tiba ditarik dari bibir Mingyu dan membuatkan lelaki itu terkejut.
"Awak memang tak serik-serik kan." omel Yoona sambil menekan puntung rokok itu pada bekas abu rokok.
Mingyu mengeluarkan asap dari mulutnya ke arah wajah isterinya. "Yaah–" terbatuk-batuk Yoona sambil memukul tubuh suaminya geram.
Mingyu ketawa suka. Asap itu dikibas laju Yoona dengan tangannya. "Saja nak saya sakit–" pinggang suaminya dicubit geram.
Lelaki tinggi itu mengaduh kesakitan. Terjengket kakinya menerima sengatan itu. "Ah–jangan."
"Gedik–" mata bundarnya dijeling pada Mingyu. Tertawa lelaki itu melihat wajah masam itu.
Tubuh isterinya di sisi itu dipeluk. "Sini–" Yoona terdorong ke sebelah. Mingyu kini di belakangnya sambil memeluk erat pinggang ramping itu.
Wanita itu tidak membantah tindakannya. Malah tangannya diletakkan di atas tangan suaminya. "Nampaknya awak dah jinak ye–" sebelah pipi Yoona dicubit geram.
Merengek Yoona hendak dilepaskan. "Sakitlah–" tangan sasa itu ditampar. Kasihan dengan wanita itu, tangannya kembali di pinggang isterinya.
"Apa maksud awak saya jinak?" Yoona mendongak wajahnya melihat suaminya. "Sebelum ni nak pegang tangan pun macam pegang ketam. Cubit sana cubit sini." balasan Mingyu menggelikan hatinya. Yoona tertawa kecil.
"Ye ke–? Padan muka." seperti tidak rasa bersalah, Yoona berkata.
Mingyu mencebikkan bibirnya. "Tak sayang saya lah tu–"
"Tak pun. Saya tak pernah cakap pun saya sayang awak." sengaja Yoona menyakitkan hatinya. Selalu dia yang kena.
"Okay–merajuk seminit."
"Kenapa tak setahun je terus–"
Giliran Mingyu merengek manja. Yoona tertawa suka. Akhirnya dia dapat mengenakan lelaki itu. Walaupun ianya tidak teruk, tetapi berasa puas hati.
Bibir muncung Mingyu itu dipegang geram. "Ingat comel ke–? Saya tumbuk kang."
Tangan kecil itu ditarik Mingyu dari bibirnya. "Janganlah–" nada lelaki itu mengendur. "Alolo–merajuk ke." tidak ubah seperti kucing Yoona bermain jarinya di bawah dagu Mingyu.
"Cium saya baru saya okay–" jarinya menunjuk pada pipi kirinya.
"Gatal–" Yoona menghadap hadapan semula. "Tak apa–awak tak nak, biar saya yang buat."
Lantas pipi kanan isterinya dicium banyak kali. "Yaah–" tertutup mata Yoona sambil mengelak. Dia turut terjerit kecil.
Pelukan Mingyu dikejapkan supaya wanita itu tidak lari. "Jangan–" wajah suaminya cuba ditolak. Mingyu yang tidak berputus asa mencium di sebelah kiri pula.
"Ah–!!" terkejut Yoona. Bibir nakal lelaki itu turun ke leher isterinya. Lagi kuat wanita itu terjerit. Yoona pula tidak dapat menahan suaranya daripada tergelak kerana kegelian.
"Mingyu-ah jangan– ahh!!" sambil tertawa, Yoona terjerit saat gigitan halus diberikan pada lehernya.
"Hey, senyaplah orang nak tidur lah. Malam-malam bising–!!!" terdengar suara jiran sebelah menegur kuat.
Mingyu tertawa kecil. Yoona pula sudah menampar dadanya. "Awaklah ni–" bisik wanita itu geram tetapi masih bersisa tawanya.
Lelaki tinggi itu pula tidak terhenti ketawa. Melihat suaminya ketawa sebegitu, dia juga terasa hendak tertawa lagi.
Akhirnya mereka, tertawa dengan nada perlahan bersama.
💑
Fokus Yoona semasa menanda buku tulis pelajarnya terganggu kerana penghuni meja sebelahnya. Dari tadi dia perasan yang wajah lelaki itu seperti merayu ketika bercakap di telefon.
Dan sengaja dia cuba mendengar perbualan itu. Kepalanya didekatkan sedikit.
"Saya jujur, Eun-ah. Dia kawan saya. Kami tak lebih dari tu."
"Saya memang tak tipu awak. Awak seorang je yang saya ada."
"Betul. Dia dah kahwin pun. Takkan saya nak sukakan orang yang dah kahwin. Mustahil, Eun."
"Tapi–"
"Okay–saya janji."
Jun mengeluh perlahan selepas panggilan itu ditamatkan teman wanitanya. Yoona menghadap pada kerjanya semula seperti tiada apa yang berlaku.
"Heih–"
Guru muda itu tertoleh ke samping. "Kenapa tadi? Struggle saya tengok–" tegur Yoona.
Jun tersenyum nipis dengan keningnya terangkat. "Tunang saya–"
"Kenapa?" sengaja Yoona hendak selidik. "Dia cemburu je–biasalah perempuan." tawa Jun tetapi kedengaran kekok.
"Awak ada buat sesuatu?" duga wanita itu.
"Dia tahu yang kita makan bingsoo sama-sama haritu dari kawan dia. Sebelum ni dia tahu yang saya tumpangkan awak. Jadi dia marahlah–"
Yoona mengangguk faham. Rasa bersalah pula dengan tunang lelaki itu. "Maaf sebab susahkan awak–"
"Tak apalah–kami dah okay."
"Tapi kalau saya pun saya masih marah. Harap dia dapat tenangkan diri betul-betul."
"Sehari dua nanti eloklah tu–selalu jugak dia merajuk macam ni. Tapi saya faham, dia cuma terlalu sayangkan saya."
Yoona mengangguk setuju. "Betullah tu. Awak kena bagi dia masa je."
"Hmm–"
♥ To Be Continued ♥
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Enemy↭K.mg [김민규]
Fanfic" 내 원수는 내 사랑이야 " - my enemy is my love - • K.mg & P.ya • [Warning] Too many sweet moment ? Hiatus [ ] On-going [ ] Slow update [ ] Complete [ ✔ ] Start ; 10/11/2017 End ; 1/1/2018 Credit to atyn_nadz15